Monday, January 3, 2011
Early Treats
Hari ni aku cuti. Sebab? saja nak menggunakan cuti aku yang masih banyak. Carry forward 20 hari.. hmmm.. banyak nye. Campur tahun ni lagi 22 hari..total..42 hari. Aku ni jarang cuti kot? Anyway.. tengahari tadi aku keluar dengan seorang sahabat sejak aku form 1 lagi, namanya Molek. Dia kata dia cuti ari ni sbb nak antar anak sekolah, so, tengahari boleh la lepak sesama. Aku pun rasa OK gak sbb selain dari aku mmg cuti, aku pun dah lama tak lepak2 1 to 1 ngan Molek ni, maklum la masing2 busy, dia pun busy ngan keje, family lagi, anak2 dah sekolah dsbgnya. So, peluang ni memang aku tunggu2 la nak lepak sesama.
Aku kenal Molek ni sejak 6.1 1990, tarikh kami mendaftar sekolah asrama, tingkatan 1. Sejak dari tu, aku mmg baik ngan Molek ni, walaupun kami tak sama kelas, cuma masa form 2 je sama kelas, tapi kami memang berkawan baik sampai la sekarang ni. Memang susah nak cari kawan yang kita dapat click, dan memahami kita. Lepas SPM, aku slalu lepak umah dia..pastu dari umah dia kami jalan kaki sesama..tido umah aku lak, esok..jalan kaki sesama tido umah dia lak.. sampaikan arwah bapa aku pelik tengok kami ni asyik bercakap dan berborak je.. tak habis2 bercerita..
Plan asal tadi nak lepak kat Jusco Equine je sebabnya Jusco Equine terletak di tengah2 antara rumah aku ngan Molek. Tapi dah last minute Molek rasa cam nak layan bowling.. aku pun teringin gak. Dia kata weekday kat IOI Mall 4 game RM10 sahaja. Tapi x de la kami nak layan sampai 4 game, main 2 orang je. So, main 2 game je lah.. lepas layan bowling, lepak kat Secret Recipe, borak2 sampai la 5.30. TQ to Molek sebab belanja aku Kek, dia kata ni untuk Birthday aku nanti. Terharu aku..ye lah, maybe 1-2 minggu lepas ni masing2 busy, x dpt nak lepak2.
TQ Molek, semoga persahabatan kita akan semakin erat dan berpanjangan hingga ke akhir hayat kita. TQ juga kepada kakak aku, Alang yg blanja aku makan lepas balik dari jumpa Molek.. ini juga for my birthday treat katanya.
p/s Happy Birthday juga kepada Bush (husband Molek). Hari ni, 3hb Jan birthday dia.
A good friend is someone we can count on, as well as being so much more. A friend is someone with whom we can relax and just hang out, have fun and share our innermost thoughts, deep dark secrets, lofty and noble goals, or our hopes, joys, and fears.
A good friend allows you a safe space to share your deepest thoughts and needs without worry of being judged, criticized or made to feel silly for feeling the way you do. Friends cheer each other on, laugh and cry together, and just plain commiserate and listen to each other.
That's why friends are friends....
Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.
A good friend allows you a safe space to share your deepest thoughts and needs without worry of being judged, criticized or made to feel silly for feeling the way you do. Friends cheer each other on, laugh and cry together, and just plain commiserate and listen to each other.
That's why friends are friends....
Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.

~big girls don't cry~
Sunday, January 2, 2011
Designer's Block
Tau tak apa maksud Designer's Block? Dia sama macam Writer's Block, bezanya, Writer's Block adalah untuk penulis, Designer's Block for Designer. Ia satu keadaan di mana kita rasa macam ada sesuatu yang memblok otak kita dari menghasilkan design2 yang bagus. Kadang2 sesuatu design tu kita ambil masa yang sangatlah sekejapan untuk dihasilkan... tapi bila dilanda situasi ini, punyalah lama dok memandang monitor..mata terkelip-kelip..idea tak sampai-sampai.. sampai jammed rasanya kepala. Dari kebanyakan sumber dari internet yang aku baca, perkara ni adalah normal dan banyak berlaku kepada para designers dan ianya hanyalah temporary (I hope..).
Aku rasa sekarang ni aku selalu mengalami masalah ini. Aku rasa sekarang ni aku dah tak mampu nak menghasilkan design yang gempak berbanding dengan masa mula2 masuk kerja dulu (berberapa tahun dahulu). Maklumlah, sekarang ni kerja aku hanyalah output kerja orang..dah kurang buat design. Masa aku mula2 kerja dulu, akulah design dan akulah output.. sekarang ni..hmmm.. the creative part dalam otak aku dah agak slow kot..? Bila aku pikir2kan.. ada berberapa perkara yang aku rasa mengakibatkan aku mengalami masalah ini.. antaranya :
- Perfectionism - Ini memang masalah besar aku. Memang ada kebaikannya sebab kita nak kerja kita perfect, tapi adakalanya aku terlalu nak perfect sampai aku jadi stress, ini banyak berlaku kalau aku buat kerja aku sendiri.. bukan job orang..tapi job sendiri.. Punyalah aku nak menitikberatkan kesempurnaan sehingga terlalu banyak edit mengedit untuk aku dapat apa yang aku nak. Masa terbuang, sekaligus, otak jadi jammed sebab aku terlalu cerewet, I'm the worst client.
- Fear - Takut kena reject, takut design dikritik hebat.. takut design x dpt memuaskan hati client.. tapi mostly takut x mampu memuaskan hati sendiri.
- Trust - Rasa macam selalu fikir.. "betul ke apa yang aku buat ni?" " Okay ke design aku ni?" Rasa macam susah nak percaya pada diri sendiri & Susah nak percaya pada design sendiri.
- Mental dan Fizikal - Keadaan mental dan fizikal juga memainkan peranan, kalau badan/fikiran tak sihat, selalunya otak tak dapat berfungsi dengan baik. Jangan terlalu banyak berfikir perkara yang bukan2. Clear your mind.. lihat sekeliling kita.. sebab itu penting kena ada internet.. untuk merehatkan otak.. bila kita surf dan cari inspirasi..idea kita akan datang. Tapi kalau sesuatu company yang design-base tu telah memblok internet kita di office, contohnya Facebook ke.. music ke.. kita akan rasa terkurung kerana otak kita seperti trap dari kebebasan mencari inspirasi/idea.
- Rules - Bila kita mempunyai formal education dalam bidang design ni, kita adakalanya bound by rules of design (spt dalam buku teks). Sedangkan dalam design sebenarnya..there are no rules in designing..
1. Get “loose.”
Jangan right away buat design bila kita ada tugasan design ni..sebaliknya relax dulu sehingga otak dan badan kita rasa selesa. Kemudian sketch dulu, tak semestinya lukisan yang perfect, just utk relaxkan otot2 kita, kemudia surf untuk cari idea sampai la kita tau camana rupa end product yang kita nak hasilkan.2. Find inspiration.
Inspirasi adalah faktor yang sangat penting. Bila kita ada inspirasi, kita makin bersemangat. Apa yang aku selalu buat untuk mencari inspirasi adalah surf internet, cari design2 yang menarik sampai aku rasa bersemangat nak cuba hasilkan design2 yang hebat. Aku juga akan pasang lagu yang memberi aku semangat..selalunya lagu yang music sahaja..takde lirik, dengar kuat2 kat headphone. Atau kalau dah jammed sangat tak dapat inspirasi..aku akan buat menda lain utk occupy kan otak dan otot aku, contohnya potong kertas, buat lah apa2..kotak ke, paperbag ke.. notebook kecik ke.. borak2 jap ngan member ke.. susun lagu dalam iTunes ke, kemas meja ke.. tengok gambar2 lama ke.. tengok wayang/movie kat TV ke..selalunya, lepas tu..aku jadi bersemangat balik.. Yang pentingnya cari jalan untuk kembalikan semangat dan excitement untuk memulakan kerja design-meng'design' ni.3. Get your head out of the “game.”
Perasan tak kadang2 kita dapat gak menyiapkan design yang dikehendaki bila dah dekat2 nak dateline. Ini kerana kita tak memberi peluang untuk diri kita sendiri untuk menghakimi/mengkritik apa yang kita buat itu. Seolah2 kita cabar diri sendiri untuk menyiapkannya dalam masa yang sangat suntuk.. ianya spt kita jadikannya seolah-olah satu game.. yang mana tentulah kita nak menang kan?4. Give yourself time.
Adakalanya masa yang diberi terlalu suntuk. Jadi cuba minta masa tambahan 2-3 hari kerana bila kita terlalu memikirkan akan kesuntukan masanya, kita akan jadi stress.. bila stress..satu apa pun x jadi. Jadi, cuba jangan terburu-buru.5. Have fun with a new technique or toy.
Cuba cari teknik2 dalam tutorial yang banyak kat internet untuk memudahkan kerja kita dan menaikkan semangat kita. Adakalanya bila dapat gajet baru ke, teknik baru ke, kita lebih berkobar-kobar nak test dalam design kita. Aku selalu gak cari tutorial sebabnya walaupun dah bertahun guna photoshop contohnya..tapi still banyak trick yang aku tak tau..6. Lower your expectations.
Jangan put too much pressure. Jika kita letakkan expectations terlalu tinggi, kita selalunya tak dapat memberikan yang terbaik. Yang penting relax.7. Be aware of your difficulty level.
Not all design projects are the same. Adakalanya kita kena buat sesuatu yang rumit, dan kadangkala sesuatu yang sangat simple. Jadi adalah penting untuk kita mempunyai perpektif yang baik dalam kebolehan kita dan bersikap positif terhadap hasilnya.8. Eat a proper diet.
Ada kena mengena ke faktor pemakanan ni? Ada sebenarnya, kerana pemakanan memberi kesan kepada mood dan tahap tenaga kita. Contohnya kalau aku lapar, aku x dapat nak berfikir dengan baik..hehe.. dan kalau mood terganggu juga, aku tak dapat berfikir dengan baik, jauh sekali nak menghasilkan design yang bagus.“So, where is the connection between food and mood?” you ask. It’s simple – food signals your brain to release chemicals that influence your mood.
| Body Signal | satiety sleepiness reduce stress mood stability calmness | reduced pain mood stability euphoria reduced stress | energy concentration alertness productivity |
| Brain Chemical | Dopamine | ||
| Food Component | sugar starch | fat | protein |
(Chocolate contains both sugar and fat,affecting both serotonin and endorphin levels.)
- When Serotonin is low, we feel nervous, irritable, stressed and often have an appetite for carbohydrates. Rising concentrations of Serotonin and become relaxed, calm and satisfied.
- When endorphins are low, people feel anxious; they are also more aware of pain. They have an appetite for fat and fatty foods. Exercises also raises endorphins. High concentrations of endorphins in the brain produce a sense of euphoria, enhance pleasure, and suppress pain, both emotionally and physically,
- Raised dopamine concentrations in the brain cause us to feel alert, focused and energetic. When our dopamine levels are low, we may feel foggy and will tend to have less ability to concentrate.
(source : Listening to Body Signals)
9. Get your sleep.
Sleep is somewhat related to mood and energy just like your diet. Kalau kita kurang tidur, mengantuk je..otak memang jadi slow sikit sebab terlalu sibuk memikirkan akan kemengantukan kita tu. Jadi, pastikan tidur yang cukup supaya otak kita dapat fully concentrate dan generate untuk mnghasilkan design.10. Take a walk.
More physiology coming at you; did you know that exercise releases endorphins? Endorphins are natural drugs in your brain that make you happy and relaxed. Memang betul.. aku selalu bergerak untuk merelaxkan otak. Adakalanya aku ke tempat orang lain kat office, just untuk chill dan relax. Ianya membantu. Aku x boleh stuck kat tempat aku sahaja kerana aku boleh stress.In conclusion – you’re going to get designer’s block. It’s inevitable. Don’t get frustrated and upset. Just accept it as part of your job. Now, eat some beef jerky as you go for a walk around the block to check out the local graffiti wall. I promise by the time you get back you’ll feel right as rain.
Source : Gomediazine & Redspec
Jadi kepada kawan-kawan sekalian, kerja designing ni bukan kerja yang mudah ye.. Ianya sesuatu yang subjective.. dia tak ada jawapan macam matematik.. Ianya semua bergantung kepada persekitaran, emosi dan pengalaman. Semoga apa yang aku tulis ini dapat membantu rakan2 yang mempunyai masalah yang sama.

"Art is wasted on people who have no souls"
Saturday, January 1, 2011
Happy New Year!
Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua rakan-rakan sekalian.
- Semoga segala impian jadi nyata.
- Semoga segala yang tak tercapai pada tahun sebelum ini akan dapat dicapai pd tahun ni.
- Semoga semakin dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan pada yang tahap terbaik.
- Semoga sentiasa dikelilingi orang2/rakan2 tersayang.
- Semoga sesiapa yang merokok berjaya mengurangkan sekaligus berhenti merokok.
- Semoga ditemukan jodoh bagi yang single itu.
- Semoga rumah tangga berkekalan dan harmoni bagi yang sudah berkeluarga.
- Semoga dilindungi dan dilimpahi rahmat serta kurnia dari Allah S.W.T.
- Semoga kita berkerja lebih kuat lagi.
- Semoga kita mengekalkan sikap yang baik dan meninggalkan sikap yang kurang baik.
- Semoga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Amin.

~big girls don't cry~
Friday, December 31, 2010
Letting Go...
Loss is a natural part of life, but sometimes it can be hard to go about letting go and moving on. Whether you’ve lost a loved one, ended a romantic relationship or just lost touch with a friend, these letting go quotes can help you in the process of accepting what’s happened and moving on.
Letting Go Quotes
1. “When one door closes another door opens; but we so often look so long and so regretfully upon the closed door, that we do not see the ones which open for us.” – Alexander Graham Bell
2. “We can never turn back the pages of time, though we may wish to relive a happy moment, or say goodbye just one last time, we never can, because the sands of time continue to fall, and we can’t turn the hourglass over.” – Unknown
3. “Some of us think holding on makes us strong, but sometimes it is letting go.” — Herman Hesse
4. “One problem with gazing too frequently into the past is that we may turn around to find the future has run out on us.” – Michael Cibenko
5. All the art of living lies in a fine mingling of letting go and holding on.” – Havelock Ellis
6. “In everyone’s life, at some time, our inner fire goes out. It is then burst into flame by an encounter with another human being. We should all be thankful for those people who rekindle the inner spirit.” – Albert Schweitzer
7. “Change is never easy, you fight to hold on, and you fight to let go.” – The Wonder Years
8. “There’s no need to miss someone from your past- There’s a reason they didn’t make it to your future” – Unknown
9. “Death leaves a heartache no one can heal, love leaves a memory no one can steal.” – Headstone
10. “Every exit is an entry somewhere.” -Tom Stoppard
11. “True love doesn’t have a happy ending, because true love never ends. Letting go is one way of saying I love you.” – Unknown
12. “There are things that we never want to let go of, people we never want to leave behind. But keep in mind that letting go isn’t the end of the world, it’s the beginning of a new life.” – Unknown
13. “Hanging onto resentment is letting someone you despise live rent-free in your head.” – Ann Landers
14. “We need in love to practice only this: letting each other go. For holding on comes easily–we do not need to learn it.” – Rainer Maria Rilke
15. “Every breath is an opportunity to receive and let go. I receive love and I let go of pain.” – Brenda MacIntyre
16. “When I let go of what I am, I become what I might be.” – Lao Tzu
17. “Sometimes you have to let go to see if there was anything worth holding on to.” – Anonymous
18. “Don’t cry because it’s over. Smile because it happened.” – Dr. Seuss
19. “We must be willing to let go of the life we have planned, so as to accept the life that is waiting for us.” – Joseph Campbell
20. “The Tao Te Ching says, When I let go of what I am, I become what I might be. When I let go of what I have, I receive what I need. Have you ever struggled to find work or love, only to find them after you have given up? This is the paradox of letting go. Let go, in order to achieve. Letting go is God’s law.” – Mary Manin Morrissey
Source : http://edwardkhoo.com/top-20-letting-go-quotes/

~big girls don't cry~
Wednesday, December 8, 2010
What's in your bag?
Setiap hari pegi keje, bag aku mmg berat. Macam2 harta karun ada dalam bag aku. Nasib baik gi keje naik kete, kalau public transport, mau tercabut bahu aku agaknya nanti. So, apa agaknya yang aku dok bawak hari2 gi keje?
1) Buku Color Harmony Packaging - Aku suka bawak buku ni sbb mudah utk jadikan reference colour.
2) Tupperware utk isi air kosong.
3) Kunci Office.
4) Charger Camera
5) External Hard Disc - banyak artwork aku dalam ni
6) Mini Tools set - penting gak screw driver kecik2 ni, contohnya hard disk aku panas sgt, leh bukak, kalau cermin mata aku senget pun boleh bukak kasi repair sikit.
7) Test Pen merangkap screw driver - penting gak ni utk emergency, ari tu kunci umah tertinggal kat dlm umah, pastu uamah dah kunci, terpaksa la jd MacGyver jap..
8) Compact Camera
9) DVD Kosong
10) Bag Make up - bedak, celak, lip gloss, panadol, dll
11) Minyak Balm cap Lang - kalau ngantuk leh letak kat mata..
12) Thumb Drive - aku banyak thumb drive, tapi rasa masih tak cukup.. nak lagi (I'm a thumb drive freak).. so birthday aku next month ni, belikanlah thumb drive sbg hadiah utk aku ye..
13) Purse
14) Card Reader
15) Payung - sekarang musim hujan, nak ke parking keta tu perlu la sediakan payung sebelum hujan.
16) Sudu
17) Pencil Case
18) Stokin - kadang2 colleague aku ajak main bowling tetiba je, so baik prepare socks..
19) iPod
20) Hand Phone
21) ID Tag
22) P1 W1MAX modem.
Bag aku banyak dah koyak sbb x mampu menampung bebanan yang aku bawak hari2.. bag pack sebelum ni pun dah koyak. Nampaknya aku kena beli bag baru la lepas ni sebab bag ni pun dah koyak.
