Monday, October 20, 2008

PERSIAPAN RUMAH TERBUKA DAWAMA 2008

Khemah untuk Open House

Pagi ni aku sampai office, cam biasa la, tiap2 hari awal... Aku sampai je tadi dalam 7.10 pagi, tengok2 Khemah dah siap terpasang... Kami cuma ada petang ni je masa utk menghias khemah masing2.. Group aku plan nak buat macam gambaran dalam rumah kampung la... Disebabkan tema kumpulan kami adalah Masakan Selatan (Melaka & Johor), so En. Naim dah
siap2 kan layout gambaran dalam umah untuk di printkan pada Tarpaulin sebagai dinding rumah.. Tapi masa hari Jumaat itu hari, layout rumah ni masih belum ada texture..plain je, so dah dekat nak tengahari tu, En. Naim suruh aku carikan texture kayu...aku dah panic, mananya tak, aku tak suka buat keja dalam keadaan rushing ni, nanti output dia jadi ntah apa2.. aku pun cari je kat internet wood effect ngan batu bata..alhamdulillah sempat gak... so petang tadi diorang pun start memasang "dinding" rumah kayu ni...

Macam batu & papan betul..

Ahli Kumpulan sedang serius memasang dinding...

Aku setakat tolong tengok...


Bila dah siap print tu, nampak ok gak background kayu & batu bata tu, at least bila dah di besarkan image tak jagged...hehehe.. aku tak tau la, tapi rasa macam group lain rasa tergugat je...hihihi... Aku tak kisah kalau tak menang pun tak pe lah, yg penting jgn kalah dan kena booo... sudah...hehehe... kelakar lak rasanya.. Tapi aku rasa ok gak lah, sebab sebelum ni masa keje kat Brunei, rasa cam tak bercampur masyarakat...tp bila dah balik keje kat sini, rasa seronok gak sbb Company aku keje ni banyak aktiviti... at least staff tak de la bosan..


No comments: