Monday, February 23, 2009
MELAWAT ALIF/APAI
Thursday, February 19, 2009
INFO TERKINI KAWAN2
Okay, buat kali ini aku nak citer sikit perkembangan kawan2 aku yg aku tau;
1) CHOT kini di Mumbai
Pada Sabtu lepas Chot (Husband Zek - 5 Einstein STJ94) telah berangkat ke Mumbai kerana mendapat offer kerja yg lagi bagus...tapi kesian pada Zek sebab Chot hanya pergi sorang diri dan Zek dan 2 anak nya tinggal di sini.. Bukan apa, company Chot keje tak galakkan utk Chot bawa family sama sebab faham2 la di sana keadaan tak sama cam negara kita ni.. banyak perkara yg kita mungkin tak selesa..terutama dari segi kebersihan... kemudahan awam (contohnya tandas)...dan di sana banyak juga terdedah kepada "penyakit bawakan udara"... Dan, knowing Zek tu camana...aku rasa setiap kali dia nak makan dia akan samak pinggan kot...?..hehehe...jgn marah ye Zek.. (Aku tau ko mmg particular tentang kebersihan) Apa2 pon aku harap kau bersabar ye Zek, kami sentiasa ada untuk menghiburkan kau...call saja... hehehe...
p/s aku teringat ada satu ketika tu, waktu balik keje, di dalam kereta dan di dalam kesesakan lalulintas di MRR2, aku balik ngan akak aku masa tu..biasa la mata aku ni melilau memandang keliling..tiba2 aku ternampak ada sorang mamat dalam kereta tu muka macam tension je..maklum la jalan jam..bila aku tengok betul2 si Chot rupanye...aku pun bukak tingkap dan bolehkan borak kat tengah jalan tu..hihihi...masa tu aku baru balik dari Brunei..baru 2 bulan keje sini kot...hehehe..patutnye aku amek gambar la masa tu...hi sebab tak sangka kot, so aku pun tak terpikir...(takpe, sekarang ni aku akan sentiasa alert) klakar lak bila aku ingatkan balik...siap borak tu..tu yg tak tahan tu..pas tu chot siap cakap.."jemput la dtg ke rumah..." tapi aku masa tu tak dapat nak gi umah Zek lagi..aku dapat jumpa Zek pun dah bulan posa, masa tu dia baru bersalin anak ke-2..
2) ANAK APAI PATAH KAKI
Berita ni sebenarnya dah lama dah (29hb Jan 2009 baru2 ni)...tapi aku baru tau dari Molek sebab aku pon dah lama tak jumpa Molek..
Kesian aku dengar citer si Alif (budak comel yg ligat ni..) Menurut kata Apai..si Alif ni jatuh masa kat pusat fisioterapi tu.. (aku belum pasti camana kisah sebenarnya..weekend ni baru plan nak pegi melawat..pastu aku akan interview Apai)
Yg lagi kesian tu sebab Alif ni patah kaki 2 kali...1 kali lagi masa kat hospital baru2 ni...(ni pun aku belum pasti camana..)
Kepada kengkawan yg nak melawat Alif/Apai... Apai ada di PPUM kat menara Timur.. Call saja Apai sebab dia kata dia expert dah selok belok PPUM tu..kalau sesat, dia tau mana jalan keluarnye...hihihi...(ini sudah macam prison break, tapi version Apai ni..Hospital Break..)
p/s kepada Shady, tak sangka aku ko rajin gak baca blog aku..hihihi... semoga blog ni menjadi medium perantaraan kepada kita dan sumber maklumat tentang kengkawan kepada kau gak..hihiih..
Gambar Selingan
Friday, February 13, 2009
BILINGUAL blog
Aku harap berjaya la percubaan aku ni. Dan dalam masa yg sama aku harap penulisan dwi bahasa blog aku ni sedikit sebanyak membantu aku memperbaiki Bahasa Inggeris aku.
Kalau aku ada masa, aku akan cuba translate gak entry2 yang sebelum nih...(Hmmm...boleh ke...?)
-------------------------------------------------------------
I'm planning to make my blog a bilingual blog...though my English is not good, at least my friends from my previous work place in Brunei could understand what i'm trying to say..
Hopefully I'll manage to keep this up and at the same time I'll be able to improve my English writing.
If I have the time, i will try to translate my previous entry...(hmm... i wonder if i could?)
Thursday, February 12, 2009
BLOG FOR WHAT?
Saturday, February 7, 2009
HITMAN Vs PROBLEM CHILD
"Ibu, bila kita banyak duit kita pergi 'meke' nak? Ayip nak jumpa Hitman..Ayip nak cakap Hello kat dia.. Imagine kita ambik duit Achik...(sambil tersenyum nakal)"
Ha..itulah dia kisah kanak2 sekarang. Anak buah aku ..(A4@Alif@Ayip) pada suatu paginye bercakap dengan kakak aku yg dia nak pegi "Meke (America)" sebab nak jumpa Hitman dan cakap Hello kat dia. Ini antara contoh pengaruh Video Game pada kanak2. Dan, dia ada hati lak tu nak amek duit aku utk digunakan jumpa Hitman..hehehe...banyak2 orang lain...aku yg nak dijadikan mangsa...hehehe..sabar je lah aku..
Bila aku pikir2 balik gaya anak buah aku tu macam gaya budak dalam citer Problem Child pon ada.....pas tu idola kedua2 budak ni adalah watak jahat...