Di sini aku nak TAG kawan2 bloggers utk jawab tag aku ni, What's in Your Bag? Aye Jembalangz, Sab, Cik Zura, Antus@Materabak, Arja@Faread, Ms Jut, Bro Hazrin, Zul Deanz dan sesiapa saja, aku TAG korang!
1) Buku Color Harmony Packaging - Aku suka bawak buku ni sbb mudah utk jadikan reference colour.
2) Tupperware utk isi air kosong.
3) Kunci Office.
4) Charger Camera
5) External Hard Disc - banyak artwork aku dalam ni
6) Mini Tools set - penting gak screw driver kecik2 ni, contohnya hard disk aku panas sgt, leh bukak, kalau cermin mata aku senget pun boleh bukak kasi repair sikit.
7) Test Pen merangkap screw driver - penting gak ni utk emergency, ari tu kunci umah tertinggal kat dlm umah, pastu uamah dah kunci, terpaksa la jd MacGyver jap..
8) Compact Camera
9) DVD Kosong
10) Bag Make up - bedak, celak, lip gloss, panadol, dll
11) Minyak Balm cap Lang - kalau ngantuk leh letak kat mata..
12) Thumb Drive - aku banyak thumb drive, tapi rasa masih tak cukup.. nak lagi (I'm a thumb drive freak).. so birthday aku next month ni, belikanlah thumb drive sbg hadiah utk aku ye..
13) Purse
14) Card Reader
15) Payung - sekarang musim hujan, nak ke parking keta tu perlu la sediakan payung sebelum hujan.
16) Sudu
17) Pencil Case
18) Stokin - kadang2 colleague aku ajak main bowling tetiba je, so baik prepare socks..
19) iPod
20) Hand Phone
21) ID Tag
22) P1 W1MAX modem.
Bag aku banyak dah koyak sbb x mampu menampung bebanan yang aku bawak hari2.. bag pack sebelum ni pun dah koyak. Nampaknya aku kena beli bag baru la lepas ni sebab bag ni pun dah koyak.
Di sini aku nak TAG kawan2 bloggers utk jawab tag aku ni, What's in Your Bag? Aye Jembalangz, Sab, Cik Zura, Antus@Materabak, Arja@Faread, Ms Jut, Bro Hazrin, Zul Deanz dan sesiapa saja, aku TAG korang!
Thursday, November 25, 2010
LADIES Only
Aku tak tau samada korang tahu atau tidak, tapi Perkhidmatan Komuter Rawang - Seremban sudah ada coach yang hanya untuk wanita sahaja, ini berikutan sambutan dan feedback yang baik diterima setelah mula diperkenalkan melalui perkhidmatan Komuter Sentul-Pelabuhan Klang. Bagi aku, ini satu langkah yang baik, memandangkan perkhidmatan sebegini sudah lama diperkenalkan di negara luar seperti Jepun dan Eropah. Memandangkan bilangan pengguna yang menggunakasn perkhidmatan Komuter adalah sebanyak 60%, maka tindakan pihak KTM ini adalah langkah yang bijak dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang selesa dan protecting female passengers from sexual harrasment.
Baru2 ini adalah kali ke-2 aku menggunakan perkhidmatan ini sebab aku nak ke Nilai, rumah kakak aku. Tapi, yang aku pelik, masih ada juga lelaki yang berada dalam coach ini. In fact, adik aku juga pernah ternaik coach ini, tetapi sib baik dia tersedar dan sebelum pintu ditutup, dia buat2 angkat telefon dan bercakap di telefon sambil keluar dari coach tersebut dan masuk ke coach yang lain.. Berberapa orang lelaki yang naik coach ini sewaktu aku ke Nilai baru2 ni, aku tengok buat selamba je.. pas tu ada sorang lelaki yg agak berumur pun aku tengok selamba je, siap duduk lagi, tapi lepas tu mungkin dia ternampak signboard ini, dan terus beredar ke coach yang sebelah. Tapi apa yang aku ingin tekankan disini, mengapakah masih ada lelaki yang on board coach utk wanita sahaja ini? Jangan salah faham ye, ini bukan isu diskriminasi, tapi ia adalah hakikat, bahawa kaum hawa adalah kaum yang lemah, insecure, jadi apabila langkah ini diperkenalkan oleh pihak KTM, memang ramai kaum hawa yang teruja dan gembira, kerana fakta dari pihak KTM mengatakan pengguna wanita adalah 60% berbanding kaum lelaki, walaupun pada awalnya banyak suara2 sumbang yang tidak bersetuju dengan langkah ini, isu yang diketengahkan adalah Diskriminasi, dan tidak adil utk pengguna lelaki yang akan overflow disebabkan kurangnya 1 coach untuk dinaiki. Tetapi, so far apa yang aku tengok, coach wanita ini yang overflow dengan penumpang wanita kerana mostly, wanita akan naik coach ini sampaikan berdiri. In fact, aku jugak setelah 2 kali menggunakan perkhidmatan ini, so far memang kena berdiri disebabkan penumpang wanita yang kebanyakkannya lebih rela berhimpit2 di coach wanita sahaja berbanding dari berhimpit2 di dalam coach yang lain. Aku juga pernah menyaksikan sendiri dengan mata aku, kejadian berberapa tahun lalu di coach biasa, kejadian pantas yang berlaku di mana pick pocket telah mencopet handphone penumpang lain di dalam keadaan yang sesak berhimpit2, tapi kejadian ini terlalu pantas berlaku dan apabila si mangsa sedar, si pencopet sudahpun keluar dari coach kerana dia menjalankan aktivitinya ketika hampir ke perhentian yang berikutnya. Kejadian seperti inilah yang ditakuti oleh kaum Hawa. Jadi, bagi aku langkah pihak KTM ini perlu disambut dengan fikiran yang terbuka oleh semua masyarakat di Malaysia ini kerana negara seperti Eropah yang sudah tentunya lebih bebas dan sosial pun boleh menghormati isu ini dan tidak memandangnya sebagai isu diskriminasi.
