Friday, October 21, 2011

Update (blog) and Upgrade (keje)







Setelah agak bersawang aku tengok blog aku ni.. aku terasa nak update lak.. Sebenarnya banyak menda berlaku sejak dari tempoh kali terakhir aku update aritu iaitu bulan Mei.. secara ringkasannya, kakak aku kawin, aku pindah tempat keje, company lama lingkup, aku bz di tempat baru, aku akan dipindahkan ke opis KL dan macam2 lagi lah..tapi tu nanti sikit2 aku flash back semula la dalam next entry..

Buat masa ni, aku nak cerita kejadian yang baru berlaku pada aku minggu lepas..iaitu Kaki aku telah terpeleot atau bak kata omputihnya "I sprained my ankle" aritu kat tempat keje slps parking kete pepagi, kerana aku berjalan tanpa memandang…(which is so Typical Me..) hinggakan kaki aku telah tepijak di kawasan berlubang ini hingga kaki aku terpusing dan meletup bunyi di buku lali hingga aku jatuh terduduk.. maka, kaki aku telah bengkak tahap dewa pada Jumaat lepas. Hmmm....nasib baik takde org nampak..kalau ada org nampak, silap2 berdekah-dekah sambil berguling dia tengok aku jatuh... mesti dalam hati kata.."hehehe...tengok tu budak gemuk jatuh..". Kemudian pada petang itu, setelah Boss aku simpati melihat aku berjalan terhencot-hencot, aku dibenarkan pulang awal untuk ke klinik, aku pergi ke klinik yg dekat ngan opis je, tapi tingkat 1 la pulak.., parking dah la payah.. dlm keadaan kaki yg teramat sakit..aku gagahkan diri berjalan.. naik tangga..sekali tengok TUTUP..masa tu 4.35 ptg.. huhuhu..aku balik kul 4.00, kalau biasa, sempat..tapi dengan keadaan kaki aku yg sakit tadi, nak ke kereta pun punya lah lama berjalan..haisshh... akhirnya aku balik kat rumah aku je, ada klinik panel gak situ.. Setibanya di Klinik, tuan tabib mencadangkan supaya aku di inject..aku x nak kerana malu nak menunjukkan bontot aku kepada beliau, aku hanya meminta pain killer sahaja.. 

Namun, setelah pulang ke rumah, nampaknya painkiller tersebut tak berjaya kill the pain.. aku rasa terlalu sakit sehingga aku hanya terdampar seperti ikan paus betina di tengah rumah sambil pasrah menanti kepulangan kakak aku dari kerja untuk meminta jasa baik beliau menghantar aku semula ke klinik untuk di cocok oleh tuan tabib di bahagian bontot kerana kesakitan yg teramat sangat hingga aku tak mampu menahannya.. Aku ke klinik dengan bertongkatkan kayu hoki kerana aku tidak dapat mengangkat kaki ku yang sedia ada berat ini. Setelah aku diinject, aku berjaya berjalan tanpa kayu hoki itu, betapa kuatnya kesan ubat yang diinject ke bontot aku itu.. Aku kembali sihat dan tidak sakit..keesokkan harinya aku mampu berjalan dan naik tangga seperti biasa. Namun demikian, panas yg kusangka hingga ke petang tidak berpanjangan kerana pada malam itu (sabtu malam..) panas yg kusangka hingga ke petang itu telah berpindah ke badan aku dan suhu badan aku mendadak naik kepada 39.5 darjah Celcius (bersamaan 103.1 F)..maka keesokkan harinya aku ke klinik semula dan tuan tabib telah memberikan aku sijil sakit untuk aku berehat di rumah pada hari Isnin itu.. Mungkin ubat yg diinject ke bontot aku itu terlalu power sehingga badan aku sendiri tak dapat menahannya..

Setelah demam selama 3 hari.. aku tetap berkerja dengan gigihnya sehinggakan aku juga mengalami batuk-batuk..selsema, sakit tekak dan telinga yang tersumbat. Maka, dengan itu juga aku berpikir..mungkin ini adalah waktu terbaik aku untuk berhenti merokok.. Maka, sehingga ke hari ini.. 6 DAYS NO NICOTINE for me, namun, ada juga hari2 yg aku terasa seperti berkeinginan yang teramat sangat hingga aku membeli gula2 NIQUITIN utk berhenti menghisap rokok.. Rasa gula2 tersebut sungguh la macam hampas, seperti memakan ashtray.. (walaupun hakikatnya aku belum pernah makan ashtray)..

Jadi, dalam tempoh ini juga tubuh badan aku sedang menyesuaikan diri tanpa nikotin dalam badan dan juga tanpa Caffein dalam badan kerana aku juga dah berhenti minum nescafe..melainkan kalau pergi ke rumah orang dan dihidangkan nescafe..itu x leh buat apa la.. 

Maka, kesimpulan dari cerita aku ni, insyaallah the NEW ME (caffein and nic free) akan berusaha untuk merajinkan diri mengupdate blog..








[di situlah aku terjatuh sambil terduduk..]

[dia punya bengkak dah macam leher kena beguk pun ye..macam patah pun ye..]
[suhu di no. 39 tu yg jelas..maksudnya itulah suhu waktu panas berpindah ke badan aku]







[ni baru 4mg..rasa dah macam hampas.. 6mg or 8mg ntah cemana la pulak..]

- b u t t e r c u p -





"Art is wasted on people who have no souls"

No comments: