Thursday, December 31, 2009

OLDIES...

Baru2 ni aku balik kampung dengan adik-beradik ku yg lain sebab nak mengemas barang2 lama kat rumah parents aku. Disebabkan rumah tu dah lebih 5 tahun tinggal, jadi macam2 barang lah yg terpaksa kami lihat satu persatu, ada yg boleh dibuang saja dan ada jugak yg aku simpan untuk jadikan kenangan, terutamanya gambar-gambar lama. Jadi di sini, akan aku kongsikan bersama gambar-gambar lama itu.


[Adik aku memotong kek hari lahirnya sambil dibantu oleh abah aku. Aku rasa foto ini dirakamkan pada tahun 1984, birthday adik aku yang ke-4 tahun]




- to be continued -



Wednesday, December 2, 2009

UPDATE...


Lama betul aku tak update blog nih. Bila baru2 ni aku tengok blog, bulan November tak ada entry langsung. Hmmm... sibuk sangat ke aku? Hmmm...bila pikir2 balik apa agaknye yg membuat aku bz sampai x dapat nak update blog walaupun 1 entry untuk sebulan? Itu tak termasuk lagi banyak entry-entry lama yg masih dalam status to be continued.. Setelah aku kaji2 semula apa yg membuatkan aku bz (walaupun 4 bulan tak gi camping, patutnya x de alasan bz..) Akhirnya aku dapat simpulkan ini semua gara-gara kawan2 aku yg telah mempengaruhi aku dalam pelbagai perkara.. dan ada jugak la perkara lain yang mempengaruhinya, berikut adalah alasan aku :

1) Ayie (bukan nama sebenar) telah meracuni fikiran aku supaya join main Fantasy Premier League

Aku dah la tak tau camana nak main menda ni pada mulanya, tapi sekarang dah paham la..tapi still masalah bagi aku sebab aku x tengok pun bola dan aku x tau pun sapa player2 yg bagus, walaupun best gak menda ni, tapi masalah la bagi aku. Tapi dalam masa yg sama aku rasa ok gak sebab aku belajar menda baru. Jadi, hampir every week, kerja aku kena update player, kena alert ngan sapa player yg injured dan berapa lama dia injured dan kena perhatikan betul2 untuk sesuatu match tu sapa yg berpotensi untuk score dsbgnya. Satu hal betul... hahahaha... Dah la kat rumah aku tak subscribe sports channel, so tiap kali ada match aku cuma tengok kat website livescore untuk update...hehehe.. Dan, ia akan berlarutan sampai la bulan 4 nanti...huhuhu... kan ke cari pasal namanya tu? Tapi ok gak la kot..cuma nye..susah sikit la aku nak update blog, sebab sibuk update player aku je...hihihi... Jadi, Ayie..aku salahkan ko dalam hal ini... (tp aku rasa next season pun aku join lagi kot...hihi....)


2) Ayie (bukan nama sebenar) juga ada sorang lagi...(aku x nak sebut nama hahaha...) suruh aku main Mafia Wars kat Facebook

Ini lagi satu masalah... aku sebenarnya malas betul2 nak main game dalam facebook ni sebab aku x mau commintment.. biasanya aku hanya main game yg no commitment required seperti text twist ke, bejeweled ke dan dulu aku sibuk main vampire ngan parking wars..tapi lepas tu cam dah malas sebab nak kena main hari2 hingga kadang-kadang menggangu aku lah....mentally ... Tapi mereka ini telah memperdayakan aku hingga terjebak ke dunia Mafia Wars...huhuhu... memang dah jadi satu hal. Tiap2 hari nak kena maintain aku nye Fight, Rob (sekarang dah x leh...elok gak), weapon, armor and job yg kena buat selalu. Bila dah banyak duit, kena masuk dalam bank, kalau x kena rompak.. Pas tu kalau kawan2 mafia lain mintak tolong, kena tolong, kena bagi gift, tambah mafia biar ramai.. dan macam-macam lagi... Berat sungguh tanggung-jawab aku hingga aku telah mengabaikan blog aku...hmmm... ini semua..mereka punya angkara... (Nasib baik aku x terjebak ngan game2 spt Farm Ville ke, Farm Town ke, Cafe World ke, Fashion Wars ke, Roller Coaster Kingdom ke, Pet Society ke.. and ntah apa2 lagi tu... aku maintainkan Mafia aku je la...)


3) Aku merajuk... (hmmm...ye ke?)

Ada la perkara yg berlaku yg membuatkan aku ter'merajuk' sikit.. Pelik gak aku... Begitu mudah untuk aku 'terasa'... mungkin juga faktor umur kot? Bila kita semakin meningkat dewasa..kita lebih mudah untuk 'terasa'/sensitif dan lebih suka pendam... Barulah aku lebih faham akan keadaan yang dialami oleh ibubapa kita yg mudah 'terasa' dengan sesuatu perkara yang mungkin kecil bagi kita, tapi besar bagi mereka.. Hmmm... aku x nak cerita lebih lanjut la kenapa aku merajuk.... (bukan nye pendam.. tapi mahu mengabaikan...) Dan juga kerana aku dah OK sikit kot? Jadi, ini juga menjadi satu punca/penyebab aku tak mau update blog.. (Hmmm...boleh terima ke...?)


4) Aku STRESSSSSS!!!

Aku sejak kebelakangan ini selalu diuji dengan perkara2 yg boleh menimbulkan marah... (bukannye aku nak mengelak dari kena jual... ) Aku seboleh-bolehnya nak mengelak dari timbulnya perasaan marah ini kerana ia hanya akan 'spoil' kan hari aku dan hanyalah akan membuat aku jadi lapar... hahaha... so tendency untuk makan akan bertambah... cisss!

Aku tak stress ngan kerja aku.. in fact, i love my job.. tapi stress dengan perkara2 yang lain). Contoh situasi yang boleh membuatkan aku aku rasa nak marah (kalau 1-2 kali aku x kisah... ni boleh dikatakan setiap kali... huhuhu...) Perkara ini selaluuuuuu sangat berlaku... Department aku adalah satu department kecil sahaja dalam Company tempat aku kerja nih.. Staff keseluruhan adalah lebih kurang >300 orang kot.. So ada berberapa department lagi and it's impossible utk aku kenal semua staff, maybe muka aku kenal, tapi nama x tau or nama aku pernah dengar, tapi x kenal orangnya. Pintu office aku adalah Kaca.. so, see thru la kan.. dan lokasinye betul2 kat bahagian depan untuk building ke dua. Kat main building diorang ni x pergi ke agaknye? So, kalau tetamu datang kat building kedua, for sure nampak office aku dulu. Dalam salah satu insiden ini, ada lah seorang tetamu datang, dah buat appointment nak jumpa one of the staff di sini.

Tetamu datang depan pintu office aku memberi isyarat nak masuk..so aku bagi isyarat ok lah.. hmmm...buka pintu pun x reti(opis aku selalu pintu kanan tutup, kiri yg bukak, org ni pun, kalau kanan x dpat bukak, cuba la kiri lak...tu pun x nak pikir..)last-last aku je yang keluar...

Tetamu : Maaf ye Puan (duh...Puan?) Tumpang tanya, saya ada appointment ngan En. Ali (nama ini adalah rekaan semata-mata..tiada kena-mengena dengan staff di office aku, ni contoh sahaja).

Aku : En. Ali..hmmm... En. Ali tu dari Department mana ye?

Tetamu : Saya pun tak pasti la... tapi memang saya ada appointment ngan dia pagi ni 'kul 10.

Aku : Minta maaf la Encik, sebab kat sini ada ramai gak En. Ali. Ini berkenaan apa ye? (dengan harapan jawapan tetamu ini akan membolehkan aku meneka En. Ali mana yg dia nak jumpa, Pentadbiran ke, Stor ke, Finance ke, Marketing ke kan..)

Tetamu : Sebenarnya saya pun tak begitu pasti sebab Boss saya yang minta saya jumpa En. Ali ni pada pukul 10.

Aku : (dengan darah yg dah mula nak naik...aku masih bersabar menjawab pertanyaan tetamu itu walaupun aku bukanlah penyambut tetamu sebab kat depan pintu masuk office aku TAK ADA pun signboard Tempat Pertanyaan) Macam ni lah Encik, apa kata Encik telefon En. Ali tu dan tanyakan department dia, barulah saya boleh tunjukkan office dia di mana atau minta dia ke sini saja.

Tetamu : (Sambil menggaru kepalanye yg mungkin x gatal tu...) Alamak... sebenarnya saya tak ada pulak nombor telefon En. Ali tu.. hmmm... nanti saya telefon ke pejabat saya minta nombor telefon En. Ali tu..

Aku : Okay lah kalau macam tu... (sambil nak berlalu masuk semula ke office)

Tetamu : Minta maaf sekali lagi puan.. (hmmm... puan lagi...) boleh saya guna telefon sekejap tak? Saya nak call ke pejabat saya sekejap.

Aku : (hampir tak percaya dengan permintaan tetamu ini, rasa macam nak tercarut pun ada juga...$#!!%% punya orang.. gaya lagaknya macam ada projek juta-juta.. tapi kredit pun x ada?) Hmmm... okay lah. (Rasa macam nak menjeling je....menci..)

Banyak lagi sebenarnya kes2 yg aku alami, dalam telefon pun lagi macam2.. tapi aku rasa x yah la kot aku cerita kan, takut korang lak yg stress nanti.. hihi..

Yang aku pelik tu, orang2 macam ni spt x de etika, x de otak, x tau pakai common sense dan sebagainya lah. Boleh tak lain kali sebelum nak jumpa sesapa tu confirmkan dulu sapa orangnya, di mana opisnya, apa department nya, minta contact number Office siap ngan extension ataupun dapat no HP lagi bagus kan..

