Saturday, January 15, 2011

Happy Birthday to me!








Monday, January 3, 2011

Early Treats


Hari ni aku cuti. Sebab? saja nak menggunakan cuti aku yang masih banyak. Carry forward 20 hari.. hmmm.. banyak nye. Campur tahun ni lagi 22 hari..total..42 hari. Aku ni jarang cuti kot? Anyway.. tengahari tadi aku keluar dengan seorang sahabat sejak aku form 1 lagi, namanya Molek. Dia kata dia cuti ari ni sbb nak antar anak sekolah, so, tengahari boleh la lepak sesama. Aku pun rasa OK gak sbb selain dari aku mmg cuti, aku pun dah lama tak lepak2 1 to 1 ngan Molek ni, maklum la masing2 busy, dia pun busy ngan keje, family lagi, anak2 dah sekolah dsbgnya. So, peluang ni memang aku tunggu2 la nak lepak sesama.

Aku kenal Molek ni sejak 6.1 1990, tarikh kami mendaftar sekolah asrama, tingkatan 1. Sejak dari tu, aku mmg baik ngan Molek ni, walaupun kami tak sama kelas, cuma masa form 2 je sama kelas, tapi kami memang berkawan baik sampai la sekarang ni. Memang susah nak cari kawan yang kita dapat click, dan memahami kita. Lepas SPM, aku slalu lepak umah dia..pastu dari umah dia kami jalan kaki sesama..tido umah aku lak, esok..jalan kaki sesama tido umah dia lak.. sampaikan arwah bapa aku pelik tengok kami ni asyik bercakap dan berborak je.. tak habis2 bercerita..

Plan asal tadi nak lepak kat Jusco Equine je sebabnya Jusco Equine terletak di tengah2 antara rumah aku ngan Molek. Tapi dah last minute Molek rasa cam nak layan bowling.. aku pun teringin gak. Dia kata weekday kat IOI Mall 4 game RM10 sahaja. Tapi x de la kami nak layan sampai 4 game, main 2 orang je. So, main 2 game je lah.. lepas layan bowling, lepak kat Secret Recipe, borak2 sampai la 5.30. TQ to Molek sebab belanja aku Kek, dia kata ni untuk Birthday aku nanti. Terharu aku..ye lah, maybe 1-2 minggu lepas ni masing2 busy, x dpt nak lepak2.


TQ Molek, semoga persahabatan kita akan semakin erat dan berpanjangan hingga ke akhir hayat kita. TQ juga kepada kakak aku, Alang yg blanja aku makan lepas balik dari jumpa Molek.. ini juga for my birthday treat katanya.

p/s Happy Birthday juga kepada Bush (husband Molek). Hari ni, 3hb Jan birthday dia.


A good friend is someone we can count on, as well as being so much more. A friend is someone with whom we can relax and just hang out, have fun and share our innermost thoughts, deep dark secrets, lofty and noble goals, or our hopes, joys, and fears.

A good friend allows you a safe space to share your deepest thoughts and needs without worry of being judged, criticized or made to feel silly for feeling the way you do. Friends cheer each other on, laugh and cry together, and just plain commiserate and listen to each other.

That's why friends are friends....

Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.







~big girls don't cry~

Sunday, January 2, 2011

Designer's Block

 
Tau tak apa maksud Designer's Block? Dia sama macam Writer's Block, bezanya, Writer's Block adalah untuk penulis, Designer's Block for Designer. Ia satu keadaan di mana kita rasa macam ada sesuatu yang memblok otak kita dari menghasilkan design2 yang bagus. Kadang2 sesuatu design tu kita ambil masa yang sangatlah sekejapan untuk dihasilkan... tapi bila dilanda situasi ini, punyalah lama dok memandang monitor..mata terkelip-kelip..idea tak sampai-sampai.. sampai jammed rasanya kepala. Dari kebanyakan sumber dari internet yang aku baca, perkara ni adalah normal dan banyak berlaku kepada para designers dan ianya hanyalah temporary (I hope..).

