Friday, December 31, 2010

Letting Go...


Loss is a natural part of life, but sometimes it can be hard to go about letting go and moving on. Whether you’ve lost a loved one, ended a romantic relationship or just lost touch with a friend, these letting go quotes can help you in the process of accepting what’s happened and moving on.

Letting Go Quotes

1. “When one door closes another door opens; but we so often look so long and so regretfully upon the closed door, that we do not see the ones which open for us.” – Alexander Graham Bell

2. “We can never turn back the pages of time, though we may wish to relive a happy moment, or say goodbye just one last time, we never can, because the sands of time continue to fall, and we can’t turn the hourglass over.” – Unknown

3. “Some of us think holding on makes us strong, but sometimes it is letting go.” — Herman Hesse

4. “One problem with gazing too frequently into the past is that we may turn around to find the future has run out on us.” – Michael Cibenko

5. All the art of living lies in a fine mingling of letting go and holding on.” – Havelock Ellis

6. “In everyone’s life, at some time, our inner fire goes out. It is then burst into flame by an encounter with another human being. We should all be thankful for those people who rekindle the inner spirit.” – Albert Schweitzer

7. “Change is never easy, you fight to hold on, and you fight to let go.” – The Wonder Years

8. “There’s no need to miss someone from your past- There’s a reason they didn’t make it to your future” – Unknown

9. “Death leaves a heartache no one can heal, love leaves a memory no one can steal.” – Headstone

10. “Every exit is an entry somewhere.” -Tom Stoppard

11. “True love doesn’t have a happy ending, because true love never ends. Letting go is one way of saying I love you.” – Unknown

12. “There are things that we never want to let go of, people we never want to leave behind. But keep in mind that letting go isn’t the end of the world, it’s the beginning of a new life.” – Unknown

13. “Hanging onto resentment is letting someone you despise live rent-free in your head.” – Ann Landers

14. “We need in love to practice only this: letting each other go. For holding on comes easily–we do not need to learn it.” – Rainer Maria Rilke

15. “Every breath is an opportunity to receive and let go. I receive love and I let go of pain.” – Brenda MacIntyre

16. “When I let go of what I am, I become what I might be.” – Lao Tzu

17. “Sometimes you have to let go to see if there was anything worth holding on to.” – Anonymous

18. “Don’t cry because it’s over. Smile because it happened.” – Dr. Seuss

19. “We must be willing to let go of the life we have planned, so as to accept the life that is waiting for us.” – Joseph Campbell

20. “The Tao Te Ching says, When I let go of what I am, I become what I might be. When I let go of what I have, I receive what I need. Have you ever struggled to find work or love, only to find them after you have given up? This is the paradox of letting go. Let go, in order to achieve. Letting go is God’s law.” – Mary Manin Morrissey

Source : http://edwardkhoo.com/top-20-letting-go-quotes/









~big girls don't cry~

Wednesday, December 8, 2010

What's in your bag?

Setiap hari pegi keje, bag aku mmg berat. Macam2 harta karun ada dalam bag aku. Nasib baik gi keje naik kete, kalau public transport, mau tercabut bahu aku agaknya nanti. So, apa agaknya yang aku dok bawak hari2 gi keje?

1) Buku Color Harmony Packaging - Aku suka bawak buku ni sbb mudah utk jadikan reference colour.
2) Tupperware utk isi air kosong.
3) Kunci Office.
4) Charger Camera
5) External Hard Disc - banyak artwork aku dalam ni
6) Mini Tools set - penting gak screw driver kecik2 ni, contohnya hard disk aku panas sgt, leh bukak, kalau cermin mata aku senget pun boleh bukak kasi repair sikit.
7) Test Pen merangkap screw driver - penting gak ni utk emergency, ari tu kunci umah tertinggal kat dlm umah, pastu uamah dah kunci, terpaksa la jd MacGyver jap..
8) Compact Camera
9) DVD Kosong
10) Bag Make up - bedak, celak, lip gloss, panadol, dll
11) Minyak Balm cap Lang - kalau ngantuk leh letak kat mata..
12) Thumb Drive - aku banyak thumb drive, tapi rasa masih tak cukup.. nak lagi (I'm a thumb drive freak).. so birthday aku next month ni, belikanlah thumb drive sbg hadiah utk aku ye..
13) Purse
14) Card Reader
15) Payung - sekarang musim hujan, nak ke parking keta tu perlu la sediakan payung sebelum hujan.
16) Sudu
17) Pencil Case
18) Stokin - kadang2 colleague aku ajak main bowling tetiba je, so baik prepare socks..
19) iPod
20) Hand Phone
21) ID Tag
22) P1 W1MAX modem.

