Merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, Bohsia (sejenis bahasa pasar) adalah gelaran remaja perempuan yg suka berpelesiran, berfoya-foya, melepak, dan sering terlibat dlm kegiatan maksiat: awek ~; gadis ~.
Aku tak tau lah dia ni, boyfriend keliling pinggang, asal dapat peluang keluar je, mula la tak sedar diri, tak ingat nak balik rumah. Kalau tak ada alasan yg kukuh, memang tak lekat kat rumah. Takkan nak kurung pulak, kita hidup di Malaysia ni dalam keadaan demokrasi, kita negara yg dah merdeka, takkan masih nak hidup seperti dalam penjara, terkurung, dan tak merasa erti kebebasan? Tapi, kadangkala ada segelintir makhluk Allah ni, tak tau la pulak nak menghargai kebebasan yang diberikan, sering menyalahgunakan kebebasan. Kita diberi akal dan fikiran, jadi gunakanlah sebaik2nya... Lainlah kepada yg tiada akal dan fikiran tu, tak leh nak buat apa lah..
Bohsia yg aku maksudkan ni, memang tak sedar diuntung. Anak belum sampai setahun jagung, tau2 je beranak lagi. Pandai lak dia menyorokkan perutnya yg berisi itu. Sapa nak tanggung semua tu? Ingat makan minum semua free ke? Takkan duit aku nak habis menanggung bohsia ni anak beranak? Ikutkan hati nak je aku 'kasi', tapi aku tak mahu kejam kerana semua mahkluk Allah ada naluri dan keinginan. Belumpun habis geram dengan kes hari tu, dah beranak lagi. Kalau diri sendiri tu tau nak menjaga anak tak pe jugak, ni main lepas je, kalau kakak aku dan aku tak kutip anak2 kucing nih...apa nak jadi lah gak nye... Oh ya, bohsia yg aku maksudkan ni adalah kucing aku si FLUFFY ni..
Pagi Ahad lepas aku keluar kejap, bila aku balik je rumah, aku tengok si FLUFFY ni lencun, aku pikir..apa hal dia ni? Aku masuk umah, tanya akak aku..apahal ngan si FLUFFY ni? Akak aku cakap tadi dia siram si FLUFFY ni sebab bontot dia berdarah...maksudnya dia dah beranak.. Tapi masalahnya tak tau kat mana dia beranak... Dia mengiau pada kakak aku sambil cuba menggigit leher si Jedi (yg gemuk bulat itu)... untuk memberitahu yg dia dah beranak...(pandai juga kucing ni guna sign language ye..)..so dia nak kakak aku amekkan anak dia bawak balik... Si Jedi tu pun senyap je... Disebabkan jedi tu dah gemuk, mana larat si FLUFFY ni nak angkat kan... Tapi disebabkan tak tau dia beranak kat mana, aku biar je lah (aku dah cuba tanya pada FLUFFY...tapi dia jawab dalam bahasa kucing, aku tak paham...)... Aku dah cuba cari keliling sampai ke pagar jiran sebelah menyebelah..., petang tu...auntie umah sebelah ketuk pintu, katanya FLUFFY dah beranak kat rumah jiran selang sebuah rumah... (patut la aku cari tak jumpa, sebab aku cari setakat sebelah-menyebelah je...aku tak cari sampai selang sebelah-selang menyebelah..) Sekali kami tengok...adoiiiii mak...4 ekor daaa..... Kali ni aku memang cakap kat kakak aku, CONFIRM...kita kasi orang, aku tak sanggup dah ni... ituhari elok ada pakcik kat ofc aku nak kucing ni, akak aku lak sayang...kali ni...sorry beb... akan aku berikan jua... muahahahaha...
6 comments:
ermmm ko kena serapkan ajaran agama kat kucing2 ko tu supaya tak melarat. Kucing2 ko tu mungkin kesunyian...yerlah tuan nya selalu outing..ingat cegah sebelum parah kita mampu mengubahnya.
Nampak berat sangat masalah kau ni, bawak je kucing kau tu gi offroad pastu tinggalkan dia kat situ pandailah dia berdikari.
kesian lak aku nak tinggalkan dia kat hutan...
bole berlakun dalam felem anak Yusuf haslam ni...
eliza ... bagi abg je la kucing tuuu... sampai gelaran BOHSIA ko bagi dia... heheheeeee
abg Hazrin, kalau benar bagai dikata...silakan.... :D
Post a Comment