Lama betul aku tak update blog nih. Bila baru2 ni aku tengok blog, bulan November tak ada entry langsung. Hmmm... sibuk sangat ke aku? Hmmm...bila pikir2 balik apa agaknye yg membuat aku bz sampai x dapat nak update blog walaupun 1 entry untuk sebulan? Itu tak termasuk lagi banyak entry-entry lama yg masih dalam status
to be continued.. Setelah aku kaji2 semula apa yg membuatkan aku bz (walaupun 4 bulan tak gi camping, patutnya x de alasan bz..) Akhirnya aku dapat simpulkan ini semua gara-gara kawan2 aku yg telah mempengaruhi aku dalam pelbagai perkara.. dan ada jugak la perkara lain yang mempengaruhinya, berikut adalah alasan aku :
1) Ayie (bukan nama sebenar) telah meracuni fikiran aku supaya join main Fantasy Premier LeagueAku dah la tak tau camana nak main menda ni pada mulanya, tapi sekarang dah paham la..tapi still masalah bagi aku sebab aku x tengok pun bola dan aku x tau pun sapa player2 yg bagus, walaupun best gak menda ni, tapi masalah la bagi aku. Tapi dalam masa yg sama aku rasa ok gak sebab aku belajar menda baru. Jadi, hampir every week, kerja aku kena update player, kena alert ngan sapa player yg injured dan berapa lama dia injured dan kena perhatikan betul2 untuk sesuatu match tu sapa yg berpotensi untuk score dsbgnya. Satu hal betul... hahahaha... Dah la kat rumah aku tak subscribe sports channel, so tiap kali ada match aku cuma tengok kat website
livescore untuk update...hehehe.. Dan, ia akan berlarutan sampai la bulan 4 nanti...huhuhu... kan ke cari pasal namanya tu? Tapi ok gak la kot..cuma nye..susah sikit la aku nak update blog, sebab sibuk update player aku je...hihihi... Jadi, Ayie..aku salahkan ko dalam hal ini... (tp aku rasa next season pun aku join lagi kot...hihi....)
2) Ayie (bukan nama sebenar) juga ada sorang lagi...(aku x nak sebut nama hahaha...) suruh aku main Mafia Wars kat FacebookIni lagi satu masalah... aku sebenarnya malas betul2 nak main game dalam facebook ni sebab aku x mau commintment.. biasanya aku hanya main game yg no commitment required seperti text twist ke, bejeweled ke dan dulu aku sibuk main vampire ngan parking wars..tapi lepas tu cam dah malas sebab nak kena main hari2 hingga kadang-kadang menggangu aku lah....mentally ... Tapi mereka ini telah memperdayakan aku hingga terjebak ke dunia Mafia Wars...huhuhu... memang dah jadi satu hal. Tiap2 hari nak kena maintain aku nye Fight, Rob (sekarang dah x leh...elok gak), weapon, armor and job yg kena buat selalu. Bila dah banyak duit, kena masuk dalam bank, kalau x kena rompak.. Pas tu kalau kawan2 mafia lain mintak tolong, kena tolong, kena bagi gift, tambah mafia biar ramai.. dan macam-macam lagi... Berat sungguh tanggung-jawab aku hingga aku telah mengabaikan blog aku...hmmm... ini semua..mereka punya angkara... (Nasib baik aku x terjebak ngan game2 spt Farm Ville ke, Farm Town ke, Cafe World ke, Fashion Wars ke, Roller Coaster Kingdom ke, Pet Society ke.. and ntah apa2 lagi tu... aku maintainkan Mafia aku je la...)
3) Aku merajuk... (hmmm...ye ke?)Ada la perkara yg berlaku yg membuatkan aku ter'merajuk' sikit.. Pelik gak aku... Begitu mudah untuk aku 'terasa'... mungkin juga faktor umur kot? Bila kita semakin meningkat dewasa..kita lebih mudah untuk 'terasa'/sensitif dan lebih suka pendam... Barulah aku
lebih faham akan keadaan yang dialami oleh ibubapa kita yg mudah 'terasa' dengan sesuatu perkara yang mungkin kecil bagi kita, tapi besar bagi mereka.. Hmmm... aku x nak cerita lebih lanjut la kenapa aku merajuk.... (bukan nye pendam.. tapi mahu mengabaikan...) Dan juga kerana aku dah OK sikit kot? Jadi, ini juga menjadi satu punca/penyebab aku tak mau update blog.. (Hmmm...boleh terima ke...?)