Bag aku banyak dah koyak sbb x mampu menampung bebanan yang aku bawak hari2.. bag pack sebelum ni pun dah koyak. Nampaknya aku kena beli bag baru la lepas ni sebab bag ni pun dah koyak.

Di sini aku nak TAG kawan2 bloggers utk jawab tag aku ni, What's in Your Bag? Aye Jembalangz, Sab, Cik Zura, Antus@Materabak, Arja@Faread, Ms Jut, Bro Hazrin, Zul Deanz dan sesiapa saja, aku TAG korang!




Thursday, November 25, 2010

LADIES Only


Aku tak tau samada korang tahu atau tidak, tapi Perkhidmatan Komuter Rawang - Seremban sudah ada coach yang hanya untuk wanita sahaja, ini berikutan sambutan dan feedback yang baik diterima setelah mula diperkenalkan melalui perkhidmatan Komuter Sentul-Pelabuhan Klang.  Bagi aku, ini satu langkah yang baik, memandangkan perkhidmatan sebegini sudah lama diperkenalkan di negara luar seperti Jepun dan Eropah. Memandangkan bilangan pengguna yang menggunakasn perkhidmatan Komuter adalah sebanyak 60%, maka tindakan pihak KTM ini adalah langkah yang bijak dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang selesa dan protecting female passengers from sexual harrasment.

Baru2 ini adalah kali ke-2 aku menggunakan perkhidmatan ini sebab aku nak ke Nilai, rumah kakak aku. Tapi, yang aku pelik, masih ada juga lelaki yang berada dalam coach ini. In fact, adik aku juga pernah ternaik coach ini, tetapi sib baik dia tersedar dan sebelum pintu ditutup, dia buat2 angkat telefon dan bercakap di telefon sambil keluar dari coach tersebut dan masuk ke coach yang lain.. Berberapa orang lelaki yang naik coach ini sewaktu aku ke Nilai baru2 ni, aku tengok buat selamba je.. pas tu ada sorang lelaki yg agak berumur pun aku tengok selamba je, siap duduk lagi, tapi lepas tu mungkin dia ternampak signboard ini, dan terus beredar ke coach yang sebelah. Tapi apa yang aku ingin tekankan disini, mengapakah masih ada lelaki yang on board coach utk wanita sahaja ini? Jangan salah faham ye, ini bukan isu diskriminasi, tapi ia adalah hakikat, bahawa kaum hawa adalah kaum yang lemah, insecure, jadi apabila langkah ini diperkenalkan oleh pihak KTM, memang ramai kaum hawa yang teruja dan gembira, kerana fakta dari pihak KTM mengatakan pengguna wanita adalah 60% berbanding kaum lelaki, walaupun pada awalnya banyak suara2 sumbang yang tidak bersetuju dengan langkah ini, isu yang diketengahkan adalah Diskriminasi, dan tidak adil utk pengguna lelaki yang akan overflow disebabkan kurangnya 1 coach untuk dinaiki. Tetapi, so far apa yang aku tengok, coach wanita ini yang overflow dengan penumpang wanita kerana mostly, wanita akan naik coach ini sampaikan berdiri. In fact, aku jugak setelah 2 kali menggunakan perkhidmatan ini, so far memang kena berdiri disebabkan penumpang wanita yang kebanyakkannya lebih rela berhimpit2 di coach wanita sahaja berbanding dari berhimpit2 di dalam coach yang lain. Aku juga pernah menyaksikan sendiri dengan mata aku, kejadian berberapa tahun lalu di coach biasa, kejadian pantas yang berlaku di mana pick pocket telah mencopet handphone penumpang lain di dalam keadaan yang sesak berhimpit2, tapi kejadian ini terlalu pantas berlaku dan apabila si mangsa sedar, si pencopet sudahpun keluar dari coach kerana dia menjalankan aktivitinya ketika hampir ke perhentian yang berikutnya. Kejadian seperti inilah yang ditakuti oleh kaum Hawa. Jadi, bagi aku langkah pihak KTM ini perlu disambut dengan fikiran yang terbuka oleh semua masyarakat di Malaysia ini kerana negara seperti Eropah yang sudah tentunya lebih bebas dan sosial pun boleh menghormati isu ini dan tidak memandangnya sebagai isu diskriminasi.

Tetapi, ada satu isu yang aku rasa (mengikut pandangan aku lah..) walaupun di awal perkhidmatan ini diperkenalkan, terdapat polis2 bantuan yang berada di perhentian utk memastikan penumpang lelaki tidak menaiki coach ini, tetapi perkara ini masih berlaku, kenapa? Bagi aku pelaksanaannya tetap ada kelemahannya kerana kurangnya keberkesanan dari segi papantanda dan logo yang digunakan. Jika kita lihat di laman Facebook KTM, memang tanda2 ini jelas, ini kerana kita melihat di dalam gambar tanpa ada distraction, memang itu sahaja fokusnya, tetapi jika kita berada di lokasi sebenar, logo2 dan Signboard ini tidak 100% jelas.

Contohnya logo ini yang diletakkan di bahagian tingkap dan pintu coach komuter ini..

1) Logo signboard ini menggunakan simbol wanita secara silhouette.. Jika dipandang dari jauh, bahagian tengah itu nampak seperti kepala penari Siam (yg ada hiasan topi tinggi di kepala).. Objek yang digunakan ini walaupun silhouette, tetapi merupakan bentuk yang ambiguous.. yang mana ia tidak memberikan maksud yang jelas kerana aku sampai boleh ternampak kepala penari siam, kadang2 nampak macam telur ayam menetas pun ye jugak(pada logo yang oval), maksudnya ia spt memberi 2 makna. Untuk menghasilkan signboard yang effective, ianya perlulah simple dan jelas, kerana pengguna hanya memerlukan split seconds untuk menafsirkan apa mesej yang cuba disampaikan melaluinya. Cuba lihat signboard di jalanraya mahupun tandas2 awam. Bentuknya simple dan mudah serta cepat utk difahami.

Contoh di bawah ini ada di dalam laman web Hewlett-Packard, sila buka link ini The Power of Visual Communication

Cuba lihat contoh di bawah, di antara contoh 1 & contoh 2, yang manakah lebih mudah diingat?

Contoh 1
Verbal
Information Retained
Studies show that people remember 10% of what they hear and 20% of what they read, but about 80 percent of what they see and do.

Contoh 2
Verbal + Visual
Information Retained
Studies show that people remember:
• 10% of what they hear
• 20% of what they read
• 80% of what they see and do


2) Font yang digunakan adalah serif (jenis berekor) dan italic, pastu susun aturnya agak abstract. Font untuk signboard adalah paling sesuai jika kita menggunakan jenis sans-serif, iaitu yang tiada ekornya seperti Arial, Helvetica ataupun Verdana dan juga tidak Italic. Kedudukan text yang berada dalam bulatan dan bunga ros, kedua2 berulang, ianya redundant.

3) Warna yang digunakan, bagi aku tiada masalah, kerana pink (magenta) memang melambangkan wanita, tetapi kenapa ianya masih tidak begitu berkesan? Pada awalnya aku tengok bahagian luar coach wanita ini diwarnakan pink, tetapi, sekarang banyak yang ada iklan sehinggakan tak dapat membezakan ianya coach wanita. Tetapi, aku tak setuju dengan watermark yang digunakan pada logo signboard yang bulat itu kerana walaupun screen 10-15%, ianya mengganggu mata dalam memberikan tafsiran yang cepat.

Aku harap pihak yang membuat logo ini tidak marah, kerana aku cuma menyampaikan pandangan aku berdasarkan apa yang aku pelajari sewaktu di college dulu in developing better visuals for effective visual communications. Dan aku paham kesukaran tugas sebagai designer, because customer is always right, walaupun kita cuba menyakinkan client akan kepentingan Effective Visual Communications, tetapi jika itu kehendak pelanggan, tiada apa yang boleh kita lakukan (sebab itu aku macam dah give up menjadi designer nih..huhu..). Aku harap selepas ini, penumpang lain akan lebih peka akan kewujudan coach untuk wanita ini dan kepada penumpang wanita, supportlah coach ini supaya tidak akan wujud isu2 kekurangan coach utk penumpang lain.
[Photo courtesy of : http://www.kenwooi.com/2010/05/ktm-ladies-coach.html]

[Waktu awal diperkenalkan, terdapat Polis bantuan yang akan mengawal dan memerhatikan keadaan untuk memastikan coach wanita ini tidak dinaiki penumpang lelaki]
 