Tetapi, ada satu isu yang aku rasa (mengikut pandangan aku lah..) walaupun di awal perkhidmatan ini diperkenalkan, terdapat polis2 bantuan yang berada di perhentian utk memastikan penumpang lelaki tidak menaiki coach ini, tetapi perkara ini masih berlaku, kenapa? Bagi aku pelaksanaannya tetap ada kelemahannya kerana kurangnya keberkesanan dari segi papantanda dan logo yang digunakan. Jika kita lihat di laman Facebook KTM, memang tanda2 ini jelas, ini kerana kita melihat di dalam gambar tanpa ada distraction, memang itu sahaja fokusnya, tetapi jika kita berada di lokasi sebenar, logo2 dan Signboard ini tidak 100% jelas.
Contohnya logo ini yang diletakkan di bahagian tingkap dan pintu coach komuter ini..
1) Logo signboard ini menggunakan simbol wanita secara silhouette.. Jika dipandang dari jauh, bahagian tengah itu nampak seperti kepala penari Siam (yg ada hiasan topi tinggi di kepala).. Objek yang digunakan ini walaupun silhouette, tetapi merupakan bentuk yang ambiguous.. yang mana ia tidak memberikan maksud yang jelas kerana aku sampai boleh ternampak kepala penari siam, kadang2 nampak macam telur ayam menetas pun ye jugak(pada logo yang oval), maksudnya ia spt memberi 2 makna. Untuk menghasilkan signboard yang effective, ianya perlulah simple dan jelas, kerana pengguna hanya memerlukan split seconds untuk menafsirkan apa mesej yang cuba disampaikan melaluinya. Cuba lihat signboard di jalanraya mahupun tandas2 awam. Bentuknya simple dan mudah serta cepat utk difahami.
Contoh di bawah ini ada di dalam laman web Hewlett-Packard, sila buka link ini The Power of Visual Communication
Cuba lihat contoh di bawah, di antara contoh 1 & contoh 2, yang manakah lebih mudah diingat?
Contoh 1
Verbal
Information Retained
Studies show that people remember 10% of what they hear and 20% of what they read, but about 80 percent of what they see and do.
Contoh 2
Verbal + Visual
Information Retained
Studies show that people remember:
• 10% of what they hear
• 20% of what they read
• 80% of what they see and do
Contoh di bawah ini ada di dalam laman web Hewlett-Packard, sila buka link ini The Power of Visual Communication
Cuba lihat contoh di bawah, di antara contoh 1 & contoh 2, yang manakah lebih mudah diingat?
Contoh 1
Verbal
Information Retained
Studies show that people remember 10% of what they hear and 20% of what they read, but about 80 percent of what they see and do.
Contoh 2
Verbal + Visual
Information Retained
Studies show that people remember:
• 10% of what they hear
• 20% of what they read
• 80% of what they see and do
2) Font yang digunakan adalah serif (jenis berekor) dan italic, pastu susun aturnya agak abstract. Font untuk signboard adalah paling sesuai jika kita menggunakan jenis sans-serif, iaitu yang tiada ekornya seperti Arial, Helvetica ataupun Verdana dan juga tidak Italic. Kedudukan text yang berada dalam bulatan dan bunga ros, kedua2 berulang, ianya redundant.
3) Warna yang digunakan, bagi aku tiada masalah, kerana pink (magenta) memang melambangkan wanita, tetapi kenapa ianya masih tidak begitu berkesan? Pada awalnya aku tengok bahagian luar coach wanita ini diwarnakan pink, tetapi, sekarang banyak yang ada iklan sehinggakan tak dapat membezakan ianya coach wanita. Tetapi, aku tak setuju dengan watermark yang digunakan pada logo signboard yang bulat itu kerana walaupun screen 10-15%, ianya mengganggu mata dalam memberikan tafsiran yang cepat.
Aku harap pihak yang membuat logo ini tidak marah, kerana aku cuma menyampaikan pandangan aku berdasarkan apa yang aku pelajari sewaktu di college dulu in developing better visuals for effective visual communications. Dan aku paham kesukaran tugas sebagai designer, because customer is always right, walaupun kita cuba menyakinkan client akan kepentingan Effective Visual Communications, tetapi jika itu kehendak pelanggan, tiada apa yang boleh kita lakukan (sebab itu aku macam dah give up menjadi designer nih..huhu..). Aku harap selepas ini, penumpang lain akan lebih peka akan kewujudan coach untuk wanita ini dan kepada penumpang wanita, supportlah coach ini supaya tidak akan wujud isu2 kekurangan coach utk penumpang lain.
![]() |
| [Photo courtesy of : http://www.kenwooi.com/2010/05/ktm-ladies-coach.html] |
![]() |
| [Waktu awal diperkenalkan, terdapat Polis bantuan yang akan mengawal dan memerhatikan keadaan untuk memastikan coach wanita ini tidak dinaiki penumpang lelaki] |
![]() |
| [tempat menunggu] |
![]() |
| [photo courtesy of : KTM Komuter Facebook page] |
![]() |
contoh penumpang lelaki yang masih tidak alert kepada signboard di belakangnya [photo courtesy of : http://winterswallow.blogspot.com/2010/05/batangs-in-ktm-komuter-ladies-coach.html] |
![]() |
| Contoh tempat menunggu untuk coach wanita di Jepun. [Photo courtesy of : http://www.flickr.com/photos/kngo/3365757492/] |
![]() |
| [Photo courtesy of : http://www.flickr.com/photos/psd/60728398/] |
![]() |
| Contoh train di Jepun. [Photo courtesy of : http://yellowpeep.blogspot.com/2005/11/women-only-train-coach.html] |
![]() |
| Keadaan coach untuk wanita di Indonesia - Lebih selesa berhimpit2 jika semua wanita. [Photo courtesy of : http://www.belfasttelegraph.co.uk/news/world-news/womenonly-train-carriages-launched-14919088.html] |
![]() |
| Coach untuk wanita di Indonesia. [Photo courtesy of : http://english.cntv.cn/program/newsupdate/20100820/100843.shtml] |
![]() | |
| Contoh Simbol utk signboard yang digunakan untuk coach wanita di dalam Train di Indonesia, simbol yang lebih mudah dan jelas. [Photo courtesy of : http://www.huffingtonpost.com/2010/08/20/womenonly-trains-introduc_n_688856.html] |
![]() |
| Coach khusus wanita di India [Photo courtesy of : http://www.flickr.com/photos/analogian/2176510339/] |
Wednesday, November 24, 2010
FB membantu
Petang semalam, jam dah 5.30ptg, aku pun mula gerak utk balik ke rumah. masa dlm kereta, aku keluarkan handphone dari dlm poket, aku nampak ada missed call dan ada msg. missed call dari akak aku di Nilai, aku tengok 5.27 ptg, hmm... camana aku leh x dengar tadi? So aku call semula. Dia dengan nada panik cakap mintak aku chat kat FB ngan anak buah aku sbb akak aku ada di S'ban, pastu kakak aku dah rebus daging, tapi lupa nak tutup apinya. Nak call x leh sbb phone rumah x de, HP anak2 dia dah ditarik balik sbb penyalahgunaan oleh mereka (mana taknya mintak top up RM10 sehari..aku yg dah keje ni pun RM50 je sebulan pakai..) So, the only cara utk contact bebudak tu, melalui FB la, sbb diorang ni pun rajin ber FB.
