Monday, June 22, 2009

SUPER SUV


Pada 13-14 Jun yang lepas aku berpeluang menjadi crew for a SUPER SUV trip organized by 4x4 magazine dan Malayan Safaris. Pada asalnya ada lagi berberapa company kereta2 SUV yg akan turut serta, tetapi terpaksa menarik diri pada saat2 akhir disebabkan masalah teknikal. Volkswagen Touareg contohnya, terlibat dengan kemalangan, jadi terpaksa menarik diri di saat akhir. Kereta yg confirm cumalah 4 buah dari 2 jenis syarikat kereta iaitu Land Rover dan Mercedes Benz. Selain 4 buah kereta ini, terdapat juga sebuah ISUZU Dmax dan sebuah Range Rover Classic dari 4x4 Magazine menjadikan kesemua tetamu pada Event ini kepada 6 buah kereta. Crew untuk Malayan Safaris terdiri dari sebuah Range Rover Classic, Sebuah land Rover Series 109, sebuah Land Rover Defender dan Sebuah Land Rover 110 Ambulance. Trip Super SUV ini adalah ke Kg. Mat Daling yang terletak di Sungai Tembeling dan berdekatan dengan Taman Negara yang terletak di Negeri Pahang.

Jarak keseluruhan perjalanan untuk trip ini adalah 209km. Sungguh memenatkan kerana perjalanan ini terasa begitumemenatkan kerana walaupun kami tidak perlu menghadapi sebarang 'obstacle' yg perlu diatasi, tetapi kami melalui trek lori balak yang jauh dengan kelajuan 30-40km/j. Tambahan pula ketika ini musim panas, jadi trek ini kering dan penuh dengan debu...


...to be continued...

No comments: