Wednesday, October 22, 2008

Open House Dawama 2008

Waktu aku sampai pagi semalam, tengok2 banyak khemah yg dah hampir siap dihias. Makanan sampai dalam kul 9.00 pagi,semua staff kelihatan sibuk meng"arrange", menghias dan buat final touch up pada khemah masing2. Cuma Khemah Bahagian Percetakan nampaknya belum sampai lagi makanan diorang. Tapi Khemah diorang cantik la, siap macam ntah nak kata apa pun tak tau, tp pintu masuk macam ala2 pondok/pintu gerbang la..cantik & kreatif diorang ni..Semua pakai bahan terpakai je, contohnya kayu pallete. Kali ni aku lak rasa cam tergugat, cantik khemah diorang ni....

Semua department dibahagi-bahagikan menjadi 7 kumpulan. Kumpulan2 ini terdiri daripada :


1) Kumpulan Serambi Selatan

Gabungan IT, Percetakan Digital, Pengurusan Kualiti dan Komunikasi Korporat. Bertemakan Selatan dan menyajikan masakan dari Melaka & Johor, menunya adalah Briyani Gam, Rojak Petis dan Soto serta kerepek ubi dan pisang. Pengunjung yg datang turut dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu Ghazal.












Team IT, Komunikasi Korporat, Percetakan Digital & Pengurusan KualitiBoss Team kami macam tak happy je dapat no.4 ..hehehe..Pandangan depan khemah kami





2) Kumpulan Selera Utara

Department Stor dan Edaran, menyajikan masakan utara tanah air seperti Laksa Penang & Sup Tulang.




3) Kumpulan Padang Pasir

Gabungan department Admin, Finance & HR..bertemakan Arab tetapi menyajikan hidangan seperti Ketupat Palas, Lemang & Nasi Himpit, Rendang Tuk & Ayam, Kuah Lodeh & Kacang dan juga Roti Arab. (mana ada arab makan lemang daaa....)








4) Kumpulan Masakan Timur

Department Kreatif & Multimedia menyajikan masakan dari Pantai Timur seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu & Sata (aku tak tau apa Sata ni..ingatkan Hard disk je ada Sata...tak sempat rasa)..

5) Kumpulan Kuih_Muih & Dessert

Terdiri dari Bahagian Pemasaran & Majalah, menyajikan aneka Bubur, kuih-muih tradisional, buah-buahan dan Jeruk.

6) Kumpulan Selera Borneo

Terdiri daripada cawangan Sabah & Sarawak yg menyajikan masakan dari Borneo seperti Ambuyat, Ayam Pansuh, Umai, beraneka Kek Lapis Sarawak dan Ikan Terubuk Bakar.

8) Kumpulan Masakan Panggang

Terdiri daripada Bahagian Percetakan dan menyediakan masakan panggang iaitu Kambing Panggang dan Satay. Oh ya, ada jugak teh tarik... nyaman tu..

Sepanjang Majlis berlangsung, aku rasa aku tak sempat nak ke Bahagian Utara dan Timur sebab perut dah sebu.. tp yg bahagian2 lain aku rasa sikit2 je lah..cukup syarat... tapi Nasi Briyani kami tu memang sedapppppp sangat2..

Kumpulan kami tak menang, dapat no. 4 je, (ceh...tak adil betul...hihihi...) Yg Menang kumpulan Arab...(Walaupun kok dikira tema, patut dah disqualified tu...Arab mana makan lemang daa...) Tp props mereka memang lawa la, siap ada Shisha.. Tapi kumpulan Masakan Panggang pun cantik juga khemah mereka, tp x tau lah penilaian juri melalui apa...mungkin layanan ke, Food Presentation ke, Props ke...Tak tau lah...

Pemenang pada hari itu adalah:
1) Kumpulan Arab,
2) Kumpulan Borneo dan Kumpulan Selera Utara (berkongsi tempat ke-2)
4) Kumpulan Selera Selatan
5) Kumpulan Masakan Utara
6) Kumpulan Kuih-Muih
7) Kumpulan Masakan Panggang (ada ahli kumpulan mereka yg spt tak percaya.. hehehe)

Seronok juga pada hari tu sebab tak yah keje..hehehe.. pas tu dapat merasa masakan dari seluruh Malaysia pada 1 hari.... tak larat beb.. Semua orang berpakaian Baju Kurung dan Baju Melayu...tapi yg tak syoknya, ada juga yg pakai Baju Melayu tak complete...sebab aku teringat masa keje kat Brunei dulu, diorang kalau pakai Baju Melayu, mesti complete bersongkok dan Sinjang (samping), even kanak2 pun mesti complete. Kita kat Malaysia ni macam dah tak mengambil berat menda2 camni.. Konon macam tak nak beriya2 la kot, tapi kita tak bangga ke ngan Pakaian Tradisional kita? Jangan satu hari nanti semua ini akan pupus sudah...

...to be continued

No comments: