Monday, July 20, 2009

BENCI Tapi RINDU...

Biasa lah..memang lumrah manusia... bila ada depan mata, tak pandang pon... bila dah tak ada.. baru lah tercari-cari... terrindu-rindu.. teringat-ingat.. makan tak lalu... tidur tak lena... mandi tak basah... (ye ke... tak basah?).. ni lah baru orang kata dah angau...

Aku tak de lah angau...tapi tercari-cari gak...teringat-ingat gak.. hmmm... nak kata rindu...ada sikitttttt la kot..? Nak kata sedih..? pun ada sikittttt... je la kot... (daripada tak ada langsung..).. Itu lah...waktu ada depan mata..aku selalu abaikan dia.. ni dah tak ada..aku terasa jugak.. Bila dah tak ada depan mata ni..mana aku nak cari kan? Mungkin dah tak ada harapan untuk dia kembali pada aku.. kelmarin dia datang dalam mimpi aku.. tapi tiada apa2 yang mencurigakan dalam mimpi aku tu. Walaupun dia tak lama bersama aku.. tapi ada juga kenangan2 bersamanya yg adakalanya lucu dan adakalanya menyakitkan hati... tapi akan tetap aku kenang dan simpan semua memori itu.. Aku tak mahu menghalang... dan aku tak mahu mengongkong.. jika kebebasan itu pilihannya.. apa yang boleh aku buat.. Jika dia mampu, dia bebas untuk membuat pilihan bagaimana bentuk kehidupan yang dia mahu.

Masuk hari ni.. dah 3 hari dia tak balik.. entah hidup ke entah kan mati.. Dah makan ke belum dia agaknya.. Kali terakhir aku nampak si "Snow" ni, hari Khamis malam..lepas balik kerja. Macam biasa la dah bagi makan, aku masuk la dalam rumah. Keesokkan malamnya.. iaitu hari Jumaat, aku sampai rumah dah la lambat.. ini semua gara2 poser2 yg sebok nak nengok MU training.. jadi setibanya aku di rumah.. aku tak nampak pon kelibatnya. Adakah :

1) dia merajuk kerana aku lambat balik?
2) dia terlalu lapar.. maka mencari makanan alternatif?
3) dia memang bercadang nak lari dari rumah?
4) dia dah bosan hidup bersama aku?
5) dia dah jumpa tuan yg lebih bagus dari aku?
6) dia pergi bercuti?
7) dia kena pukul kerana telah membuntingkan 'kucing' jiran?
8) dia keluar dating dan masih belum balik?
9) dia pon sama tengok MU training?

Apa-apa pon alasan nya.. aku biarkan dulu..

maybe Sabtu nanti balik la dia..
malam dah menjelang pon, masih dia tak balik..

Ah... maybe Ahad nanti balik la dia...
malam dah menjelang pon, masih dia tak balik..

Dan aku akan tetap menanti... maybe hari ini balik la dia tu..








4 comments:

JeMBaLangz K-Rexz said...

Baper umur dia tu?..kalu cukup umur kemungkinan besar dia mancari pasangan hidupnya..kemungkinan sedang kahwin sekang nie...kita tak der hak utk menghalang dia mencari pasangan idupnya..nie bukan zaman emak bapak kita..dia ader pilihan dia sendiri....ko patut bangga dia dah dewasa sekang nie....dan ko patut bangga juga sebab dia mampu idup berpasangan....

Princess Buttercup said...

sekurang-kurangnya... bawa lah pasangannya tu balik ke rumah..perkenalkan kepada aku ke...

sabsoi11 said...

Aku rasalah dia kena coliklah, sekarang ni kan bahaya jalan sorang2, atau dia terkena H1A ke, atau kau kasi orang...dengan sangkarnya sekali tapi buat lupa,.

jut said...

hhehehhe...