Ramai orang buat blog sbb nak luahkan perasaan marah..
Ramai orang buat blog sbb tak puas hati ngan Pemerintah, Boss dll.
Ramai jugak yg nak tunjuk skill dalam menyampaikan sesuatu pendapat/idea2 seperti idea politik (kebanyakannya lah..)..skill fotografi.. skill bercerita....skill programming (blog yg lawa2 tu banyak lah tokok tambah action script diorang nih..) .. skill memasak... skill melancong (ada ke skill nih?..) dan macam2 skill lagi.
Ramai gak buat blog sebab nak berkongsi hobi..contohnya hobi fotografi.. hobi bercerita....hobi programming .. hobi memasak... hobi melancong dan macam2 hobi lagi...(ini macam sama je dengan perenggan atas tu?...hmmm...)
Tapi aku buat blog ni sebab aku nak berkongsi cerita dan apa yg berlaku dalam hidup aku bersama dengan kawan2. Sebab bila kita semakin dewasa, kita sudah banyak tanggungjawab, kita dah tak dapat nak lepak/telefon dengan kawan2 lama2 sgt. Kadang2 walaupun rumah dekat, tapi tak dapat la nak lepak selalu. Contoh nye member aku sorang ni rumah dia 15 minit je dari umah aku, tapi kali terakhir aku jumpa dia masa birthday aku ari tuh.. sbb dia dtg bawa donut utk birthday aku..TQ Molek.. (Aku belum masukkan lagi dalam blog pasal ko dtg malam tu..nanti aku buat entry pasal kita..) Tapi, walaupun aku dah kenal lama ngan dia (Sejak 6.1.1990 sampai la sekarang ni)..takkan aku masih nak lepak lelama kat umah dia ye tak? Kang apa lak kata laki dia kang...(so far tak de lak ko komplen kan Bush kan..? kan..? kan..?)
Jadi, penyelesaian kepada isu ini...BLOG..itulah tujuan aku. Aku nak kawan2 rapat aku masih dapat mengetahui tentang aku walaupun kita jarang dapat berjumpa..dengan cara ini juga ahli keluarga kita dapat update tentang kita..(Bg yg selalu update la..dan bagi yg jauh dari keluarga mereka..)
Dan, di Blog juga kita dapat menyimpan catatan kita..contohnya catatan perjalanan dsbgnya..sebab kalau kita gi Vacation ke...memang jgn harap la nak maintain menulis apa yg kita buat, kalau blog ni, on the spot kita boleh recall..dan bila kita baca balik semua kenangan tu dtg balik...bestnye.. Pas tu kalau catatan kita simpan dalam PC..mana tau PC broke down ke..H/Disk crash ke...kan dah hilang...tapi kalau buat dalam blog ni, bila2 kita boleh bukak balik untuk recall catatan kita tuh... Gambar2 yg kita taruk pon boleh tengok on the spot. Kalau dah simpan dalam PC tu, nak mencarik balik gambar tu punye lah lama kan...gambar terlalu banyak..so bila selected gambar kita pilih dan masuk dalam blog..senang nak retrieve..
Aku tak kisah kalau orang boring baca blog aku dan aku tak kisah kalau orang kata blog aku tak ramai org baca..dan aku tak kisah kalau org kata blog aku ni macam blog family.. sebabnye niat aku membuat blog ini :
1) bukan untuk menghiburkan orang dengan menampilkan isu2 hangat dan semasa...
2) bukan untuk bersaing dengan blogger yg lain...
3) bukan untuk menunjukkan apa skill yg aku ada..
4) bukan untuk meluahkan perasaan marah/tak puas hati/benci/khianat kepada sesiapa...
5) bukan untuk memberi pendapat mengenai apa2 isu..
Tapi..aku buat blog ini adalah untuk Berkongsi Cerita dan Perjalanan Hidup aku bersama kawan2 yang lama mahupun yg baru aku kenal..
2 comments:
selalu2 lah update blog ko ya. bila aku kat ofis aku selalu baca blog ko.. ;-) . kirim salam kat molek ya.
Shady, terima kasih kerana rajin baca blog aku..Insyaallah aku akan update selalu.. Aku lg suka mengupdate pasal kengkawan kita so that walaupun kita semua ni jarang jumpa tapi still dapat keep in touch dengan cara ini..
Post a Comment