Monday, October 19, 2009

R A N D O M

Aku sebenarnya suka mengambil gambar. Kemana2 aku pergi, aku mesti bawak camera sebab aku suka nak "capture the moments" . Kadang2 tu sambil driving, aku nampak perkara yg menarik pun aku snap jugak.. Tapi ada juga kenangan yg tak dpt aku lupakan ketika sentiasa membawa camera ke mana2 ni.. masa tu aku gi camping kat Sg. Pertak, Kuala Kubu Baru.. aku nampak seorang remaja mati lemas dan pada ketika itu rakan2nya sedang mengusung mayatnya dari dalam sungai ke darat. Mayatnya dah kaku dan biru.. Aku rasa macam nak lemah semangat dan fobia.. Ada berberapa gambar yg aku snap..tapi selepas tu aku terus delete kerana tak sampai hati aku melihatnya.. Aku jadi insaf melihat kejadian itu..

Tetapi, aku ingin kongsikan disini gambar2 yg aku ambil yg aku rasakan menarik. Ada lagi..banyak, tapi buat masa ini, ini sahaja dulu..

Gambar2 ini diambik dengan menggunakan compact camera saja.. SONY DSC-T200 dan CANON PowerShot A2000 IS.. Aku harap impian aku untuk memiliki Camera DSLR akan termakbul tak lama lagi. Aku meminati NIKON, dan mudah2an x lama lagi aku akan kongsikan pula gambar2 dari Kamera Nikon ini.. Amin..


[Anak buah aku A4, melayan kucingnya Poppin seperti adiknya]


[Suasana di suatu pagi, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja]


[Kabus yg menyelubungi KL ketika pagi]

[Pelangi di suatu pagi di Kuala Lumpur]

[Anak buah aku A2 bermain bunga api di bulan puasa 2009]


[Anak buah aku punye angkara..]


[mencari rezeki...]


[sebuah restoran cina di Salak, kerusi ini mengingatkan aku di zaman aku kecil dahulu...]


[kucing ini buta dan lumpuh.. aku jumpa ketika menghantar kucing anak buahku, Poppin ke klinik haiwan.. aku kagum dengan pemilik kucing ini yg menyayanginya walaupun ia cacat]

[basikal chopper ke ni?..]

[suasana senja di KL]


p/s harap maklum ye.. gambar2 aku ni bukan nak bersaing ngan sesapa.. kerana aku bukanlah professional photographer.. ini sekadar ingin berkongsi 'the moments' yg aku snap dalam hari-hari aku ke mana-mana saja aku pergi. Dan ada gambar2 yg tidak cantik kualitinya kerana sambil drive amek gambar..hmmm memang la kan.. Apa yg aku nak kongsi kan bukan lah kualiti gambar atau angle nye..tapi cerita di sebaliknya... renungkanlah..