Tuesday, March 31, 2009

BLOODSUCKER!

Kali ni aku nak bercerita pasal Kutu Babi a.k.a TICK yang telah menggigit aku baru2 ni ketika aku pergi offroad camping di Terengganu..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Tick is the common name for the small arachnids in superfamily Ixodoidea that, along with other mites, constitute the Acarina

Ticks are ectoparasites (external parasites), living by hematophagy on the blood of mammals, birds, and occasionally reptiles and amphibians


Young ticks have six legs, and mature ticks have eight legs. They are about the size of a sesame seed, and males are black; females have a brick-red abdomen with a black shield-like plate close to their head.

Ticks are blood-feeding parasites that are often found in tall grass and shrubs where they will wait to attach to a passing host. Physical contact is the only method of transportation for ticks. Ticks do not jump or fly, although they may drop from their perch and fall onto a host. Some species actively stalk the host by foot.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Masa kat Terengganu ari tu masa tu dah nak siap sedia nak balik, ntah camana aku terasa seperti kena gigit kat nyamuk kat area belakang peha aku..aku ingatkan nyamuk..so aku ignore je lah.. disebabkan trip kali ni agak jauh dan aku memang kepenatan giler..tambahan pula kereta kawan aku jam masa on the way balik tu..so bila sampai umah pagi Isnin tu, aku terus 'bungkus'..memang tido je sepanjang hari...hehehe tak keje pon... Masa hari Isnin tu aku tak terasa apa2 pun, dah hari Selasa lepas balik keje tu aku rasa cam sakit semacam je kat belakang peha aku.. bila aku cuba sentuh..terasa cam ada menda....dan bila disentuh, sakit lak.....hmmm.. aku cuba tengok la...sekali aku nampak macam ada something attached kat situ... aku cuba tarik, tapi sakit.. so aku buat tak tau je lah...

Dah hari Rabu tu masa gi keje aku survey kat Internet (Dunia tanpa sempadan..maklumat tanpa batasan) sampai la aku terjumpa mengenai makhluk ni.. nama Omputih dia TICK, nama kampung dia KUTU BABI  dia ni bukan nye dari babi ye...so jgn buat kesimpulan yg bukan2... dia ni memang banyak terdapat di dalam hutan, dan selalu hinggap pada sesuatu melalui physical contact..jadi, mungkin masa tu aku duduk ntah mana2 tunggul kayu ke...apa ke..aku pun tak tau lah.. So, selepas aku selesai meng'survey', aku cari juga kaedah untuk meng'remove' kan dia ni dari kulit kita..so malam hari Rabu, setelah selesai kerja aku pun melakukan misi yg aku panggil "OPS KB"..iaitu untuk menanggalkan makhluk penghisap darah ini...
dengan berbekalkan berberapa peralatan seperti Facial Cotton, Savlon (antiseptic liquid) dan tweezer.. aku berusaha mencabut "subjek" yg terlekat di kulit aku..cubaan pertama gagal... lalu dengan menarik nafas panjang..aku cuba kali ke-2..huhuhu...berjaya. Perlu diingatkan kepada sesiapa yg mengalami masalah yg sama..untuk mencabutnya..perlulah berhati2 agar tiada bhg mulutnya yg tertinggal di dalam kulit kita.. kerana bisanya tak akan hilang jika masih ada bhg taringnya yg tertinggal..jadi berhati2 ya..






p/s aku tak sangka banyak serangga/unggas/makhluk perosak yg berada di negara kita ni...selama ni dengar je cerita...haaa...kali ni hambik ko...sendiri juga kena..





Monday, March 30, 2009

MELAWAT BOSS AKU..


Lunch hour tadi aku gi melawat En. Azuan di hospital dengan Ayie, Sab & Antu (the 3 stooges). Kesian aku tengok boss aku pucat muka dia. Dia kena operate secara vertical...huhuhu...sakitnye.. setelah mendengar dari wifenye...ceritanye begini.. dia terjatuh sebab motor terlanggar batu..pastu dia terjatuh atas divider jalan dengan keadaan perutnya tertiarap. Balik tengok biasa je..bila dah balik umah  muntah tak henti2...tapi takde la sampai muntah darah.. memang teruk la...bila gi hospital..doktor check...terus kena tahan wad. Bila dah operate tu..ada dalam segumpal darah beku dekat nak sekilo tuuu doktor keluarkan dari perut dia... peh...ngeri aku... Aku doakan agar beliau segera sembuh la hendaknya dan dapat bermain futsal seperti sediakala..



Antu, Matun, Ayie & Sab






Sunday, March 29, 2009

2nd BOSS aku accident...

