Monday, April 6, 2009

CATZ ABUSED

Source : Utusan Malaysia 27 Feb 2009

Kes abai kucing ditentukan 2 April

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Selepas empat tahun perbicaraan, kes pemilik dan pembiak kucing yang didakwa atas empat tuduhan mengabaikan empat ekor kucing sehingga menyebabkan kesengsaraan terhadap haiwan itu akan diputuskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 2 April depan.

Majistret Sazlinidayu Kamal Bahrain menetapkan tarikh tersebut selepas kedua-dua pihak selesai menggulung hujah masing-masing di akhir kes pendakwaan hari ini.

Dalam kes ini, Abdul Rashid Othman,  53, didakwa mengabaikan anak-anak kucing jenis Parsi miliknya di rumah No. 65, Jalan Wan Malini 1, Sri Petaling di sini pada kira-kira pukul 12 tengah hari, 21 September 2005.

Dia didakwa mengabaikan seekor kucing betina berwarna hitam dan putih, seekor kucing jantan warna kuning dan putih, seekor kucing betina campuran warna kelabu, putih dan kuning serta seekor kucing jantan berwarna putih dan hitam.

Abdul Rashid didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Ordinan Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali.

Kes ini merupakan kejadian pertama seorang pemilik kucing didakwa di mahkamah kerana mengabaikan penjagaan haiwan peliharaannya.

Terdahulu, Penolong Pendakwa Raya, Suhaima Mohd. Noor berhujah bahawa pengabaian jelas berlaku kerana badan keempat-empat ekor kucing diambil dari rumah Abdul Rashid mengalami sakit kulit, sakit mata dan selesema.

Katanya, selain badan yang kotor, muka comot dan tapak kaki yang penuh dengan najis, kesemua kucing-kucing itu juga kurus dan tidak terbela semasa di bawah jagaan Abdul Rashid.

''Kegagalan Abdul Rashid memberi rawatan awal kepada keempat-empat ekor kucing itu menyebabkan penyakit tidak dapat disembuhkan yang mana seekor daripadanya mati pada 4 Oktober 2005 dan seekor lagi pada 18 Februari 2006.

''Sekiranya Abdul Rashid memberikan rawatan dan tidak mengabaikan kucing-kucing itu, Jabatan Haiwan tidak perlu keluarkan kos sebanyak RM38,612 sehingga Januari lalu untuk penjagaan dan rawatan,'' hujahnya.

Sementara peguam Robert Devan pula berhujah bahawa tiada sebarang pengabaian berlaku berdasarkan ubat-ubatan, syampu dan makanan yang disediakan oleh anak guamnya untuk kucing-kucing tersebut.

Katanya, timbul keraguan terhadap identiti empat ekor kucing tersebut memandangkan anak guamnya tidak pernah membuat pengecaman selepas ia diambil dari rumahnya selain tidak dimaklumkan apabila dua daripadanya mati di dalam jagaan Jabatan Haiwan.


-----------------------------------------------------------------------------------


Untuk Perhatian.. gambar2 di bawah tiada kaitan dengan isu di atas.. kucing2 ini dijaga rapi, makan minum complete... tempat tinggal first class...










kucing-kucing ini kakak aku yg punye.. aku cuma pemilik bersama la..tapi yg dipertanggungjawabkan 100% adalah kakak aku..hehehe...aku malas nak bela kucing ni.. Itu hari akak aku dah suruh cari sapa yg nak 'adopt' kucing ni..tapi sekarang sudah bertukar fikiran la pulak...hmmm.. aku dah agak dah pun... tapi tak pe lah..asalkan kucing2 ni tak mengganggu hidup aku, dan dia pandai jaga diri...tak pe...hehehe.. Sebelum ni, kucing2 ni duduk sama dalam rumah.. tapi bila dah sampai habis semua pakaian aku melekat ngan bulu kucing ni...aku pun cakap kat akak aku la... aku tolong belikan sangkar besar..suruh diorang ni duduk dalam sangkar.. yg besar spt Snow ngan Fluffy dah pandai jaga diri...diorang duduk luar pun tak pe..nak makan ngan tidur tau la dia balik rumah.. akhirnya..pakaian aku takde dah bulu2 kucing ni...


p/s kalau ada sesapa berminat ngan kucing aku ni..nanti aku tanya akak aku kalau dia nak kasi sesapa 'adopt'...


1 comment:

hazrin1975 said...

kucing2 yg cute .... minat nk bela tp family members ada asma ... klu tk, nk jgk adopt 1 - 2 ekor... :-)