Thursday, November 25, 2010

LADIES Only


Aku tak tau samada korang tahu atau tidak, tapi Perkhidmatan Komuter Rawang - Seremban sudah ada coach yang hanya untuk wanita sahaja, ini berikutan sambutan dan feedback yang baik diterima setelah mula diperkenalkan melalui perkhidmatan Komuter Sentul-Pelabuhan Klang.  Bagi aku, ini satu langkah yang baik, memandangkan perkhidmatan sebegini sudah lama diperkenalkan di negara luar seperti Jepun dan Eropah. Memandangkan bilangan pengguna yang menggunakasn perkhidmatan Komuter adalah sebanyak 60%, maka tindakan pihak KTM ini adalah langkah yang bijak dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang selesa dan protecting female passengers from sexual harrasment.

Baru2 ini adalah kali ke-2 aku menggunakan perkhidmatan ini sebab aku nak ke Nilai, rumah kakak aku. Tapi, yang aku pelik, masih ada juga lelaki yang berada dalam coach ini. In fact, adik aku juga pernah ternaik coach ini, tetapi sib baik dia tersedar dan sebelum pintu ditutup, dia buat2 angkat telefon dan bercakap di telefon sambil keluar dari coach tersebut dan masuk ke coach yang lain.. Berberapa orang lelaki yang naik coach ini sewaktu aku ke Nilai baru2 ni, aku tengok buat selamba je.. pas tu ada sorang lelaki yg agak berumur pun aku tengok selamba je, siap duduk lagi, tapi lepas tu mungkin dia ternampak signboard ini, dan terus beredar ke coach yang sebelah. Tapi apa yang aku ingin tekankan disini, mengapakah masih ada lelaki yang on board coach utk wanita sahaja ini? Jangan salah faham ye, ini bukan isu diskriminasi, tapi ia adalah hakikat, bahawa kaum hawa adalah kaum yang lemah, insecure, jadi apabila langkah ini diperkenalkan oleh pihak KTM, memang ramai kaum hawa yang teruja dan gembira, kerana fakta dari pihak KTM mengatakan pengguna wanita adalah 60% berbanding kaum lelaki, walaupun pada awalnya banyak suara2 sumbang yang tidak bersetuju dengan langkah ini, isu yang diketengahkan adalah Diskriminasi, dan tidak adil utk pengguna lelaki yang akan overflow disebabkan kurangnya 1 coach untuk dinaiki. Tetapi, so far apa yang aku tengok, coach wanita ini yang overflow dengan penumpang wanita kerana mostly, wanita akan naik coach ini sampaikan berdiri. In fact, aku jugak setelah 2 kali menggunakan perkhidmatan ini, so far memang kena berdiri disebabkan penumpang wanita yang kebanyakkannya lebih rela berhimpit2 di coach wanita sahaja berbanding dari berhimpit2 di dalam coach yang lain. Aku juga pernah menyaksikan sendiri dengan mata aku, kejadian berberapa tahun lalu di coach biasa, kejadian pantas yang berlaku di mana pick pocket telah mencopet handphone penumpang lain di dalam keadaan yang sesak berhimpit2, tapi kejadian ini terlalu pantas berlaku dan apabila si mangsa sedar, si pencopet sudahpun keluar dari coach kerana dia menjalankan aktivitinya ketika hampir ke perhentian yang berikutnya. Kejadian seperti inilah yang ditakuti oleh kaum Hawa. Jadi, bagi aku langkah pihak KTM ini perlu disambut dengan fikiran yang terbuka oleh semua masyarakat di Malaysia ini kerana negara seperti Eropah yang sudah tentunya lebih bebas dan sosial pun boleh menghormati isu ini dan tidak memandangnya sebagai isu diskriminasi.

Tetapi, ada satu isu yang aku rasa (mengikut pandangan aku lah..) walaupun di awal perkhidmatan ini diperkenalkan, terdapat polis2 bantuan yang berada di perhentian utk memastikan penumpang lelaki tidak menaiki coach ini, tetapi perkara ini masih berlaku, kenapa? Bagi aku pelaksanaannya tetap ada kelemahannya kerana kurangnya keberkesanan dari segi papantanda dan logo yang digunakan. Jika kita lihat di laman Facebook KTM, memang tanda2 ini jelas, ini kerana kita melihat di dalam gambar tanpa ada distraction, memang itu sahaja fokusnya, tetapi jika kita berada di lokasi sebenar, logo2 dan Signboard ini tidak 100% jelas.

Contohnya logo ini yang diletakkan di bahagian tingkap dan pintu coach komuter ini..

1) Logo signboard ini menggunakan simbol wanita secara silhouette.. Jika dipandang dari jauh, bahagian tengah itu nampak seperti kepala penari Siam (yg ada hiasan topi tinggi di kepala).. Objek yang digunakan ini walaupun silhouette, tetapi merupakan bentuk yang ambiguous.. yang mana ia tidak memberikan maksud yang jelas kerana aku sampai boleh ternampak kepala penari siam, kadang2 nampak macam telur ayam menetas pun ye jugak(pada logo yang oval), maksudnya ia spt memberi 2 makna. Untuk menghasilkan signboard yang effective, ianya perlulah simple dan jelas, kerana pengguna hanya memerlukan split seconds untuk menafsirkan apa mesej yang cuba disampaikan melaluinya. Cuba lihat signboard di jalanraya mahupun tandas2 awam. Bentuknya simple dan mudah serta cepat utk difahami.

