Tuesday, February 16, 2010
MARI MEMBACA...
Sebenarnya aku dah sedar tentang betapa aku ini kurang membaca dah lama dah.. Aku rasa seingat aku lah, kali terakhir aku suka membaca buku masa aku di sekolah menengah. Bermula dengan Form 1, buku yg diberi oleh cikgu english masa tu, Treasure Island by R.L. Stevenson. Buku Treasure Island ni yg aku rasa mula2 membuatkan aku rasa suka membaca buku dalam bahasa inggeris. Buku Treasure Island ni aku baca banyak kali sebab aku rasa jalan cerita dia menarik dan bahasanya mudah difahami..(yelah..utk standard bebudak form 1 la katakan..) Dan aku juga ingat, masa form 1 dulu, aku banyak bawa buku cerita dari rumah ke asrama. Sbabnya dulu mak aku selalu belikan aku buku cerita, aku banyak sangat buku cerita nancy drew dulu, tapi versi Melayu. Dan masa form 1 dulu aku pernah la ada koleksi buku2 cerita penyiasatan ini dan dalam masa yg sama turut menyediakan khidmat ala-ala library kepada kawan2 aku. Ramai juga yg meminjam buku2 cerita dari aku. Aku tak pasti la kawan2 aku ingat ke tak agaknya. Tetapi selepas buku Treasure Island, aku mula nak mencari buku cerita dalam bahasa inggeris, dan aku pun tak ingat camana aku boleh mula membaca buku cerita Sherlock Holmes by Sir Arthur Conan Doyle. Boleh dikatakan semua koleksi buku cerita Sherlock Holmes kat library sekolah aku dulu aku dah bacalah. Aku rasa buku-buku berunsurkan penyiasatan adalah genre kegemaran aku. Aku tak suka love story.
Tapi selepas habis sekolah, aku pun tak tahu kenapa minat membaca aku ni menjadi kurang. Aku tak ingat pun aku ada membaca sebarang buku selepas aku habis sekolah. Sehinggalah baru2 ni aku rasa seperti sangat ketinggalan. Aku juga pelik, kenapa dan bagaimana ia terjadi? Mungkinkah juga kerana internet semakin berkembang maka aku rasa keperluan untuk membaca buku itu menjadi kurang penting kerana segala maklumat yg aku perlukan aku boleh dapat di internet? Tetapi cuti hujung minggu yg panjang baru2 ini aku kuatkan balik keazaman aku untuk mula membaca buku. Tetapi aku sebenarnya mempunyai OCD juga tentang membaca ni, aku kalau boleh nak baca semua yg ditulis dalam buku tu, termasuklah bhg prelims sampai la ke bahagian kulit belakang buku. Kalau tak baca, aku x puas hati.. jadi aku telah consult dengan kakak aku dan juga abg ipar aku yang memang suka membaca, mereka menasihatkan aku supaya baca sahaja..tak kisahla kalau 1 baris tu kita tak paham ke..yg penting BACA. Selepas berberapa lama dah biasa nanti, automatic semuanya akan okay lepas tu.. Jadi, Weekend baru ni, aku pun telah memilih sebuah buku yg aku nampak agak menarik, dan dari design kulit pun okay(walaupun org kata don't judge a book by it's cover), dan isi dalam pun x berapa tebal, so aku mula membaca buku ini.. Night Train by Martin Amis. Aku tengok genre buku ni pun penyiasatan jugak, so aku pun baca lah. Cerita dia aku rasa ok, tapi aku rasa aku tak suka dengan cara penulisan penulis ini. Jadi, memang betullah kata orang, "Don't Judge A Book by It's Cover" Kakak aku mencadangkan aku membaca buku Carol O'Connell (pasal penyiasatan gak).. dan abg ipar aku pula mencadangkan aku membaca buku oleh Bill Bryson..Hmmm... aku ambil kedua2 buku ini tapi aku tak tau mana nak start dulu.. Kakak aku sibuk suruh baca buku Carol O'Connell ni dulu dan tinggalkan saja buku Night Train tu, tapi oleh kerana OCD aku tu..aku kata takpe lah, aku habiskan gak buku Night Train ni dulu, nanti aku tak puas hati tinggalkan buku tu separuh jalan.. Lagipun buku Night Train tu tulisan dia besar2 dan buku tu x tebal, so..Ok la untuk aku ni yang menjadi beginner semula kan?
Aku berazam tahun ini, aku nak mulakan balik minat membaca aku yg telah hampir pupus ni, dan aku akan baca semua buku yg ada kat rumah kakak aku.. dan selepas itu barulah aku akan mula membeli buku untuk koleksi sendiri. Akhir kata, Marilah Membaca!
Subscribe to:
Posts (Atom)