Wednesday, December 3, 2008

KEJAMKAH SAYA?




Di rumah saya ada 2 ekor kucing. Yang besar bernama Fluffy dan yang damit (kecil) bernama Snow sebab bulu dia putih...(kalau hitam mungkin dipanggil "Arang"). Saya sebenarnya tak suka nak bela kucing (No offense, bukan benci kucing, tapi tak nak membazirkan kasih sayang...sebab bila kucing mati saya akan sedih...so baik tak yah sayang kucing) tapi kakak saya sukakan kucing. Jadi saya terpaksa lah hidup bersama kucing2 ini. Tapi saya dah cakap dengan kakak saya yang saya tak nak jaga dan bertanggung-jawab kepada kucing2 ini. Jadi, kejamkah saya?

Tapi saya ada 1 masalah. Kucing ini terutamanya Snow lebih suka pada saya berbanding dengan tuannya sendiri. Snow suka bergesel di kaki saya sehingga saya sudah berberapa kali hampir2 jatuh tangga kerana dia suka berlari ke arah saya sewaktu saya turun tangga. Saya berasa sungguh marah dan dengan spontannya saya telah memberi satu tendangan yg tidak kuat ke arahnya... Jadi, kejamkah saya?

Pada suatu hujung minggu ketika kakak saya tiada di rumah, dan ketika itu saya berseorangan di rumah, dan pada ketika itu juga makanan untuk kucing2 ini sudah kehabisan..saya telah pergi ke rumah kawan saya untuk bersantai di hujung minggu dan saya telah membiarkan kucing2 ini kelaparan di rumah.. Jadi..kejamkah saya?

Namun demikian, setelah pulang dari rumah kawan saya, saya tetap singgah ke kedai untuk membelikan makanan untuk kucing2 ini..(walaupun sebenarnya makanan kucing tiada di dalam list bulanan saya..) Dan walaupun adakalanya saya bersikap agak kejam pada Snow, tetapi sehingga kini, Snow tetap suka kepada saya...saya saja tak suka pada Snow...) Setiap pagi dia akan menunggu saya di depan pintu bilik saya dengan harapan saya akan berinya makan ketika saya bangun dari tidur. Tetapi pagi2 saya bangun tidur dan menuju ke bawah adalah untuk masak air bukannya berinya makan.. Jadi..kejamkah saya?






4 comments:

K-ReXz said...

ko bayangkanlah kalau snow tu ko...aku tu ko...ko akan tau kalau ko pakai misai snow apa masaalah snow...snow lebih baik ko sumpah dia jadik kayu pintu..ko leh hari2 cakar

shahzess said...

tapi...adakah sesapa akan mengerti perasaan aku....huhuhu...

Zu Ismail said...

awak takkan kejam kalau awak tukar "what to talk about" kat side bar blog awak kepada blog baru saya yang boleh didapati dari krexz territory.. Kerana blog baru saya adalah PAST PRESENT AND FUTURE.. apa kata awak????

Princess Buttercup said...

Okeh Cik Zura..Tq kerana kata saya tak kejam...jadi akan saya tukarkan segera link itu..