Aku selalunya, kalau kena pergi some place yg aku tak tau dan tak pernah pergi, for sure aku akan Google search dulu, cari lokasi/peta kat Google Map dan printkan, confirmkan address, phone number dsbgnya. Kalau ada masa, aku siap akan survey/reki dulu a day before so that pada hari nak pergi, tak ada masalah lambat or sesat. Kadang-kadang tu terasa cam stalker pun ada, macam-macam maklumat yang aku cari/investigate, ini semua semata-mata sebab nakkan KEPASTIAN.. bukan aku main redah je. Be Professional la sikit kan..


5) OCD

Aku rasa ni juga antara punca penyumbang kenapa aku x dapat update blog... Sebabnya aku ni ada sikittttttttt la penyakit OCD (obsessive compulsive disorder) yang mana aku nak sesuatu itu dalam keadaan perfect, seperti yg aku biasa buat, kalau tidak, aku x mau buat, aku jadi restless.. contohnya, kalau nak update blog ni, aku nak tulis mesti dalam keadaan perfect dan dalam keadaan yg ada mood, siap gambar, kalau contohnya gambar tu x edit lagi, aku x nak tulis. Kalau aku masih ada menda lain nak buat dan ia belum settle, aku tak nak update blog jugak sebab selagi menda lain tu x settle, aku x tenang...

Contoh lain
Antara contoh ke'OCD'an aku ni, aku pernah pinjamkan cutter(pisau) aku pada orang, tapi dia dah la tak pulangkan, main tinggalkan je ampai-ampai kat meja orang lain, aku lak nak kena carik, pas tu siap hilang lak bhg belakang pisau tu... aku jadi geram, restless dan aku tak akan buat kerja lain selagi aku tak dapat pisau aku tu dalam keadaan yg aku nak. Sampaikan ada org lain yg tolong aku cari pisau aku dan last2 aku rasa dia kasi yg bahagian dari pisau dia pada aku.. just to shut me up...

Contoh ke'OCD'an aku masa kecik2 dulu..
  1. kalau aku terpegang sesuatu itu, aku mesti nak pegang 2 kali.. kalau tangan kanan terkena meja, tangan kiri pun mesti kena meja
  2. kalau aku makan gula-gula, plastik gula-gula tu aku tak akan buang 1 plastik je, aku akan buang at least 2 plastik pada sesuatu tempat ...sebabnya... takut yg 1 tu nanti tak de geng...
  3. Kalau makan buah-buahan seperti pisang ke rambutan ke, kulit dia aku tak mau pisah-pisahkan, sebabnye.. dia kan 1 family... nanti mana la tau yg aku buang tu anak dia ke, kesian dia terpisah dari mak bapak dia...
  4. Nombor genap dan ganjil pun bagi masalah kat aku masa aku kecik2 dulu.

huhuhu... ye aku tau... memang teruk... tapi ni masa kecik-kecik dulu la teruk.. dah besar ni Okay.. aku boleh mengawal ke'OCD'an aku ni.. cuma kadang2 tu ia berlaku juga dalam keadaan luar sedar... tapi bila aku fikir-fikir baik, terus aku tersedar yang aku telah bertindak mengikut ke'OCD'an aku.

Dan jangan tak tau, mengikut wikipedia, OCD ni memang masalah biasa, punya lah biasa seperti penyakit asma dan diabetes.. Di US, OCD ni berlaku pada 1 dalam 50 orang. Aku rasa, korang pun sure ada gak OCD ni sikit2 kan... cuma nak ngaku ngan tak je.. hehehe...

--------------------------------------
Jadi kesimpulannya, orang lain yang bersalah... bukan aku.. hehehehe....

Kepada kengkawan semua, tell me what do you think? Apa pandangan korang ngan cerita no. 4 di atas? Dan jangan lupa, kongsikan juga ke'OCD'an korang dan cara korang mengatasinya...

--------------------------------------

GAMBAR HIASAN

[aku rasa camping adalah seperti aku punye tranquilizer/ubat penenang kepada semua bentuk stress yang aku alami, sebab tu aku pasti akan cari jalan jugak supaya dapat relax during weekend-walaupun sometimes kat hutan x jugak relax, sebab the journey tu tiring, but somehow bila bangun pagi dalam hutan tu terasa sangat nyaman lah.. very...]


[gambar anak buah aku A4 ni, adalah sebagai jawapan kepada kawan aku Sam (dia ni sifu) yang banyak ajar aku dan suruh aku buat gambar guna teknik multiple exposure ni, sebab aritu aku dah tengok Edy nye gambar yang multiple exposure kat fotopages dia (x ingat la apa link fotopages Edy...) so Sam suruh aku test gak la.. tapi di paling kanan tu ada la pulak satu entiti...hehehe... tu imej anak buah aku A3 yang bergerak waktu aku snap gambar ni..]




Monday, October 19, 2009

R A N D O M

Aku sebenarnya suka mengambil gambar. Kemana2 aku pergi, aku mesti bawak camera sebab aku suka nak "capture the moments" . Kadang2 tu sambil driving, aku nampak perkara yg menarik pun aku snap jugak.. Tapi ada juga kenangan yg tak dpt aku lupakan ketika sentiasa membawa camera ke mana2 ni.. masa tu aku gi camping kat Sg. Pertak, Kuala Kubu Baru.. aku nampak seorang remaja mati lemas dan pada ketika itu rakan2nya sedang mengusung mayatnya dari dalam sungai ke darat. Mayatnya dah kaku dan biru.. Aku rasa macam nak lemah semangat dan fobia.. Ada berberapa gambar yg aku snap..tapi selepas tu aku terus delete kerana tak sampai hati aku melihatnya.. Aku jadi insaf melihat kejadian itu..

Tetapi, aku ingin kongsikan disini gambar2 yg aku ambil yg aku rasakan menarik. Ada lagi..banyak, tapi buat masa ini, ini sahaja dulu..

Gambar2 ini diambik dengan menggunakan compact camera saja.. SONY DSC-T200 dan CANON PowerShot A2000 IS.. Aku harap impian aku untuk memiliki Camera DSLR akan termakbul tak lama lagi. Aku meminati NIKON, dan mudah2an x lama lagi aku akan kongsikan pula gambar2 dari Kamera Nikon ini.. Amin..


[Anak buah aku A4, melayan kucingnya Poppin seperti adiknya]


[Suasana di suatu pagi, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja]


[Kabus yg menyelubungi KL ketika pagi]

[Pelangi di suatu pagi di Kuala Lumpur]

[Anak buah aku A2 bermain bunga api di bulan puasa 2009]


[Anak buah aku punye angkara..]


[mencari rezeki...]


[sebuah restoran cina di Salak, kerusi ini mengingatkan aku di zaman aku kecil dahulu...]


[kucing ini buta dan lumpuh.. aku jumpa ketika menghantar kucing anak buahku, Poppin ke klinik haiwan.. aku kagum dengan pemilik kucing ini yg menyayanginya walaupun ia cacat]

[basikal chopper ke ni?..]

[suasana senja di KL]


p/s harap maklum ye.. gambar2 aku ni bukan nak bersaing ngan sesapa.. kerana aku bukanlah professional photographer.. ini sekadar ingin berkongsi 'the moments' yg aku snap dalam hari-hari aku ke mana-mana saja aku pergi. Dan ada gambar2 yg tidak cantik kualitinya kerana sambil drive amek gambar..hmmm memang la kan.. Apa yg aku nak kongsi kan bukan lah kualiti gambar atau angle nye..tapi cerita di sebaliknya... renungkanlah..





Wednesday, September 9, 2009

Berbuka Puasa bersama-sama...


[antara hidangan berbuka puasa]


Baru2 ni, aku ngan berberapa kawan2 ada last minute plan utk berbuka puasa sesama. Kami ada jugak ajak berberapa orang kawan2 lagi, tapi disebabkan tahap last minute dia ni memang tahap gaban, (Sabtu dah nak tengahari baru plan, untuk buka puasa hari Ahad..) So, memang aku paham la bila berberapa kawan2 tak dapat join..

Lokasi : Di Rumah Molek, Bandar Bukit Puchong 2.

Kawan2 :
- Molek [host]
- Aku
- Apai + husband + Alif
- Lorraince
- Zek + Aiman + Fyras + maid nye (terima kasih ya bu..bantu cuci pinggan)

Menu :
Molek masak
1) Ayam masak lemak cili api
2) Sayur Campur
3) Ayam Drummet utk kanak2
4) Air Grape

Lorraince bawa
5) Cendol

Apai bawa
6) Sup Daging
7) Lala Goreng bercili
8) Kerabu Kacang Botol
9) Sambal Tumis
10) Kuih Buah Melaka
11) Kuih Tepung Pelita

Aku bawa
12) Cream Caramel Pudding

Zek bawa
13) Roti Jala

Banyak jugak makanan untuk berbuka ni. Jadi pengajarannya, bila kita bawa sorang sedikit juadah untuk berbuka ni, memang jadi banyak, jadi tak payah nak masak banyak2 sgt. Nasib baik Molek masak 2 lauk je.. in the end jadi banyak semuanya.. alhamdulillah.

Mungkin lepas ni dalam minggu depan kot, 1 round lagi..kali ni tak sure lagi rumah sapa lak..


[antara yg hadir, Lorraince, Apai, Zek & aku]


[Molek & Lorraince.. kali terakhir aku jumpa Lorraince ialah masa form 2....sebab lepas tu dia pindah..]






Tuesday, August 18, 2009

Mask oh Mask...



Baru2 ni company tempat aku kerja telah membekalkan Surgical Mask kepada para staffnya. Aku pun tak taulah sejauh mana keberkesanan mask ini, tpai tak pe lah, dah dibagi free... pakai je la. Mula2 tu aku rasa cam sesak nafas pon ada bila pakai mask ni.....hmmm kadang2 aku pikir adakah disebabkan sesak nafas pakai mask ni pon telah menyumbang kepada bertambahnya jumlah kematian H1N1 ini? Aku pon tak tau.. anyway..bila aku rasa cam sesak nafas....aku bukak la mask ni. Nak berterusan pakai pon tak dapat kot aku ni..

Tapi hari ni tadi, aku rasa aku telah memahami kebaikan memakai mask ini.. sebabnya...? Pagi tadi aku bangun lambat... bila dah selesai mandi, jam dah pukul 6.40 pagi...hmmmm (jam aku sebenarnya 10 minit cepat dari jam TV...maksudnya dah 6.30 waktu sebenar) Selalunya 6.40 (jam aku) aku ngan akak aku dah keluar dari rumah dah.. tapi aku selesai mandi 6.40...kakak aku masih bersiap lagi... last2 dah pukul 6.52 baru gerak dari rumah... walaupun bezanya cuma 12 minit... tapi it makes a big difference bila dah sampai on the road nanti.. Disebabkan aku kena buat air lagi... (aku tapau air nescafe panas pagi2 supaya boleh minum dalam kereta dan di office nanti).. muka aku memang serabai lah... bedak pon tak pakai... hmmmm.... ahhh... selamba lah... Jadi setibanya aku di office...masih pagi lagi...org pon x ramai...jadi apa penyelesaian aku ye... A hah.... pakai Mask... hihihihi ...

Aku pun x tau la, sekarang ni aku rasa macam makin malas...masa kt brunei dulu rajin gak aku bangun pagi..bersiap dan bermekap...sekarang ni malas betul rasanya... mungkin juga disebabkan persekitaran kerja... masa keje kat brunei dulu ramai staff p'puan pastu banyak staff asing lak tu...jadi...cam suka je bermekap.. tapi sekarang ni aku rasa kengkawan kat opis banyak lelaki... jadi aku rasa ini juga telah mempengaruhi karekter aku jugak...hahaha...

Walaubagaimana pun, kepada kengkawan semua...pakai lah mask dengan cara yang betul...





Monday, July 20, 2009

BENCI Tapi RINDU...

Biasa lah..memang lumrah manusia... bila ada depan mata, tak pandang pon... bila dah tak ada.. baru lah tercari-cari... terrindu-rindu.. teringat-ingat.. makan tak lalu... tidur tak lena... mandi tak basah... (ye ke... tak basah?).. ni lah baru orang kata dah angau...

Aku tak de lah angau...tapi tercari-cari gak...teringat-ingat gak.. hmmm... nak kata rindu...ada sikitttttt la kot..? Nak kata sedih..? pun ada sikittttt... je la kot... (daripada tak ada langsung..).. Itu lah...waktu ada depan mata..aku selalu abaikan dia.. ni dah tak ada..aku terasa jugak.. Bila dah tak ada depan mata ni..mana aku nak cari kan? Mungkin dah tak ada harapan untuk dia kembali pada aku.. kelmarin dia datang dalam mimpi aku.. tapi tiada apa2 yang mencurigakan dalam mimpi aku tu. Walaupun dia tak lama bersama aku.. tapi ada juga kenangan2 bersamanya yg adakalanya lucu dan adakalanya menyakitkan hati... tapi akan tetap aku kenang dan simpan semua memori itu.. Aku tak mahu menghalang... dan aku tak mahu mengongkong.. jika kebebasan itu pilihannya.. apa yang boleh aku buat.. Jika dia mampu, dia bebas untuk membuat pilihan bagaimana bentuk kehidupan yang dia mahu.

Masuk hari ni.. dah 3 hari dia tak balik.. entah hidup ke entah kan mati.. Dah makan ke belum dia agaknya.. Kali terakhir aku nampak si "Snow" ni, hari Khamis malam..lepas balik kerja. Macam biasa la dah bagi makan, aku masuk la dalam rumah. Keesokkan malamnya.. iaitu hari Jumaat, aku sampai rumah dah la lambat.. ini semua gara2 poser2 yg sebok nak nengok MU training.. jadi setibanya aku di rumah.. aku tak nampak pon kelibatnya. Adakah :

1) dia merajuk kerana aku lambat balik?
2) dia terlalu lapar.. maka mencari makanan alternatif?
3) dia memang bercadang nak lari dari rumah?
4) dia dah bosan hidup bersama aku?
5) dia dah jumpa tuan yg lebih bagus dari aku?
6) dia pergi bercuti?
7) dia kena pukul kerana telah membuntingkan 'kucing' jiran?
8) dia keluar dating dan masih belum balik?
9) dia pon sama tengok MU training?

Apa-apa pon alasan nya.. aku biarkan dulu..

maybe Sabtu nanti balik la dia..
malam dah menjelang pon, masih dia tak balik..