4) Aku STRESSSSSS!!!Aku sejak kebelakangan ini selalu diuji dengan perkara2 yg boleh menimbulkan marah... (bukannye aku nak mengelak dari kena jual... ) Aku seboleh-bolehnya nak mengelak dari timbulnya perasaan marah ini kerana ia hanya akan 'spoil' kan hari aku dan hanyalah akan membuat aku jadi lapar... hahaha... so tendency untuk makan akan bertambah... cisss!
Aku tak stress ngan kerja aku.. in fact, i love my job.. tapi stress dengan perkara2 yang lain). Contoh situasi yang boleh membuatkan aku aku rasa nak marah (kalau 1-2 kali aku x kisah... ni boleh dikatakan setiap kali... huhuhu...) Perkara ini selaluuuuuu sangat berlaku... Department aku adalah satu department kecil sahaja dalam Company tempat aku kerja nih.. Staff keseluruhan adalah lebih kurang >300 orang kot.. So ada berberapa department lagi and it's impossible utk aku kenal semua staff, maybe muka aku kenal, tapi nama x tau or nama aku pernah dengar, tapi x kenal orangnya. Pintu office aku adalah Kaca.. so, see thru la kan.. dan lokasinye betul2 kat bahagian depan untuk building ke dua. Kat main building diorang ni x pergi ke agaknye? So, kalau tetamu datang kat building kedua, for sure nampak office aku dulu. Dalam salah satu insiden ini, ada lah seorang tetamu datang, dah buat appointment nak jumpa one of the staff di sini.
Tetamu datang depan pintu office aku memberi isyarat nak masuk..so aku bagi isyarat ok lah.. hmmm...buka pintu pun x reti(opis aku selalu pintu kanan tutup, kiri yg bukak, org ni pun, kalau kanan x dpat bukak, cuba la kiri lak...tu pun x nak pikir..)last-last aku je yang keluar...
Tetamu : Maaf ye Puan (duh...Puan?) Tumpang tanya, saya ada appointment ngan En. Ali (nama ini adalah rekaan semata-mata..tiada kena-mengena dengan staff di office aku, ni contoh sahaja).Aku : En. Ali..hmmm... En. Ali tu dari Department mana ye?Tetamu : Saya pun tak pasti la... tapi memang saya ada appointment ngan dia pagi ni 'kul 10.Aku : Minta maaf la Encik, sebab kat sini ada ramai gak En. Ali. Ini berkenaan apa ye? (dengan harapan jawapan tetamu ini akan membolehkan aku meneka En. Ali mana yg dia nak jumpa, Pentadbiran ke, Stor ke, Finance ke, Marketing ke kan..)Tetamu : Sebenarnya saya pun tak begitu pasti sebab Boss saya yang minta saya jumpa En. Ali ni pada pukul 10.Aku : (dengan darah yg dah mula nak naik...aku masih bersabar menjawab pertanyaan tetamu itu walaupun aku bukanlah penyambut tetamu sebab kat depan pintu masuk office aku TAK ADA pun signboard Tempat Pertanyaan) Macam ni lah Encik, apa kata Encik telefon En. Ali tu dan tanyakan department dia, barulah saya boleh tunjukkan office dia di mana atau minta dia ke sini saja.Tetamu : (Sambil menggaru kepalanye yg mungkin x gatal tu...) Alamak... sebenarnya saya tak ada pulak nombor telefon En. Ali tu.. hmmm... nanti saya telefon ke pejabat saya minta nombor telefon En. Ali tu..Aku : Okay lah kalau macam tu... (sambil nak berlalu masuk semula ke office)Tetamu : Minta maaf sekali lagi puan.. (hmmm... puan lagi...) boleh saya guna telefon sekejap tak? Saya nak call ke pejabat saya sekejap.Aku : (hampir tak percaya dengan permintaan tetamu ini, rasa macam nak tercarut pun ada juga...$#!!%% punya orang.. gaya lagaknya macam ada projek juta-juta.. tapi kredit pun x ada?) Hmmm... okay lah. (Rasa macam nak menjeling je....menci..)Banyak lagi sebenarnya kes2 yg aku alami, dalam telefon pun lagi macam2.. tapi aku rasa x yah la kot aku cerita kan, takut korang lak yg
stress nanti.. hihi..
Yang aku pelik tu, orang2 macam ni spt x de etika, x de otak, x tau pakai common sense dan sebagainya lah. Boleh tak lain kali sebelum nak jumpa sesapa tu confirmkan dulu sapa orangnya, di mana opisnya, apa department nya, minta contact number Office siap ngan extension ataupun dapat no HP lagi bagus kan..
Aku selalunya, kalau kena pergi some place yg aku tak tau dan tak pernah pergi, for sure aku akan Google search dulu, cari lokasi/peta kat Google Map dan printkan, confirmkan address, phone number dsbgnya. Kalau ada masa, aku siap akan survey/reki dulu a day before so that pada hari nak pergi, tak ada masalah lambat or sesat. Kadang-kadang tu terasa cam stalker pun ada, macam-macam maklumat yang aku cari/investigate, ini semua semata-mata sebab nakkan
KEPASTIAN.. bukan aku main redah je. Be Professional la sikit kan..
5) OCDAku rasa ni juga antara punca penyumbang kenapa aku x dapat update blog... Sebabnya aku ni ada sikittttttttt la penyakit
OCD (obsessive compulsive disorder) yang mana aku nak sesuatu itu dalam keadaan perfect, seperti yg aku biasa buat, kalau tidak, aku x mau buat, aku jadi restless.. contohnya, kalau nak update blog ni, aku nak tulis mesti dalam keadaan perfect dan dalam keadaan yg ada mood, siap gambar, kalau contohnya gambar tu x edit lagi, aku x nak tulis. Kalau aku masih ada menda lain nak buat dan ia belum settle, aku tak nak update blog jugak sebab selagi menda lain tu x settle, aku x tenang...
Contoh lain
Antara contoh ke'OCD'an aku ni, aku pernah pinjamkan cutter(pisau) aku pada orang, tapi dia dah la tak pulangkan, main tinggalkan je ampai-ampai kat meja orang lain, aku lak nak kena carik, pas tu siap hilang lak bhg belakang pisau tu... aku jadi geram, restless dan aku tak akan buat kerja lain selagi aku tak dapat pisau aku tu dalam keadaan yg aku nak. Sampaikan ada org lain yg tolong aku cari pisau aku dan last2 aku rasa dia kasi yg bahagian dari pisau dia pada aku.. just to shut me up...
Contoh ke'OCD'an aku masa kecik2 dulu..
- kalau aku terpegang sesuatu itu, aku mesti nak pegang 2 kali.. kalau tangan kanan terkena meja, tangan kiri pun mesti kena meja
- kalau aku makan gula-gula, plastik gula-gula tu aku tak akan buang 1 plastik je, aku akan buang at least 2 plastik pada sesuatu tempat ...sebabnya... takut yg 1 tu nanti tak de geng...
- Kalau makan buah-buahan seperti pisang ke rambutan ke, kulit dia aku tak mau pisah-pisahkan, sebabnye.. dia kan 1 family... nanti mana la tau yg aku buang tu anak dia ke, kesian dia terpisah dari mak bapak dia...
- Nombor genap dan ganjil pun bagi masalah kat aku masa aku kecik2 dulu.
huhuhu... ye aku tau...
memang teruk... tapi ni masa kecik-kecik dulu la teruk.. dah besar ni Okay.. aku boleh mengawal ke'OCD'an aku ni.. cuma kadang2 tu ia berlaku juga dalam keadaan luar sedar... tapi bila aku fikir-fikir baik, terus aku tersedar yang aku telah bertindak mengikut ke'OCD'an aku.
Dan jangan tak tau, mengikut wikipedia, OCD ni memang masalah biasa, punya lah biasa seperti penyakit asma dan diabetes.. Di US, OCD ni berlaku pada 1 dalam 50 orang. Aku rasa, korang pun sure ada gak OCD ni sikit2 kan... cuma nak ngaku ngan tak je.. hehehe...
--------------------------------------
Jadi kesimpulannya, orang lain yang bersalah...
bukan aku.. hehehehe....
Kepada kengkawan semua, tell me what do you think? Apa pandangan korang ngan cerita no. 4 di atas? Dan jangan lupa, kongsikan juga ke'OCD'an korang dan cara korang mengatasinya...
--------------------------------------
GAMBAR HIASAN
[aku rasa camping adalah seperti aku punye tranquilizer/ubat penenang kepada semua bentuk stress yang aku alami, sebab tu aku pasti akan cari jalan jugak supaya dapat relax during weekend-walaupun sometimes kat hutan x jugak relax, sebab the journey tu tiring, but somehow bila bangun pagi dalam hutan tu terasa sangat nyaman lah.. very...]
[gambar anak buah aku A4 ni, adalah sebagai jawapan kepada kawan aku Sam (dia ni sifu) yang banyak ajar aku dan suruh aku buat gambar guna teknik multiple exposure ni, sebab aritu aku dah tengok Edy nye gambar yang multiple exposure kat fotopages dia (x ingat la apa link fotopages Edy...) so Sam suruh aku test gak la.. tapi di paling kanan tu ada la pulak satu entiti...hehehe... tu imej anak buah aku A3 yang bergerak waktu aku snap gambar ni..]