Tapi, waktu tu aku dah dalam perjalanan, takkan aku nak patah balik ke offc, sib baik kat HP boleh on FB, so aku msg kat anak buah aku, suruh diorang gi tengok daging yg direbus tu, suruh tutupkan apinya. Settle, few minutes lepas tu, anak buah aku pun jawab, mssg diterima.. Alhamdulillah.. ada juga kebaikannya FB ni.. Connecting People.. Cuma akan jadi masalah bila disalahgunakan oleh pihak2 tak bertanggung jawab.
okay..till next time. Ciao.
Tuesday, September 7, 2010
Thursday, September 2, 2010
GET WELL REAL SOON!
Seorang sahabat aku telah masuk ke wad di Hospital Ampang Puteri kerana bengkak di bahagian saluran pusatnya. Aku doakan agar beliau segera sembuh.
Tuesday, August 31, 2010
Wednesday, July 28, 2010
Dia datang lagi...
Dalam masa seminggu lebih lagi kita akan berpuasa dan seterusnya menyambut raya.. Terus terang aku katakan.. bulan puasa dan hari Raya ni bukanlah waktu yang aku nanti-nantikan. Bukannya aku nak elak dari menunaikan ibadah puasa..tetapi kali terakhir aku merasakan Hari Raya yg bermakna dalam hidup aku adalah 15 tahun lepas... selepas itu..bagi aku Raya adalah sama dengan hari2 biasa..bezanya kita cuti pada hari itu..
...to be continued..
...to be continued..
Sunday, June 27, 2010
Blog 4nonGoblok
Jumaat baru2 ni aku dan kawan2 di office secara tidak sengaja telah berbincang untuk mengadakan blog kongsi antara kami. Maksudnya, selain dari blog personal masing2, kami akan berkongsi 1 lagi blog yang mana entry nya adalah ikut suka hati masing2. Maka dalam masa sekejapan itu, lahirlah blog 4 non goblok.. Nama blog ini memang banyak kali dah membuatkan kami tergeliat lidah nak meyebutnya... Mula2 aku risau gak kalo makin tak ber'update' blog aku ni nanti.. Tapi aku rasa dengan adanya blog 4nongoblok ini, ia akan memberi lebih motivasi utk kami meng'update' blog2 kami. Maklumlah..dah memang sikap semula jadi manusia kan yang sukakan saingan..Okaylah..aku nak perkenalkan sikit para penulis di blog kami ni nanti.. Walaupun di blog 4nongoblok itu dah ada pengenalan yang dibuat oleh salah seorang ahlinya.. iaitu un2, tapi kat sini aku nak perkenalkan ikut suka akulah sbb ni blog aku..haha.. okay, kita mula dengan avatar dari kiri namanya Aye@Jembalangz@K-rexz@Big Headz dia ni memang seorang yang peramah (over sebenarnya) dan seorang yg suka bergurau hingga ke tahap aku tertipu waktu aku mula2 join company ini (Aku malas nak ulang ceritanya, tapi kalo nak tau, sila bukak entry aku yang dahulu iaitu Bloodsucker..part2 pada bahagian "p/s") Dia ni minat Heavy Metal, Liverpool, Fernando Torres, Action Figure, 24, Ultraman, dan aku rasa lah.. koleksi mainan dia lagi banyak dari mainan anak2 dia.. Dia dah berumahtangga dan mempunyai 2 orang anak (1 p'puan dan 1 lelaki). Disebabkan sikap over peramah dia dan incident tertipu aku itulah membuatkan dia menjadi kawan aku di ofis ini. Dia ni suka makan ayam. Dan dia kalo bercerita bab makan... terus ko boleh rasa lapar.. Dia ni lagi tua dari aku tapi dengan sikap dia tu aku rasa cam sebaya ngan aku je.. kadang2 gayanya cam lagi muda lak dari aku.. perasan... Gambar avatar kedua tu gambar aku lah.. dan gambar avatar ke-3 tu adalah Un2@AntusKudus. Dia ni pula aku kenal lepas 3 bulan aku keje di ofis ni sebabnya sebelum ini dia di cawangan KL, tapi kemudiannya dia dipindahkan ke HQ. Mula2 aku nampak dia ni masa tu aku pegi ke ofis Aye sebab nak tanya pasal Pagemaker kat Aye (maklumlah Aye ni power Pagemaker.. aku suka InDesign..). Pastu aku nampak Un2 ni tengah borak ngan Aye.. tapi aku terus je nyampuk perbualan dia ni.. lantak lah aku nak siapkan kerja aku.. Mula2 aku ingatkan dia ni saje je lepak kejap.. rupanya dia pun dah kerja kat HQ.. Aku tengok muka dia cam serious je.. hmm.. aku pikir dia ni mesti tak kawan ngan p'puan kot.. muka serious la katakan.. dengan janggut panjang, kepala botak.. kasut dia lawa.. Tapi selepas berberapa hari kot, aku tengok dia selamba je masuk ofis aku dan terus panggil nama aku sebab nak mintak print.. (rupanya dia skrg designer bhg marketing) pas tu dia pun cam peramah gak.. so dia pun mejadi kawan aku juga di ofis ini.. Bila dah lama2 kenal okay gak dia ni rupanya.. Minat metal sama ngan Aye.. tapi at the same time minat lagu Queen gak cam aku.. dan macam2 jenis lagu gak dia minat.. Dia ni selalu jadi rujukan aku kalau aku ada kemusykilan berkenaan muzik/band yg aku nak tau. Dia ni ada band Musik.. Karbaid namanya. Dia juga dah berumahtangga.. 