Sunday, June 27, 2010

Blog 4nonGoblok

Jumaat baru2 ni aku dan kawan2 di office secara tidak sengaja telah berbincang untuk mengadakan blog kongsi antara kami. Maksudnya, selain dari blog personal masing2, kami akan berkongsi 1 lagi blog yang mana entry nya adalah ikut suka hati masing2. Maka dalam masa sekejapan itu, lahirlah blog 4 non goblok.. Nama blog ini memang banyak kali dah membuatkan kami tergeliat lidah nak meyebutnya... Mula2 aku risau gak kalo makin tak ber'update' blog aku ni nanti.. Tapi aku rasa dengan adanya blog 4nongoblok ini, ia akan memberi lebih motivasi utk kami meng'update' blog2 kami. Maklumlah..dah memang sikap semula jadi manusia kan yang sukakan saingan..

Okaylah..aku nak perkenalkan sikit para penulis di blog kami ni nanti.. Walaupun di blog 4nongoblok itu dah ada pengenalan yang dibuat oleh salah seorang ahlinya.. iaitu un2, tapi kat sini aku nak perkenalkan ikut suka akulah sbb ni blog aku..haha.. okay, kita mula dengan avatar dari kiri namanya Aye@Jembalangz@K-rexz@Big Headz dia ni memang seorang yang peramah (over sebenarnya) dan seorang yg suka bergurau hingga ke tahap aku tertipu waktu aku mula2 join company ini (Aku malas nak ulang ceritanya, tapi kalo nak tau, sila bukak entry aku yang dahulu iaitu Bloodsucker..part2 pada bahagian "p/s") Dia ni minat Heavy Metal, Liverpool, Fernando Torres, Action Figure, 24, Ultraman, dan aku rasa lah.. koleksi mainan dia lagi banyak dari mainan anak2 dia.. Dia dah berumahtangga dan mempunyai 2 orang anak (1 p'puan dan 1 lelaki). Disebabkan sikap over peramah dia dan incident tertipu aku itulah membuatkan dia menjadi kawan aku di ofis ini. Dia ni suka makan ayam. Dan dia kalo bercerita bab makan... terus ko boleh rasa lapar.. Dia ni lagi tua dari aku tapi dengan sikap dia tu aku rasa cam sebaya ngan aku je.. kadang2 gayanya cam lagi muda lak dari aku.. perasan... Gambar avatar kedua tu gambar aku lah.. dan gambar avatar ke-3 tu adalah Un2@AntusKudus. Dia ni pula aku kenal lepas 3 bulan aku keje di ofis ni sebabnya sebelum ini dia di cawangan KL, tapi kemudiannya dia dipindahkan ke HQ. Mula2 aku nampak dia ni masa tu aku pegi ke ofis Aye sebab nak tanya pasal Pagemaker kat Aye (maklumlah Aye ni power Pagemaker.. aku suka InDesign..). Pastu aku nampak Un2 ni tengah borak ngan Aye.. tapi aku terus je nyampuk perbualan dia ni.. lantak lah aku nak siapkan kerja aku.. Mula2 aku ingatkan dia ni saje je lepak kejap.. rupanya dia pun dah kerja kat HQ.. Aku tengok muka dia cam serious je.. hmm.. aku pikir dia ni mesti tak kawan ngan p'puan kot.. muka serious la katakan.. dengan janggut panjang, kepala botak.. kasut dia lawa.. Tapi selepas berberapa hari kot, aku tengok dia selamba je masuk ofis aku dan terus panggil nama aku sebab nak mintak print.. (rupanya dia skrg designer bhg marketing) pas tu dia pun cam peramah gak.. so dia pun mejadi kawan aku juga di ofis ini.. Bila dah lama2 kenal okay gak dia ni rupanya.. Minat metal sama ngan Aye.. tapi at the same time minat lagu Queen gak cam aku.. dan macam2 jenis lagu gak dia minat.. Dia ni selalu jadi rujukan aku kalau aku ada kemusykilan berkenaan muzik/band yg aku nak tau. Dia ni ada band Musik.. Karbaid namanya. Dia juga dah berumahtangga.. 2 anak lelaki. Dia ni juga memang pandai meniru macam2 mimik suara. Hafal skrip2 filem P. Ramlee, skrip iklan2 di TV walaupun dalam bahasa Cina mahupun Tamil. Dia ni sebaya ngan aku. Gambar avatar ke-4 adalah Sab. Di ni ahli yang paling tua di antara kami berempat. Tapi dengan kebersihan muka nya nampak dia yang paling muda.. Masa mula2 aku kenal dia ni, aku tau dia ni 1 department ngan Aye.. tapi jenis tak banyak bercakap.. Tapi sekali sekala dia suka datang lepak ofis aku sampaikan aku selalu bertanya "ye.. ada apa?" Maklumlah aku ni memang kena melayan customer.. ingatkan dia ni ada hal ke nak dtg ofis aku.. rupanya sesaje.. haha.. Pas tu dia ni aku tengok pakaiannya mesti pelik sikit.. kadang2 pakai Vest la.. Topi yg pelik2 lah.. Jacket la.. kasut pun boleh tahan pelik gak kadang2.. Tapi dia ni mat smart la.. Baik orangnya.. sudah berumahtangga dan bakal menimang anak pertama hujung tahun ni.. Aku rasa aku mula berkawan ngan dia ni gak sebab kerja aku kadang2 kena berurusan ngan dia gak.. so dia ni pun jadi kawan aku gak di ofis ni. Dia ni selalu gi makan ngan Aye ngan Un2.. Mula2 tu aku selalu makan sorang2 je kat kantin ofis.. selalu la diorang ni makan dan borak2 sampai ketawa cam nak rak kat kantin tu.. Dan diorang ajak aku makan sama kat table diorang.. mula2 aku segan nak join sebab aku sorang je p'puan.. Tapi tak lama selepas tu aku join je la.. Dan boleh aku simpulkan di sini it was Foods that bring us together.. hahaha..

Mereka bertiga ni adalah kawan2 aku di ofis. Diorang jugak yang telah memaksa aku main Fantasy Football ngan diorang. Diorang ni memang kawan yg best, kami kongsi makanan (selalu aku yg pau diorang kalo aku gi ofis diorang..hehehe..), muzik, Tv Series, Movies.. dan kami juga adalah designer.. (lain department je..)

Okay lah.. ni saja buat masa ini.. aku akan update lagi nanti samaada di blog ini ataupun di blog 4nongoblok.. bye.