Aku rasa sekarang ni aku selalu mengalami masalah ini. Aku rasa sekarang ni aku dah tak mampu nak menghasilkan design yang gempak berbanding dengan masa mula2 masuk kerja dulu (berberapa tahun dahulu). Maklumlah, sekarang ni kerja aku hanyalah output kerja orang..dah kurang buat design. Masa aku mula2 kerja dulu, akulah design dan akulah output.. sekarang ni..hmmm.. the creative part dalam otak aku dah agak slow kot..? Bila aku pikir2kan.. ada berberapa perkara yang aku rasa mengakibatkan aku mengalami masalah ini.. antaranya :
  1. Perfectionism - Ini memang masalah besar aku. Memang ada kebaikannya sebab kita nak kerja kita perfect, tapi adakalanya aku terlalu nak perfect sampai aku jadi stress, ini banyak berlaku kalau aku buat kerja aku sendiri.. bukan job orang..tapi job sendiri.. Punyalah aku nak menitikberatkan kesempurnaan sehingga terlalu banyak edit mengedit untuk aku dapat apa yang aku nak. Masa terbuang, sekaligus, otak jadi jammed sebab aku terlalu cerewet, I'm the worst client.
  2. Fear - Takut kena reject, takut design dikritik hebat.. takut design x dpt memuaskan hati client.. tapi mostly takut x mampu memuaskan hati sendiri.
  3. Trust - Rasa macam selalu fikir.. "betul ke apa yang aku buat ni?" " Okay ke design aku ni?" Rasa macam susah nak percaya pada diri sendiri & Susah nak percaya pada design sendiri.
  4. Mental dan Fizikal - Keadaan mental dan fizikal juga memainkan peranan, kalau badan/fikiran tak sihat, selalunya otak tak dapat berfungsi dengan baik. Jangan terlalu banyak berfikir perkara yang bukan2. Clear your mind.. lihat sekeliling kita.. sebab itu penting kena ada internet.. untuk merehatkan otak.. bila kita surf dan cari inspirasi..idea kita akan datang. Tapi kalau sesuatu company yang design-base tu telah memblok internet kita di office, contohnya Facebook ke.. music ke.. kita akan rasa terkurung kerana otak kita seperti trap dari kebebasan mencari inspirasi/idea.
  5. Rules - Bila kita mempunyai formal education dalam bidang design ni, kita adakalanya bound by rules of design (spt dalam buku teks). Sedangkan dalam design sebenarnya..there are no rules in designing..
Jadi, setelah aku buat reference di internet, aku jumpa satu website yg menerangkan kaedah untuk mengatasi Designer's Block ini..

1. Get “loose.”

Jangan right away buat design bila kita ada tugasan design ni..sebaliknya relax dulu sehingga otak dan badan kita rasa selesa. Kemudian sketch dulu, tak semestinya lukisan yang perfect, just utk relaxkan otot2 kita, kemudia surf untuk cari idea sampai la kita tau camana rupa end product yang kita nak hasilkan.

2. Find inspiration.

Inspirasi adalah faktor yang sangat penting. Bila kita ada inspirasi, kita makin bersemangat. Apa yang aku selalu buat untuk mencari inspirasi adalah surf internet, cari design2 yang menarik sampai aku rasa bersemangat nak cuba hasilkan design2 yang hebat. Aku juga akan pasang lagu yang memberi aku semangat..selalunya lagu yang music sahaja..takde lirik, dengar kuat2 kat headphone. Atau kalau dah jammed sangat tak dapat inspirasi..aku akan buat menda lain utk occupy kan otak dan otot aku, contohnya potong kertas, buat lah apa2..kotak ke, paperbag ke.. notebook kecik ke.. borak2 jap ngan member ke.. susun lagu dalam iTunes ke, kemas meja ke.. tengok gambar2 lama ke.. tengok wayang/movie kat TV ke..selalunya, lepas tu..aku jadi bersemangat balik.. Yang pentingnya cari jalan untuk kembalikan semangat dan excitement untuk memulakan kerja design-meng'design' ni.

3. Get your head out of the “game.”

Perasan tak kadang2 kita dapat gak menyiapkan design yang dikehendaki bila dah dekat2 nak dateline. Ini kerana kita tak memberi peluang untuk diri kita sendiri untuk menghakimi/mengkritik apa yang kita buat itu. Seolah2 kita cabar diri sendiri untuk menyiapkannya dalam masa yang sangat suntuk.. ianya spt kita jadikannya seolah-olah satu game.. yang mana tentulah kita nak menang kan?

4. Give yourself time.

Adakalanya masa yang diberi terlalu suntuk. Jadi cuba minta masa tambahan 2-3 hari kerana bila kita terlalu memikirkan akan kesuntukan masanya, kita akan jadi stress.. bila stress..satu apa pun x jadi. Jadi, cuba jangan terburu-buru.

5. Have fun with a new technique or toy.

Cuba cari teknik2 dalam tutorial yang banyak kat internet untuk memudahkan kerja kita dan menaikkan semangat kita. Adakalanya bila dapat gajet baru ke, teknik baru ke, kita lebih berkobar-kobar nak test dalam design kita. Aku selalu gak cari tutorial sebabnya walaupun dah bertahun guna photoshop contohnya..tapi still banyak trick yang aku tak tau..