2 anak lelaki. Dia ni juga memang pandai meniru macam2 mimik suara. Hafal skrip2 filem P. Ramlee, skrip iklan2 di TV walaupun dalam bahasa Cina mahupun Tamil. Dia ni sebaya ngan aku. Gambar avatar ke-4 adalah Sab. Di ni ahli yang paling tua di antara kami berempat. Tapi dengan kebersihan muka nya nampak dia yang paling muda.. Masa mula2 aku kenal dia ni, aku tau dia ni 1 department ngan Aye.. tapi jenis tak banyak bercakap.. Tapi sekali sekala dia suka datang lepak ofis aku sampaikan aku selalu bertanya "ye.. ada apa?" Maklumlah aku ni memang kena melayan customer.. ingatkan dia ni ada hal ke nak dtg ofis aku.. rupanya sesaje.. haha.. Pas tu dia ni aku tengok pakaiannya mesti pelik sikit.. kadang2 pakai Vest la.. Topi yg pelik2 lah.. Jacket la.. kasut pun boleh tahan pelik gak kadang2.. Tapi dia ni mat smart la.. Baik orangnya.. sudah berumahtangga dan bakal menimang anak pertama hujung tahun ni.. Aku rasa aku mula berkawan ngan dia ni gak sebab kerja aku kadang2 kena berurusan ngan dia gak.. so dia ni pun jadi kawan aku gak di ofis ni. Dia ni selalu gi makan ngan Aye ngan Un2.. Mula2 tu aku selalu makan sorang2 je kat kantin ofis.. selalu la diorang ni makan dan borak2 sampai ketawa cam nak rak kat kantin tu.. Dan diorang ajak aku makan sama kat table diorang.. mula2 aku segan nak join sebab aku sorang je p'puan.. Tapi tak lama selepas tu aku join je la.. Dan boleh aku simpulkan di sini it was Foods that bring us together.. hahaha..
Mereka bertiga ni adalah kawan2 aku di ofis. Diorang jugak yang telah memaksa aku main Fantasy Football ngan diorang. Diorang ni memang kawan yg best, kami kongsi makanan (selalu aku yg pau diorang kalo aku gi ofis diorang..hehehe..), muzik, Tv Series, Movies.. dan kami juga adalah designer.. (lain department je..)
Okay lah.. ni saja buat masa ini.. aku akan update lagi nanti samaada di blog ini ataupun di blog 4nongoblok.. bye.
Saturday, May 8, 2010
Mother

Lord, are there roses in your garden
Would you pick a dozen of your best
And deliver them for me?
For you see, today is mothers’ day
And I can’t visit my mom
For it has been 12 years since
The angels came and took her home.
So if there are roses in your garden
Would you pick a dozen of your best
And deliver them for me?
Would you take them to my mother
And tell her that I love her.
Tell her that I miss her
In oh! So many ways
But I have joy in knowing
We’ll meet again someday
And we’ll pick roses together...
Happy Mother's Day mom, I love and I miss you!
Tuesday, April 13, 2010
Nonton Yuk!
Weekend baru2 ni aku betul2 menjadi 'Couch Potato'.. lepas satu..satu movie/cerita bersiri yg aku layan. Aku x keluar gi memana pun.. x produktif langsung.. :D
Aku nak memberi ulasan sikit tentang cerita yang aku tengok..
1) The Lovely Bones
Director : Peter Jackson
Pelakon : Mark Wahlberg, Susan Weisz, Saoirse Ronan, Susan Sarandon
Genre : Drama, Fantasi, Thriller
Adaptasi dari buku : The Lovely Bones by Alice Sebold
"The Lovely Bones" centers on a young girl who has been murdered and watches over her family and her killer from heaven. She must weigh her desire for vengeance against her desire for her family to heal.. (source : imdb)
Cerita ni aku tak nak cerita lebih..kena tengok baru tau. Tapi aku bagi cerita ni 4.5 bintang. Kurang setengah nak dapat 5 bintang sebabnya..aku tak puas hati mayat budak ni tak dijumpai oleh family nya.. dan tak puas hati sebab family dia tak tau yang pembunuh budak ni sudah pun mendapat balasannya. Tapi cerita ni best, dan tahniah kepada Peter Jackson (mmg favourite director aku..) sebab berjaya mengolah cerita ni dengan begitu cantik sekali.. Bila aku baca ulasan buku cerita nye mmg lagi best and details.. nanti aku nak cari buku cerita ni and baca. tapi walaubagaimanapun, tahniah Peter Jackson.. dan juga yg membawa watak Susie tu.. sangat berkesan..
Kesimpulan : A Must Watch!
2) Avatar
Pengarah & Penulis : James Cameron
Pelakon / Suara : Sam Worthington, Zoe Saldana, Sigourney Weaver, Michelle Rodriguez & Stephen Lang.
Genre : Action, Adventure, Fantasy, Sci-Fi
In the future, Jake, a paraplegic war veteran, is brought to another planet, Pandora, which is inhabited by the Na'vi, a humanoid race with their own language and culture. Those from Earth find themselves at odds with each other and the local culture.. (source : imdb)
Ye...aku tau...cerita dah basi..orang lain dah tengok..aku je yg belum..hihihi..tapi aku nak cerita gak akan kekaguman aku ngan James Cameron ni mempunyai daya imaginasi yang mengkagumkan. Segala details memang menarik. Aku bagi 5 bintang full. Best..!!!
p/s lepas tengok citer ni, aku rasa aku pun nak ada ikran gak...hehehe..
Kesimpulan : A Really Must Watch! Trust me.
