Friday, March 19, 2010

TEMPAT KERJA


Saran tempat kerja selesa elak stres

KUALA LUMPUR 18 Mac - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan kepada syarikat korporat supaya mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih selesa bagi mengelakkan para pekerja mengalami tekanan.

Beliau berkata, suasana tempat kerja yang menyenangkan amat penting bagi membolehkan pekerja dapat mengimbangi antara kerjaya dengan kehidupan berkeluarga.

Malah beliau juga berharap syarikat korporat dapat menganjurkan pelbagai kursus termasuk yang berkaitan kekeluargaan dan kawalan tekanan perasaan.

''Wujudkan juga kelab kecergasan bagi membolehkan pekerja beriadah untuk memulihkan kesegaran selepas seharian bekerja sebelum pulang menemui keluarga dengan hati yang tenang,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran Polisi Perlindungan Kanak-Kanak Sime Darby oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara di sini hari ini.

Selain menjadi perintis polisi kanak-kanak, Sime Darby juga merupakan syarikat korporat pertama yang melancarkan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Korporat baru-baru ini.

Di samping itu, Rosmah juga meminta syarikat korporat menimbangkan cadangan penubuhan pusat penjagaan kanak-kanak bagi kemudahan kakitangan wanita.


[rekabentuk yg simple dan selesa]


[aku kalo boleh nak camni, semua complete kat meja aku..hihihi...]


(source : Utusan)


1 comment:

sabsoi said...

Liza...dah dapat LCD besar kira oklah tu...