Ah... maybe Ahad nanti balik la dia...
malam dah menjelang pon, masih dia tak balik..

Dan aku akan tetap menanti... maybe hari ini balik la dia tu..








Saturday, July 18, 2009

I hate POSeR!


ATTN : the story below has nothing to do with Poser (a 3D rendering and animation software program)


PERHATIAN : cerita ini tiada kena mengena dengan software 3D Poser!


--------------------------------------
Kalau merujuk kepada Urban Dictionary, maksud kepada perkataan Poser ini adalah:

1) POSER
1. one who pretends to be someone whose not.
2. who tries to fit in but with exaggeration

2) POSER
Any one who does not follow his/her own ideas of what he/she likes. Following no one set norm makes you real and following no one set norm makes you poser. Poser is governed not by the clothes, music, or makeup you wear, but rather by the state of your mind and the conformity to your own beliefs.

3) POSER
A person who attempts to blend into a specific social group.

4) POSER
a person - usually in middle or high school, who is insecure about him/herself and trys very hard not to be a "conformist" or a "prep," by doing things like: purchasing a skateboard or guitar, purchasing a great deal of clothing and accessories from hot topic, and listening to pop-punk bands such as simple plan, yellowcard, etc. usually, this supposedly "nonconformist" behavior just backfires on him/her, because now he/she is still conforming, just to a different group of people. so the moral of the story is to be yourself.

5) POSER
Someone whos acts like someone theyre not,but not realizing that there being fake, basically a loser trying to fit in.

6) POSER
A poser is someone who tries hard to be something they arent. Usually, posers call other people posers because they are jealous that the person they called a poser is more skater/stoner/goth/punk/rocker/grunge/etc. than they will ever be.

7) POSER
One who attempts to appear to others as something they are not, especially by their manner of dress; a charlatan.

8) POSER
Synonymous with pretender.


...sampai lah ke no. 245...(yg mana maksudnya terlalu banyak, tak yah la aku masukkan sampai no. 245...lu orang bukak sendiri la link itu) punya lah banyak explanation mengenai istilah POSER ni.

Tapi kalau tengok Oxford Dictionary ...maksudnya adalah :

noun 1 a person who poses; a poseur. 2 a puzzling question or problem.

Walau macam mana pon cara istilah poser ini di ungkaikan..... Tp aku meng'istilah'kannya seperti berikut:

"seorang pretender... yg terikut2 dengan sengaja atau tak sengaja (tp mostly sengaja) kepada sesuatu arus/gelombang minat seperti sukan, artis, muzik, aktiviti atau saja pun just to fit in and to impress others, dan ianya bukan sesuatu yang pure dari dirinya dan ia akan hilang bila sesuatu itu hilang sengatnya..."

----------------------------------------------

Kenapa aku benci Poser?

1) ianya tidak pure / asli / tulen..(tulen bang...)
2) cara seseorang itu membuat aku meluat...
3) bagi aku dia ni tidak matang...
4) orang ini tiada identiti...
5) orang ini masih tak mengenali diri sendiri..

Contoh kes Poser yg paling klasik yg aku paling nyampah adalah bebudak p'puan yg ngaku die hard fan untuk mana2 team bola...sebagai contoh yg paling baru adalah Man U. Aku rasa nyampah betul.. Aku tau la Man U dtg untuk friendly match baru2 ni..(sampai jalan jam gilers...aku balik umah pon lambat sampai hari jumaat tu...semata2 kerana ramai poser2 tak kira lelaki mahupun p'puan yg nak tengok diorang training...hmmmm..training pon nak tengok..)

Persoalan aku adalah... bebudak p'puan yg ngaku die hard fan ni:
1) Tau ke rules bola ni?
2) Pernah main bola ke?
3) Pernah injured kaki masa main bola ke?
4) Paham sangat ke pasal style/corak permainan bola ni, seperti tactical ke apa ke?
5) Kenapa minat team oversea je? kalau betul minat sukan ni, patutnya yg tempatan pun patut disokong juga?
6) Tau ke offline tu apa, midfield tu apa..?
7) Tau ke sejarah pasal team yg diorang minat tu..?
8) Tau pasal semua player team itu ke atau minat sorang je? Owen contohnya, atau Ronaldo, atau Kaka?
9) Tau ke nak jawab kalau orang tanya pasal bola ni?...hmmmmmm... (rasa cam nak tanya je..)

Ada masanya cam kelakar pon ada... dan kadang2 nyampah pon ada... satu lagi kalau musim world cup la..kok kat TV3 tu siap buat liputan sampai pagi...pastu ada scene2 yg dia interview peminat... yg p'puan pon ramai..siap pakai jersi bola lagi... nyampahnye aku...tu semua Poser!