Contoh di bawah ini ada di dalam laman web Hewlett-Packard, sila buka link ini The Power of Visual Communication

Cuba lihat contoh di bawah, di antara contoh 1 & contoh 2, yang manakah lebih mudah diingat?

Contoh 1
Verbal
Information Retained
Studies show that people remember 10% of what they hear and 20% of what they read, but about 80 percent of what they see and do.

Contoh 2
Verbal + Visual
Information Retained
Studies show that people remember:
• 10% of what they hear
• 20% of what they read
• 80% of what they see and do


2) Font yang digunakan adalah serif (jenis berekor) dan italic, pastu susun aturnya agak abstract. Font untuk signboard adalah paling sesuai jika kita menggunakan jenis sans-serif, iaitu yang tiada ekornya seperti Arial, Helvetica ataupun Verdana dan juga tidak Italic. Kedudukan text yang berada dalam bulatan dan bunga ros, kedua2 berulang, ianya redundant.

3) Warna yang digunakan, bagi aku tiada masalah, kerana pink (magenta) memang melambangkan wanita, tetapi kenapa ianya masih tidak begitu berkesan? Pada awalnya aku tengok bahagian luar coach wanita ini diwarnakan pink, tetapi, sekarang banyak yang ada iklan sehinggakan tak dapat membezakan ianya coach wanita. Tetapi, aku tak setuju dengan watermark yang digunakan pada logo signboard yang bulat itu kerana walaupun screen 10-15%, ianya mengganggu mata dalam memberikan tafsiran yang cepat.

Aku harap pihak yang membuat logo ini tidak marah, kerana aku cuma menyampaikan pandangan aku berdasarkan apa yang aku pelajari sewaktu di college dulu in developing better visuals for effective visual communications. Dan aku paham kesukaran tugas sebagai designer, because customer is always right, walaupun kita cuba menyakinkan client akan kepentingan Effective Visual Communications, tetapi jika itu kehendak pelanggan, tiada apa yang boleh kita lakukan (sebab itu aku macam dah give up menjadi designer nih..huhu..). Aku harap selepas ini, penumpang lain akan lebih peka akan kewujudan coach untuk wanita ini dan kepada penumpang wanita, supportlah coach ini supaya tidak akan wujud isu2 kekurangan coach utk penumpang lain.
[Photo courtesy of : http://www.kenwooi.com/2010/05/ktm-ladies-coach.html]

[Waktu awal diperkenalkan, terdapat Polis bantuan yang akan mengawal dan memerhatikan keadaan untuk memastikan coach wanita ini tidak dinaiki penumpang lelaki]
 
[tempat menunggu]
[photo courtesy of : KTM Komuter Facebook page]
contoh penumpang lelaki yang masih tidak alert kepada signboard di belakangnya
Contoh tempat menunggu untuk coach wanita di Jepun. [Photo courtesy of : http://www.flickr.com/photos/kngo/3365757492/]
[Photo courtesy of : http://www.flickr.com/photos/psd/60728398/]
Contoh train di Jepun. [Photo courtesy of : http://yellowpeep.blogspot.com/2005/11/women-only-train-coach.html]

Keadaan coach untuk wanita di Indonesia - Lebih selesa berhimpit2 jika semua wanita. [Photo courtesy of : http://www.belfasttelegraph.co.uk/news/world-news/womenonly-train-carriages-launched-14919088.html]
Coach untuk wanita di Indonesia. [Photo courtesy of : http://english.cntv.cn/program/newsupdate/20100820/100843.shtml]

Contoh Simbol utk signboard yang digunakan untuk coach wanita di dalam Train di Indonesia, simbol yang lebih mudah dan jelas. [Photo courtesy of : http://www.huffingtonpost.com/2010/08/20/womenonly-trains-introduc_n_688856.html]
Coach khusus wanita di India [Photo courtesy of : http://www.flickr.com/photos/analogian/2176510339/]


Wednesday, November 24, 2010

FB membantu


Petang semalam, jam dah 5.30ptg, aku pun mula gerak utk balik ke rumah. masa dlm kereta, aku keluarkan handphone dari dlm poket, aku nampak ada missed call dan ada msg. missed call dari akak aku di Nilai, aku tengok 5.27 ptg, hmm... camana aku leh x dengar tadi? So aku call semula. Dia dengan nada panik cakap mintak aku chat kat FB ngan anak buah aku sbb akak aku ada di S'ban, pastu kakak aku dah rebus daging, tapi lupa nak tutup apinya. Nak call x leh sbb phone rumah x de, HP anak2 dia dah ditarik balik sbb penyalahgunaan oleh mereka (mana taknya mintak top up RM10 sehari..aku yg dah keje ni pun RM50 je sebulan pakai..) So, the only cara utk contact bebudak tu, melalui FB la, sbb diorang ni pun rajin ber FB.

Tapi, waktu tu aku dah dalam perjalanan, takkan aku nak patah balik ke offc, sib baik kat HP boleh on FB, so aku msg kat anak buah aku,  suruh diorang gi tengok daging yg direbus tu, suruh tutupkan apinya. Settle, few minutes lepas tu, anak buah aku pun jawab, mssg diterima.. Alhamdulillah.. ada juga kebaikannya FB ni.. Connecting People.. Cuma akan jadi masalah bila disalahgunakan oleh pihak2 tak bertanggung jawab.

okay..till next time. Ciao.