[tempat menunggu]
[photo courtesy of : KTM Komuter Facebook page]
contoh penumpang lelaki yang masih tidak alert kepada signboard di belakangnya
Contoh tempat menunggu untuk coach wanita di Jepun. [Photo courtesy of : http://www.flickr.com/photos/kngo/3365757492/]
[Photo courtesy of : http://www.flickr.com/photos/psd/60728398/]
Contoh train di Jepun. [Photo courtesy of : http://yellowpeep.blogspot.com/2005/11/women-only-train-coach.html]

Keadaan coach untuk wanita di Indonesia - Lebih selesa berhimpit2 jika semua wanita. [Photo courtesy of : http://www.belfasttelegraph.co.uk/news/world-news/womenonly-train-carriages-launched-14919088.html]
Coach untuk wanita di Indonesia. [Photo courtesy of : http://english.cntv.cn/program/newsupdate/20100820/100843.shtml]

Contoh Simbol utk signboard yang digunakan untuk coach wanita di dalam Train di Indonesia, simbol yang lebih mudah dan jelas. [Photo courtesy of : http://www.huffingtonpost.com/2010/08/20/womenonly-trains-introduc_n_688856.html]
Coach khusus wanita di India [Photo courtesy of : http://www.flickr.com/photos/analogian/2176510339/]


Wednesday, November 24, 2010

FB membantu


Petang semalam, jam dah 5.30ptg, aku pun mula gerak utk balik ke rumah. masa dlm kereta, aku keluarkan handphone dari dlm poket, aku nampak ada missed call dan ada msg. missed call dari akak aku di Nilai, aku tengok 5.27 ptg, hmm... camana aku leh x dengar tadi? So aku call semula. Dia dengan nada panik cakap mintak aku chat kat FB ngan anak buah aku sbb akak aku ada di S'ban, pastu kakak aku dah rebus daging, tapi lupa nak tutup apinya. Nak call x leh sbb phone rumah x de, HP anak2 dia dah ditarik balik sbb penyalahgunaan oleh mereka (mana taknya mintak top up RM10 sehari..aku yg dah keje ni pun RM50 je sebulan pakai..) So, the only cara utk contact bebudak tu, melalui FB la, sbb diorang ni pun rajin ber FB.

Tapi, waktu tu aku dah dalam perjalanan, takkan aku nak patah balik ke offc, sib baik kat HP boleh on FB, so aku msg kat anak buah aku,  suruh diorang gi tengok daging yg direbus tu, suruh tutupkan apinya. Settle, few minutes lepas tu, anak buah aku pun jawab, mssg diterima.. Alhamdulillah.. ada juga kebaikannya FB ni.. Connecting People.. Cuma akan jadi masalah bila disalahgunakan oleh pihak2 tak bertanggung jawab.

okay..till next time. Ciao.



Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya






Thursday, September 2, 2010

GET WELL REAL SOON!



Seorang sahabat aku telah masuk ke wad di Hospital Ampang Puteri kerana bengkak di bahagian saluran pusatnya. Aku doakan agar beliau segera sembuh.




Tuesday, August 31, 2010

Merdeka!



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53.



Wednesday, July 28, 2010

Dia datang lagi...

Dalam masa seminggu lebih lagi kita akan berpuasa dan seterusnya menyambut raya.. Terus terang aku katakan.. bulan puasa dan hari Raya ni bukanlah waktu yang aku nanti-nantikan. Bukannya aku nak elak dari menunaikan ibadah puasa..tetapi kali terakhir aku merasakan Hari Raya yg bermakna dalam hidup aku adalah 15 tahun lepas... selepas itu..bagi aku Raya adalah sama dengan hari2 biasa..bezanya kita cuti pada hari itu..



...to be continued..





Sunday, June 27, 2010

Blog 4nonGoblok

Jumaat baru2 ni aku dan kawan2 di office secara tidak sengaja telah berbincang untuk mengadakan blog kongsi antara kami. Maksudnya, selain dari blog personal masing2, kami akan berkongsi 1 lagi blog yang mana entry nya adalah ikut suka hati masing2. Maka dalam masa sekejapan itu, lahirlah blog 4 non goblok.. Nama blog ini memang banyak kali dah membuatkan kami tergeliat lidah nak meyebutnya... Mula2 aku risau gak kalo makin tak ber'update' blog aku ni nanti.. Tapi aku rasa dengan adanya blog 4nongoblok ini, ia akan memberi lebih motivasi utk kami meng'update' blog2 kami. Maklumlah..dah memang sikap semula jadi manusia kan yang sukakan saingan..