Bagi aku, mereka ni semua tak matang kerana tiada identiti sendiri... dan mereka ini masih belum mengenal diri sendiri.. sebab kalau kita kenal diri sendiri...kita tau apa yg kita nak...apa yg sesuai ngan kita dan kita akan buat sesuatu itu mengikut keperluan dan kesesuaian dengan diri kita. Kenapa kita perlu jadi orang lain hanya untuk impress orang lain? Just to fit in? kenapa perlu berpura2...? Kebahagian hidup sebagai poser ni tak lama..why not buat sesuatu yg benar2 ikhlas dari dalam hati... kebahagian itu lagi lama.. ianya akan berpanjangan dan meresap ke dalam jiwa... heheh... chewah....berfalsampah lagi aku nih... Aku cakap camni sebab aku teringat dulu masa baru lepas SPM..aku amik course pun course yg tak sesuai ngan jiwa aku kot...(mungkin masa tu aku juga poser..)..jadi setelah berberapa tahun crack my head doing and learning something that is not fit with who i am.. aku jadi stress dan aku amek cuti 1 whole semester dan kerja di dalam bidang course yg aku ambik ni...setelah abis cuti aku tu..aku dapat rasa yg ..this is definitely not what i want to do in life... So, walaupun dah nak abis belajar tu..aku ambik keputusan untuk berhenti belajar... dan aku pun TIDAK menamatkan pengajian aku tu...hmmm... aku dah abiskan berberapa tahun tu dengan sia2... tapi aku bersyukur sebab kalau aku tak ambik cuti dan bekerja dalam bidang itu, aku tak akan tau apa yg aku nak.. aku tak akan tau jiwa aku ni sesuai untuk apa... dan kemungkinan aku akan "stuck doing something that i hate, just to impress other people".. Alhamdulillah...aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah menunjukkan jalan kepada aku untuk mengenal diri... Dan sesungguhnya Allah itu maha kaya kerana aku berjaya masuk belajar semula...walaupun pd ketika itu semua kawan2 seangkatan dengan aku ada yg dah habis belajar...ada yg dah kahwin... ada yg dah sambung belajar ke peringkat yg lagi tinggi... dan aku pula, baru nak menapak... org lain dah pandai berlari...aku baru belajar bertatih... Tapi aku tak kisah.. sebab kebahagian yg aku alami sekarang adalah benar2 pure...aku suka dengan apa yg aku buat sekarang... walaupun kerja kuli..tapi aku buat sesuatu yg aku suka...sesuatu yg memang serasi dengan jiwa aku...well in fact..i'm being paid doing what i like...

Jadi kepada Poser-poser di luar sana...cut it out.. know yourself..








Monday, June 22, 2009

SUPER SUV


Pada 13-14 Jun yang lepas aku berpeluang menjadi crew for a SUPER SUV trip organized by 4x4 magazine dan Malayan Safaris. Pada asalnya ada lagi berberapa company kereta2 SUV yg akan turut serta, tetapi terpaksa menarik diri pada saat2 akhir disebabkan masalah teknikal. Volkswagen Touareg contohnya, terlibat dengan kemalangan, jadi terpaksa menarik diri di saat akhir. Kereta yg confirm cumalah 4 buah dari 2 jenis syarikat kereta iaitu Land Rover dan Mercedes Benz. Selain 4 buah kereta ini, terdapat juga sebuah ISUZU Dmax dan sebuah Range Rover Classic dari 4x4 Magazine menjadikan kesemua tetamu pada Event ini kepada 6 buah kereta. Crew untuk Malayan Safaris terdiri dari sebuah Range Rover Classic, Sebuah land Rover Series 109, sebuah Land Rover Defender dan Sebuah Land Rover 110 Ambulance. Trip Super SUV ini adalah ke Kg. Mat Daling yang terletak di Sungai Tembeling dan berdekatan dengan Taman Negara yang terletak di Negeri Pahang.

Jarak keseluruhan perjalanan untuk trip ini adalah 209km. Sungguh memenatkan kerana perjalanan ini terasa begitumemenatkan kerana walaupun kami tidak perlu menghadapi sebarang 'obstacle' yg perlu diatasi, tetapi kami melalui trek lori balak yang jauh dengan kelajuan 30-40km/j. Tambahan pula ketika ini musim panas, jadi trek ini kering dan penuh dengan debu...


...to be continued...

Thursday, May 28, 2009

GOODBYE TO YOU...


Ari ni aku bawak kucing aku Dusty & J.D. gi kerja kerana aku dah jumpa orang yg berkemampuan untuk adopt mereka ini. Ada pakcik kat opis aku ni memang sayang kucing, pastu setelah aku interview dan perhati dah berberapa bulan dah... pak cik ni mmg suka kucing dan bertanggung jawab dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada kucingnya. Jadi, setelah berbincang ngan kakak aku, dia pon setuju (walaupun pada mulanya dia teragak2...hehehe..ahaks...) Rumah pakcik ni pon ada laman, jadi kucing2 ni bebas bergerak..bebas salin pakaian... eh..eh... tu skrip citer Labu Labi la pulak.. Ye lah..kok tak tu dia terperap je kat sangkar kat umah aku tu.. kesian aku tengok. Jadi, setelah meneliti, aku pasti aku membuat keputusan yg tepat dengan memberikan kucing aku ni kepada pakcik tu..

Jadi, aku telah mengambil berberapa gambar kenangan supaya kalau rindu tu..(kakak aku la... ) boleh la tengok2 gambar mereka berdua ni.. Takpe, nanti kita boleh melawat kucing ni kat umah pakcik tu...


p/s kepada Dusty & J.D.
ingat2 lah sekarang..awak tu dah tinggal kat umah baru.. perangai tu jaga2...jgn nakal2.. dan ingatlah kami ni selalu..bye...

[aku terpaksa masukkan dia dalam sangkar kecik nih..]



[...merenung masa depan..]


[pantang kasi lepas, abis celah-celah mana dia pegi..]


[...penantian satu penyiksaan..]


[SabsabSoi turut memberi sokongan moral..]


[...bersama tuan baru..]




Wednesday, May 27, 2009

Words of wisdom.....

.....from world-renowned graphic designer, Paul Rand

(source : http://mokokoma.co.za/words-of-wisdom-from-world-renowned-graphic-designer-paul-rand/)




Remarks on Logos

“There are as many reasons for designing a new logo, or updating an old one, as there are opinions. The belief that a new or updated design will be some kind charm that will magically transform any business, is not uncommon. A redesigned logo may have the advantage of implying something new, something improved — but this is short-lived if a company doesn’t live up to its claim.”


“A logo derives its meaning from the quality of the thing it symbolizes, not the other way around.”



“A logo doesn’t sell (directly), it identifies.”

“A logo is less important than the product it signifies; what it means is more important that what it looks like.”


“It is only by association with a product, a service, a business, or a corporation that a logo takes on any real meaning. It derives its meaning and usefulness from the quality of that which it symbolizes.”


“A well designed logo, in the end, is a reflection of the business it symbolizes. It connotes a thoughtful and purposeful enterprise, and mirrors the quality of its products and services. It is good public relations — a harbinger of good will. It says we care. ”


“If a company is second rate, the logo will eventually be perceived as second rate.”



“A logo is rarely a description of a business.”

“Only after it becomes familiar does a logo function as intended.”


“Simple ideas, as well as simple designs are, ironically, the products of circuitous mental purposes. Simplicity is difficult to achieve, yet worth the effort.”


“The Mercedes symbol, for example, has nothing to do with automobiles; yet it is a great symbol, not because its design is great, but because it stands for a great product.”


“Lacoste sportswear, for example, has nothing to do with alligators (or crocodiles), and yet the little green reptile is a memorable and profitable symbol.”



Remarks on Graphic Design

“Design, good or bad, is a vehicle of memory. Good design adds value of some kind and, incidentally, could be sheer pleasure; it respects the viewer — his sensibilities — and rewards the entrepreneur.”


“To design is much more than simply to assemble, to order, or even to edit; it is to add value and meaning, to illuminate, to simplify, to clarify, to modify, to dignify, to dramatize, to persuade, and perhaps even to amuse.”


“Design can help inform, delight, and even persuade — assuming that the designer is an artist and not just someone focused on the nonsense of “self-expression” or on the fads of the moment.”



“Design is a problem-solving activity. It provides a means of clarifying, synthesizing, and dramatizing a word, a picture, a product, or an event.”

“Design is a way of life, a point of view. It involves the whole complex of visual communication: talent, creative ability, manual skill, and technical knowledge. Aesthetics and economics, technology and psychology are intrinsically relate to the process.”



Remark on Multiple concepts

“One of the more common problems which tends to create doubt and confusion is caused by the inexperienced and anxious executive who innocently expects, or even demands, to see not one but many solutions to a problem.”


“Theoretically, a great number of ideas assures a great number of choices, but such choices are essentially quantitative. This practice is as bewildering as it is wasteful. It discourages spontaneity, encourages indifference, and more often than not produces results which are neither distinguished, interesting, nor effective. In short, good ideas rarely come in bunches.”


“The designer who voluntarily presents his client with a batch of layouts does so not out prolificacy, but out of uncertainty or fear. He thus encourages the client to assume the role of referee. In the event of genuine need, however, the skillful designer is able to produce a reasonable number of good ideas. But quantity by demand is quite different than quantity by choice. Design is a time-consuming occupation.”



Remarks on dealing with clients

“Persons unqualified to make design judgments are frequently shifted into design-sensitive positions. The position of authority is then used as evidence of expertise.”


“Expertise in business administration, journalism, accounting, or selling, though necessary in its place, is not expertise in problems dealing with visual appearance. The salesman who can sell you the most sophisticated computer typesetting equipment is rarely one who appreciates fine typography or elegant proportions.”



Remarks on Originality & Imitation

“A cigar is almost as commonplace as an apple, but if I fail to make ads for cigars that are lively and original, it will not be the cigar that is at fault.”