6. Lower your expectations.

Jangan put too much pressure. Jika kita letakkan expectations terlalu tinggi, kita selalunya tak dapat memberikan yang terbaik. Yang penting relax.

7. Be aware of your difficulty level.

Not all design projects are the same. Adakalanya kita kena buat sesuatu yang rumit, dan kadangkala sesuatu yang sangat simple. Jadi adalah penting untuk kita mempunyai perpektif yang baik dalam kebolehan kita dan bersikap positif terhadap hasilnya.

8. Eat a proper diet.

Ada kena mengena ke faktor pemakanan ni? Ada sebenarnya, kerana pemakanan memberi kesan kepada mood dan tahap tenaga kita. Contohnya kalau aku lapar, aku x dapat nak berfikir dengan baik..hehe.. dan kalau mood terganggu juga, aku tak dapat berfikir dengan baik, jauh sekali nak menghasilkan design yang bagus.

“So, where is the connection between food and mood?” you ask. It’s simple – food signals your brain to release chemicals that influence your mood.

Body Signal satiety
sleepiness
reduce stress
mood stability
calmness
reduced pain
mood stability
euphoria
reduced stress
energy
concentration
alertness
productivity
Brain Chemical Dopamine
Food Component sugar
starch
fat protein

(Chocolate contains both sugar and fat,affecting both serotonin and endorphin levels.)

- When Serotonin is low, we feel nervous, irritable, stressed and often have an appetite for carbohydrates. Rising concentrations of Serotonin and become relaxed, calm and satisfied.

- When endorphins are low, people feel anxious; they are also more aware of pain. They have an appetite for fat and fatty foods. Exercises also raises endorphins. High concentrations of endorphins in the brain produce a sense of euphoria, enhance pleasure, and suppress pain, both emotionally and physically,

Raised dopamine concentrations in the brain cause us to feel alert, focused and energetic. When our dopamine levels are low, we may feel foggy and will tend to have less ability to concentrate.

(source : Listening to Body Signals

 

9. Get your sleep.

Sleep is somewhat related to mood and energy just like your diet. Kalau kita kurang tidur, mengantuk je..otak memang jadi slow sikit sebab terlalu sibuk memikirkan akan kemengantukan kita tu. Jadi, pastikan tidur yang cukup supaya otak kita dapat fully concentrate dan generate untuk mnghasilkan design.

10. Take a walk.

More physiology coming at you; did you know that exercise releases endorphins? Endorphins are natural drugs in your brain that make you happy and relaxed. Memang betul.. aku selalu bergerak untuk merelaxkan otak. Adakalanya aku ke tempat orang lain kat office, just untuk chill dan relax. Ianya membantu. Aku x boleh stuck kat tempat aku sahaja kerana aku boleh stress.

In conclusion – you’re going to get designer’s block. It’s inevitable. Don’t get frustrated and upset. Just accept it as part of your job. Now, eat some beef jerky as you go for a walk around the block to check out the local graffiti wall. I promise by the time you get back you’ll feel right as rain.

Source : Gomediazine & Redspec


Jadi kepada kawan-kawan sekalian, kerja designing ni bukan kerja yang mudah ye.. Ianya sesuatu yang subjective.. dia tak ada jawapan macam matematik.. Ianya semua bergantung kepada persekitaran, emosi dan pengalaman. Semoga apa yang aku tulis ini dapat membantu rakan2 yang mempunyai masalah yang sama.







"Art is wasted on people who have no souls"

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year!



Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua rakan-rakan sekalian.
  1. Semoga segala impian jadi nyata.
  2. Semoga segala yang tak tercapai pada tahun sebelum ini akan dapat dicapai pd tahun ni.
  3. Semoga semakin dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan pada yang tahap terbaik.
  4. Semoga sentiasa dikelilingi orang2/rakan2 tersayang.
  5. Semoga sesiapa yang merokok berjaya mengurangkan sekaligus berhenti merokok.
  6. Semoga ditemukan jodoh bagi yang single itu.
  7. Semoga rumah tangga berkekalan dan harmoni bagi yang sudah berkeluarga.
  8. Semoga dilindungi dan dilimpahi rahmat serta kurnia dari Allah S.W.T.
  9. Semoga kita berkerja lebih kuat lagi.
  10. Semoga kita mengekalkan sikap yang baik dan meninggalkan sikap yang kurang baik.
  11. Semoga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Amin.








~big girls don't cry~