Okaylah..aku nak perkenalkan sikit para penulis di blog kami ni nanti.. Walaupun di blog 4nongoblok itu dah ada pengenalan yang dibuat oleh salah seorang ahlinya.. iaitu un2, tapi kat sini aku nak perkenalkan ikut suka akulah sbb ni blog aku..haha.. okay, kita mula dengan avatar dari kiri namanya Aye@Jembalangz@K-rexz@Big Headz dia ni memang seorang yang peramah (over sebenarnya) dan seorang yg suka bergurau hingga ke tahap aku tertipu waktu aku mula2 join company ini (Aku malas nak ulang ceritanya, tapi kalo nak tau, sila bukak entry aku yang dahulu iaitu Bloodsucker..part2 pada bahagian "p/s") Dia ni minat Heavy Metal, Liverpool, Fernando Torres, Action Figure, 24, Ultraman, dan aku rasa lah.. koleksi mainan dia lagi banyak dari mainan anak2 dia.. Dia dah berumahtangga dan mempunyai 2 orang anak (1 p'puan dan 1 lelaki). Disebabkan sikap over peramah dia dan incident tertipu aku itulah membuatkan dia menjadi kawan aku di ofis ini. Dia ni suka makan ayam. Dan dia kalo bercerita bab makan... terus ko boleh rasa lapar.. Dia ni lagi tua dari aku tapi dengan sikap dia tu aku rasa cam sebaya ngan aku je.. kadang2 gayanya cam lagi muda lak dari aku.. perasan... Gambar avatar kedua tu gambar aku lah.. dan gambar avatar ke-3 tu adalah Un2@AntusKudus. Dia ni pula aku kenal lepas 3 bulan aku keje di ofis ni sebabnya sebelum ini dia di cawangan KL, tapi kemudiannya dia dipindahkan ke HQ. Mula2 aku nampak dia ni masa tu aku pegi ke ofis Aye sebab nak tanya pasal Pagemaker kat Aye (maklumlah Aye ni power Pagemaker.. aku suka InDesign..). Pastu aku nampak Un2 ni tengah borak ngan Aye.. tapi aku terus je nyampuk perbualan dia ni.. lantak lah aku nak siapkan kerja aku.. Mula2 aku ingatkan dia ni saje je lepak kejap.. rupanya dia pun dah kerja kat HQ.. Aku tengok muka dia cam serious je.. hmm.. aku pikir dia ni mesti tak kawan ngan p'puan kot.. muka serious la katakan.. dengan janggut panjang, kepala botak.. kasut dia lawa.. Tapi selepas berberapa hari kot, aku tengok dia selamba je masuk ofis aku dan terus panggil nama aku sebab nak mintak print.. (rupanya dia skrg designer bhg marketing) pas tu dia pun cam peramah gak.. so dia pun mejadi kawan aku juga di ofis ini.. Bila dah lama2 kenal okay gak dia ni rupanya.. Minat metal sama ngan Aye.. tapi at the same time minat lagu Queen gak cam aku.. dan macam2 jenis lagu gak dia minat.. Dia ni selalu jadi rujukan aku kalau aku ada kemusykilan berkenaan muzik/band yg aku nak tau. Dia ni ada band Musik.. Karbaid namanya. Dia juga dah berumahtangga.. 2 anak lelaki. Dia ni juga memang pandai meniru macam2 mimik suara. Hafal skrip2 filem P. Ramlee, skrip iklan2 di TV walaupun dalam bahasa Cina mahupun Tamil. Dia ni sebaya ngan aku. Gambar avatar ke-4 adalah Sab. Di ni ahli yang paling tua di antara kami berempat. Tapi dengan kebersihan muka nya nampak dia yang paling muda.. Masa mula2 aku kenal dia ni, aku tau dia ni 1 department ngan Aye.. tapi jenis tak banyak bercakap.. Tapi sekali sekala dia suka datang lepak ofis aku sampaikan aku selalu bertanya "ye.. ada apa?" Maklumlah aku ni memang kena melayan customer.. ingatkan dia ni ada hal ke nak dtg ofis aku.. rupanya sesaje.. haha.. Pas tu dia ni aku tengok pakaiannya mesti pelik sikit.. kadang2 pakai Vest la.. Topi yg pelik2 lah.. Jacket la.. kasut pun boleh tahan pelik gak kadang2.. Tapi dia ni mat smart la.. Baik orangnya.. sudah berumahtangga dan bakal menimang anak pertama hujung tahun ni.. Aku rasa aku mula berkawan ngan dia ni gak sebab kerja aku kadang2 kena berurusan ngan dia gak.. so dia ni pun jadi kawan aku gak di ofis ni. Dia ni selalu gi makan ngan Aye ngan Un2.. Mula2 tu aku selalu makan sorang2 je kat kantin ofis.. selalu la diorang ni makan dan borak2 sampai ketawa cam nak rak kat kantin tu.. Dan diorang ajak aku makan sama kat table diorang.. mula2 aku segan nak join sebab aku sorang je p'puan.. Tapi tak lama selepas tu aku join je la.. Dan boleh aku simpulkan di sini it was Foods that bring us together.. hahaha..