Pagi tadi 1st Boss aku, En. Abdillah msg aku mengatakan 2nd Boss aku En. Azuan ada kat hospital Tawakkal sekarang ni sebab accident... aku memang suspen nak gi ke hospital ni.. so aku ckp kat boss aku just update aku la sebab aku suspen nak gi hospital ni.. Aley Aummchak lak msg aku katanya En. Azuan terjatuh motor dalam keadaan perutnya tertiarap di atas divider...mula2 dia pikir tak de apa2...dia siap balik umah dulu..tapi bila dah balik umah rasa semacam, muntah darah dsbgnya... so the next day wife dia bawak gi hospital dan check rupanya ada internal bleeding. So kena operate di perut..  Sekarang ni Alhamduillah dia di dalam keadaan stabil. Marilah kita berdoa agar En. Azuan segera sihat dan dapat menjalankan kerja seperti biasa. Insyallah esok aku akan melawat En. Azuan...

Wednesday, March 11, 2009

DEMAM



Aku Demam..
Setelah sekian lama tak demam, aku telah demam semenjak hari Sabtu 7hb sampai la sekarang ni. Punya la cuti 3 hari aku telah berlalu dengan sia2 tanpa makna.....ciss...

Tapi demam kali ni macam kejap ok, kejap tak ok...aku pun confuse gak...
asalnya opismate aku dah demam..aku lak dengan confident terasa yg aku tak akan berjangkit kot..bukan apa sebab masa kat brunei dulu, bila ramai colleague demam, aku sure ok punye lah... So aku membuat kesimpulan bahawa antibody aku tak sama ngan orang2 di sini (maklumlah sini ramai foreigner)..bila diorang demam aku tak berjangkit punya lah..dan bila aku lak demam, aku selalu demam sensorang je...org lain pon tak berjangkit dari aku.. 

Tapi aku lupa lak yg aku kini dah balik M'sia..so antibody aku sama la kot dengan rakyat tempatan nye antibody..sekali opismate aku demam, aku pon berjangkit daaa.... jadi maksudnya teori aku tu boleh diterima la... :P

Bila cakap pasal demam, tekak mula la lain macam, selera pun ntah apa2. Nak makan apa pun tak tau.. masa aku kat Brunei dulu ada orang selalu buatkan aku sup tiap kali aku demam..ni dah balik sini kena la buat sendiri...huhuhu.. Isnin itu hari aku terasa cam nak makan kek.. so aku kasi tau la akak aku..akak aku bawak la gi kat kedai kat area umah aku tu.. dari luar nampak cam ok..bila dah masuk, tengok tak banyak choice dan ada bau cam ubat gegat la pulak... hish... apa punya kedai daa... Aku heran gak apasal la akak aku tak nak gi Jusco ke, Giant ke, bukannya jauh pun dari umah kami, tapi mungkin jugak sebab malas nak parking(walaupun parking free), sebabnya jauh kena parking, nak kena menapak lagi gi kedai kek.. Tapi memandangkan akak aku dah berusaha membawa aku ke kedai kek ni, aku belasah je lah sepotong kek coklat ber'aroma'kan ubat gegat.. ish..ish..ish...

Hari Selasa semalam, aku cuti, dapat m.c ..doktor kata kalau dalam tempoh 1-2 hari ni aku masih panas sejuk panas sejuk, dia suruh cek darah, takut denggi.. tapi aku rasa tak de denggi kot.. demam biasa je tapi mungkin badan aku baru nak get used to keadaan kat M'sia balik kot? Sebab rasanya sejak aku balik sini bulan April tahun lepas sampai la sekarang ni aku belum demam lagi.. ni baru aku demam.

Hari ni gi kerja..aku dok borak jap kat bilik CTP/CTF..borak la pasal demam ngan Ahyie, Sab & Abg Tapa..ada ke patut si Ahyie ckp yg aku ni demam sebab itu hari aku ketawakan dia demam.. (mana ada aku ketawakan dia..) Katanya padan muka aku kena Demam Kinokuniya...hmmm.. tiba2 aku terasa pelik... rasanya Kinokuniya tu nama Kedai Buku.. aku tanya balik, "Wei apa daa Kinokuniya..tu kedai buku daa..." Pas tu dia cakap 'Chikungunya laa..'...ada ke patut pi mintak kena demam Chikungunya ni..hish...masyaallah... Anyway..citer punya citer..dah masuk bab makan.. Aku cakap la aku bila demam ni masa kecik2 dulu selalu nak makan Bubur Kacang ngan Air Aiskrim Soda...hihihi... kelakar lak rasanya kan...combination yg bagus betul... Tapi setakat cakap je la kan... nak buat ntah bila2nye.. Pas tu dah petang dalam kul 3.30 td, Abg Tapa tepon, tanya kok aku busy..aku ckp tak de la sgt, sederhana je.. dia ckp dtg ke bilik CTP/CTF tapi jalan halfway je... Aku pelik gak apa hal ni? Ada nak mintak tolong ke? Bila aku sampai half way..rupa2nya ada bubur kacang yg menanti...hihihi... terharunya aku ...ada sorang akak ni, Kak Ina nama dia, dia keje shift Petang, dia bawak bubur Kacang.. So bila dengar je bubur kacang, si Ahyie & Abg Tapa teringat aku cakap tadi, terus diaorang call...  hihihi..TQ ye kerana ingat kat aku dan selera ku....hihihi..:D


AhYie makan tak pandang kiri kanan dah...