3) Brothers
Director : Jim Sheridan
Pelakon : Jake Gyllenhaal, Natalie Portman, Tobey Macguire, Clifton Collins Jr. (dia ni berlakon citer Boondock Saints II - watak Romeo), Bailee Madison (budak ni mmg pandai berlakon, paling best masa dia berlakon dalam citer Bridge to Terabithia)
Genre : Drama, Thriller, War
"A young man comforts his older brother's wife and children after he goes missing in Afghanistan" (source : imdb)
Citer ni bagi aku okay la.. it's a drama..tapi aku paling kagum dengan Bailee Madison (Isabelle Cahill) yg pegang watak anak kepada Grace Cahill (Natalie Portman) & Sam Cahill (Tobey Macguire) ni..budak ni pandai betul menunjukkan emosi.. dan jugak part yg aku kagum dalam cerita ni waktu Sam Cahill menangis pada part akhir tu..Bravo..aku tersentuh..
Kesimpulan : Kepada sesapa yg suka drama & emosi...
5) Tooth Fairy

Director : Michael Lembeck
Pelakon : Dwane 'The Rock' Johnson, Ashley Judd, Julie Andrews
Genre : Komedi, Fantasi
A bad deed on the part of a tough minor-league hockey player results in an unusual sentence: He must serve one week as a real-life tooth fairy.. (source imdb)
Citer ni okay la..menghiburkan dan mempunyai mesej yang baik... Don't kill other people's dream. Believe!
Kesimpulan : Kepada sesapa yg suka cerita-cerita ringan dan menghiburkan.
Citer-citer bersiri yang lain yang aku layan weekend baru ni :



Lama dah aku tak Marathon camni, okay gak..huhuhu...Dan masuh banyak series yang nak dimarathonkan nanti ni....sapa nak share series ke movies ke..msg aku..
p/s aku ada buku cerita baru sebenarnya...tu nanti next entry la aku cerita.. banyak nak cerita..tp..1 at a time la.. ciao..
Aku nak memberi ulasan sikit tentang cerita yang aku tengok..
1) The Lovely Bones
Director : Peter JacksonPelakon : Mark Wahlberg, Susan Weisz, Saoirse Ronan, Susan Sarandon
Genre : Drama, Fantasi, Thriller
Adaptasi dari buku : The Lovely Bones by Alice Sebold
"The Lovely Bones" centers on a young girl who has been murdered and watches over her family and her killer from heaven. She must weigh her desire for vengeance against her desire for her family to heal.. (source : imdb)
Cerita ni aku tak nak cerita lebih..kena tengok baru tau. Tapi aku bagi cerita ni 4.5 bintang. Kurang setengah nak dapat 5 bintang sebabnya..aku tak puas hati mayat budak ni tak dijumpai oleh family nya.. dan tak puas hati sebab family dia tak tau yang pembunuh budak ni sudah pun mendapat balasannya. Tapi cerita ni best, dan tahniah kepada Peter Jackson (mmg favourite director aku..) sebab berjaya mengolah cerita ni dengan begitu cantik sekali.. Bila aku baca ulasan buku cerita nye mmg lagi best and details.. nanti aku nak cari buku cerita ni and baca. tapi walaubagaimanapun, tahniah Peter Jackson.. dan juga yg membawa watak Susie tu.. sangat berkesan..
Kesimpulan : A Must Watch!
2) Avatar
Pelakon / Suara : Sam Worthington, Zoe Saldana, Sigourney Weaver, Michelle Rodriguez & Stephen Lang.
Genre : Action, Adventure, Fantasy, Sci-Fi
In the future, Jake, a paraplegic war veteran, is brought to another planet, Pandora, which is inhabited by the Na'vi, a humanoid race with their own language and culture. Those from Earth find themselves at odds with each other and the local culture.. (source : imdb)
Ye...aku tau...cerita dah basi..orang lain dah tengok..aku je yg belum..hihihi..tapi aku nak cerita gak akan kekaguman aku ngan James Cameron ni mempunyai daya imaginasi yang mengkagumkan. Segala details memang menarik. Aku bagi 5 bintang full. Best..!!!
p/s lepas tengok citer ni, aku rasa aku pun nak ada ikran gak...hehehe..
Kesimpulan : A Really Must Watch! Trust me.
3) Brothers
Director : Jim SheridanPelakon : Jake Gyllenhaal, Natalie Portman, Tobey Macguire, Clifton Collins Jr. (dia ni berlakon citer Boondock Saints II - watak Romeo), Bailee Madison (budak ni mmg pandai berlakon, paling best masa dia berlakon dalam citer Bridge to Terabithia)
Genre : Drama, Thriller, War
"A young man comforts his older brother's wife and children after he goes missing in Afghanistan" (source : imdb)
Citer ni bagi aku okay la.. it's a drama..tapi aku paling kagum dengan Bailee Madison (Isabelle Cahill) yg pegang watak anak kepada Grace Cahill (Natalie Portman) & Sam Cahill (Tobey Macguire) ni..budak ni pandai betul menunjukkan emosi.. dan jugak part yg aku kagum dalam cerita ni waktu Sam Cahill menangis pada part akhir tu..Bravo..aku tersentuh..
Kesimpulan : Kepada sesapa yg suka drama & emosi...
5) Tooth Fairy
Director : Michael Lembeck
Pelakon : Dwane 'The Rock' Johnson, Ashley Judd, Julie Andrews
Genre : Komedi, Fantasi
A bad deed on the part of a tough minor-league hockey player results in an unusual sentence: He must serve one week as a real-life tooth fairy.. (source imdb)
Citer ni okay la..menghiburkan dan mempunyai mesej yang baik... Don't kill other people's dream. Believe!
Kesimpulan : Kepada sesapa yg suka cerita-cerita ringan dan menghiburkan.
Citer-citer bersiri yang lain yang aku layan weekend baru ni :



Lama dah aku tak Marathon camni, okay gak..huhuhu...Dan masuh banyak series yang nak dimarathonkan nanti ni....sapa nak share series ke movies ke..msg aku..
p/s aku ada buku cerita baru sebenarnya...tu nanti next entry la aku cerita.. banyak nak cerita..tp..1 at a time la.. ciao..
Subscribe to:
Posts (Atom)
