Mereka bertiga ni adalah kawan2 aku di ofis. Diorang jugak yang telah memaksa aku main Fantasy Football ngan diorang. Diorang ni memang kawan yg best, kami kongsi makanan (selalu aku yg pau diorang kalo aku gi ofis diorang..hehehe..), muzik, Tv Series, Movies.. dan kami juga adalah designer.. (lain department je..)

Okay lah.. ni saja buat masa ini.. aku akan update lagi nanti samaada di blog ini ataupun di blog 4nongoblok.. bye.


Saturday, May 8, 2010

Mother


Lord, are there roses in your garden

Would you pick a dozen of your best

And deliver them for me?

For you see, today is mothers’ day

And I can’t visit my mom

For it has been 12 years since

The angels came and took her home.

So if there are roses in your garden

Would you pick a dozen of your best

And deliver them for me?

Would you take them to my mother

And tell her that I love her.

Tell her that I miss her

In oh! So many ways

But I have joy in knowing

We’ll meet again someday

And we’ll pick roses together...


Happy Mother's Day mom, I love and I miss you!





Tuesday, April 13, 2010

Nonton Yuk!

Weekend baru2 ni aku betul2 menjadi 'Couch Potato'.. lepas satu..satu movie/cerita bersiri yg aku layan. Aku x keluar gi memana pun.. x produktif langsung.. :D

Aku nak memberi ulasan sikit tentang cerita yang aku tengok..
1) The Lovely Bones
Director : Peter Jackson
Pelakon : Mark Wahlberg, Susan Weisz, Saoirse Ronan, Susan Sarandon
Genre : Drama, Fantasi, Thriller
Adaptasi dari buku : The Lovely Bones by Alice Sebold

"The Lovely Bones" centers on a young girl who has been murdered and watches over her family and her killer from heaven. She must weigh her desire for vengeance against her desire for her family to heal.. (source : imdb)

Cerita ni aku tak nak cerita lebih..kena tengok baru tau. Tapi aku bagi cerita ni 4.5 bintang. Kurang setengah nak dapat 5 bintang sebabnya..aku tak puas hati mayat budak ni tak dijumpai oleh family nya.. dan tak puas hati sebab family dia tak tau yang pembunuh budak ni sudah pun mendapat balasannya. Tapi cerita ni best, dan tahniah kepada Peter Jackson (mmg favourite director aku..) sebab berjaya mengolah cerita ni dengan begitu cantik sekali.. Bila aku baca ulasan buku cerita nye mmg lagi best and details.. nanti aku nak cari buku cerita ni and baca. tapi walaubagaimanapun, tahniah Peter Jackson.. dan juga yg membawa watak Susie tu.. sangat berkesan..

Kesimpulan : A Must Watch!


2) Avatar
Pengarah & Penulis : James Cameron
Pelakon / Suara : Sam Worthington, Zoe Saldana, Sigourney Weaver, Michelle Rodriguez & Stephen Lang.
Genre : Action, Adventure, Fantasy, Sci-Fi

In the future, Jake, a paraplegic war veteran, is brought to another planet, Pandora, which is inhabited by the Na'vi, a humanoid race with their own language and culture. Those from Earth find themselves at odds with each other and the local culture.. (source : imdb)

Ye...aku tau...cerita dah basi..orang lain dah tengok..aku je yg belum..hihihi..tapi aku nak cerita gak akan kekaguman aku ngan James Cameron ni mempunyai daya imaginasi yang mengkagumkan. Segala details memang menarik. Aku bagi 5 bintang full. Best..!!!

p/s lepas tengok citer ni, aku rasa aku pun nak ada ikran gak...hehehe..

Kesimpulan : A Really Must Watch! Trust me.


3) Brothers

Director : Jim Sheridan
Pelakon : Jake Gyllenhaal, Natalie Portman, Tobey Macguire, Clifton Collins Jr. (dia ni berlakon citer Boondock Saints II - watak Romeo), Bailee Madison (budak ni mmg pandai berlakon, paling best masa dia berlakon dalam citer Bridge to Terabithia)
Genre : Drama, Thriller, War

"A young man comforts his older brother's wife and children after he goes missing in Afghanistan" (source : imdb)

Citer ni bagi aku okay la.. it's a drama..tapi aku paling kagum dengan Bailee Madison (Isabelle Cahill) yg pegang watak anak kepada Grace Cahill (Natalie Portman) & Sam Cahill (Tobey Macguire) ni..budak ni pandai betul menunjukkan emosi.. dan jugak part yg aku kagum dalam cerita ni waktu Sam Cahill menangis pada part akhir tu..Bravo..aku tersentuh..


Kesimpulan : Kepada sesapa yg suka drama & emosi...


5) Tooth Fairy

Director : Michael Lembeck
Pelakon : Dwane 'The Rock' Johnson, Ashley Judd, Julie Andrews
Genre : Komedi, Fantasi

A bad deed on the part of a tough minor-league hockey player results in an unusual sentence: He must serve one week as a real-life tooth fairy.. (source imdb)

Citer ni okay la..menghiburkan dan mempunyai mesej yang baik... Don't kill other people's dream. Believe!


Kesimpulan : Kepada sesapa yg suka cerita-cerita ringan dan menghiburkan.

Citer-citer bersiri yang lain yang aku layan weekend baru ni :




Lama dah aku tak Marathon camni, okay gak..huhuhu...Dan masuh banyak series yang nak dimarathonkan nanti ni....sapa nak share series ke movies ke..msg aku..

p/s aku ada buku cerita baru sebenarnya...tu nanti next entry la aku cerita.. banyak nak cerita..tp..1 at a time la.. ciao..



Monday, March 22, 2010

'SURVIVOR' ALAF BARU


Dunia sekarang semakin maju, barang keperluan semakin mahal.. tapi gaji tak juga naik2... orang kaya makin kaya... orang miskin makin miskin.. tapi pada zaman ini, kesusahan yg dialami susah nak di 'describe'kan sbb walaupun ada juga kenaikan gaji, tapi keperluan dah bertambah sejajar dengan pembangunan negara.

kalau dulu, handphone dan internet mungkin adalah satu kehendak, tapi sekarang ni dah menjadi keperluan, maka perbelanjaan pun bertambah lah....

kalau dulu, tak ramai ada kereta, sekarang ni walaupun ada kereta, perbelanjaan nya mahal.. minyak, tol dll..

kalau dulu, rumah buruk..zaman sekarang dah ada rumah batu..kerajaan memberi kemudahan pinjaman..tapi maksudnya bertambahlah hutang..pastu semua mahal..bil pun mahal..jadi apa bezanya..?

kalau dulu tu, jalanraya tak berapa bagus, sekarang ni walaupun kemudahan jalanraya semakin baik, tapi jalan2 yg dibina adakalanya tak munasabah sebab tak menghubungkan jalan-jalan yang sepatutnya...sehinggalah jam tiap2 hari... makan bertambahlah perbelanjaan sebab minyak pun banyak pakai...kereta pun kenalah selalu servis..

Ada juga boss-boss yg bangga sebab dapat bagi kenaikan gaji RM30
untuk setahun kepada pekerja, tapi dalam masa yg sama jaki sbb staff dpt kenaikan... ..tapi..tolonglah..boss gaji besar...RM30 kenaikan tu apalah sangat nilainya pada zaman sekarang ni....kalau boss tu nak sangat RM30 tu, aku pun boleh bagi...

Bagi yg berpeluang membaca tu, cuba lah baca buku ni.."The International Jew, The World's Foremost Problem by Henry Ford"

aku ambil satu petikan dari buku ini :
Jew's Protocol ~
"We will force up wages, which however will be of no benefit to workers, for we at the same time will cause a rise in the prices of prime necessities, pretending that this is due to the decline of agriculture and of cattle raising. We will also artfully and deeply undermine the sources of production by instilling in the workmen ideas of anarchy and encourage them in the use of alcohol, at the same time taking measures to drive all the intellectual forces of the Gentiles from the land."


di bawah ni pula aku copy dari email seorang kawan dulu (email ni diterima pada tahun 2008 dulu, jadi cuba bayangkan...sekarang gaji sama je..tp perbelanjaan dah bertambah..silap2 expenses lagi besar dari kiraan tahun 2008 ni..)

.................................................................................
Can A Family Man With Salary RM3,000 Survive In Malaysia ......!




Can a family man with Salary RM3,000 survive in Malaysia

Let's do some simple calculations here.

In Malaysia , the average family income is RM3,000 /month
(where father works, mother doesn't).

I understand there are many families whose
monthly income does not reach RM3,000,
but, to make things simple,
let's take RM3,000 as the figure. Ok lah, right?

Okay, let's start rolling with a family which has
Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. Ngam-ngam .....

Calculation starts...

Electricity and water bill: RM100
(No air-con, No home theatre, No water heater ... ok?)

Phone bill ( Telekom / Handphone): RM100

Meals for a happy family: RM775
(3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons...?)

Papa makan / teh-tarik during working hrs: RM155
(RM5/day, RM5 .. can eat what?)

Car repayment: RM400
(A proton saga aeroback, 7 yrs repayment)

Petrol (living in city, traffic-jam): RM300
(go to work, bring son to school,
only can afford one car running)

Insurance: RM650
(kids, wife and myself)

House repayment: RM750
(low cost housing repayment for 30 yrs,
retired still have to work to pay!)

Tuition: RM80
(got that cheap meh? i don't think so)

Older children pocket money @ school: RM20
(RM1/day, eat bread?)

School fees: RM30
(enough ah?)

School books and etc: RM100
(always got extra to pay in school)

Younger children milk powder: RM50
(cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)

Miscellaneous: RM100
(shampoo, rice, sauce, toilet paper)

Oh wait!!! I have to stop here, so...
No Astro,
no movie @ cinema,
no DVD,
no CD,

no online,
cannot KFC,
cannot McDonald,
cannot go Park walk during weekend (petrol expensive),

no chit chat on phone with grandparents, and etc...


Let's use a calculator to total up... WALAO EH! Shit! RM3,610 already...

EPF belum potong, income tax lagi........oledi RM3,610 ....

How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???

"Our Minister" asked us to change lifestyle?

How to change? Don't eat? Don't work? Don't send children to school and study?

Besides that, I believe in Malaysia population, there are millions of rakyat Malaysia which still don't earn RM3,000/month!!!

What is this? Inilah Malaysia Boleh... Sorry ... it should be Malaysians Boleh , because we're still alive and kicking!!

Our politicians must be mad!!!!

No wonder so many Ah Loong around lah... ....




Friday, March 19, 2010

TEMPAT KERJA


Saran tempat kerja selesa elak stres

KUALA LUMPUR 18 Mac - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan kepada syarikat korporat supaya mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih selesa bagi mengelakkan para pekerja mengalami tekanan.

Beliau berkata, suasana tempat kerja yang menyenangkan amat penting bagi membolehkan pekerja dapat mengimbangi antara kerjaya dengan kehidupan berkeluarga.

Malah beliau juga berharap syarikat korporat dapat menganjurkan pelbagai kursus termasuk yang berkaitan kekeluargaan dan kawalan tekanan perasaan.

''Wujudkan juga kelab kecergasan bagi membolehkan pekerja beriadah untuk memulihkan kesegaran selepas seharian bekerja sebelum pulang menemui keluarga dengan hati yang tenang,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran Polisi Perlindungan Kanak-Kanak Sime Darby oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara di sini hari ini.

Selain menjadi perintis polisi kanak-kanak, Sime Darby juga merupakan syarikat korporat pertama yang melancarkan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Korporat baru-baru ini.

Di samping itu, Rosmah juga meminta syarikat korporat menimbangkan cadangan penubuhan pusat penjagaan kanak-kanak bagi kemudahan kakitangan wanita.


[rekabentuk yg simple dan selesa]


[aku kalo boleh nak camni, semua complete kat meja aku..hihihi...]


(source : Utusan)