Okay, buat kali ini aku nak citer sikit perkembangan kawan2 aku yg aku tau;
1) CHOT kini di Mumbai
Pada Sabtu lepas Chot (Husband Zek - 5 Einstein STJ94) telah berangkat ke Mumbai kerana mendapat offer kerja yg lagi bagus...tapi kesian pada Zek sebab Chot hanya pergi sorang diri dan Zek dan 2 anak nya tinggal di sini.. Bukan apa, company Chot keje tak galakkan utk Chot bawa family sama sebab faham2 la di sana keadaan tak sama cam negara kita ni.. banyak perkara yg kita mungkin tak selesa..terutama dari segi kebersihan... kemudahan awam (contohnya tandas)...dan di sana banyak juga terdedah kepada "penyakit bawakan udara"... Dan, knowing Zek tu camana...aku rasa setiap kali dia nak makan dia akan samak pinggan kot...?..hehehe...jgn marah ye Zek.. (Aku tau ko mmg particular tentang kebersihan) Apa2 pon aku harap kau bersabar ye Zek, kami sentiasa ada untuk menghiburkan kau...call saja... hehehe...
p/s aku teringat ada satu ketika tu, waktu balik keje, di dalam kereta dan di dalam kesesakan lalulintas di MRR2, aku balik ngan akak aku masa tu..biasa la mata aku ni melilau memandang keliling..tiba2 aku ternampak ada sorang mamat dalam kereta tu muka macam tension je..maklum la jalan jam..bila aku tengok betul2 si Chot rupanye...aku pun bukak tingkap dan bolehkan borak kat tengah jalan tu..hihihi...masa tu aku baru balik dari Brunei..baru 2 bulan keje sini kot...hehehe..patutnye aku amek gambar la masa tu...hi sebab tak sangka kot, so aku pun tak terpikir...(takpe, sekarang ni aku akan sentiasa alert) klakar lak bila aku ingatkan balik...siap borak tu..tu yg tak tahan tu..pas tu chot siap cakap.."jemput la dtg ke rumah..." tapi aku masa tu tak dapat nak gi umah Zek lagi..aku dapat jumpa Zek pun dah bulan posa, masa tu dia baru bersalin anak ke-2..
2) ANAK APAI PATAH KAKI
Berita ni sebenarnya dah lama dah (29hb Jan 2009 baru2 ni)...tapi aku baru tau dari Molek sebab aku pon dah lama tak jumpa Molek..
Kesian aku dengar citer si Alif (budak comel yg ligat ni..) Menurut kata Apai..si Alif ni jatuh masa kat pusat fisioterapi tu.. (aku belum pasti camana kisah sebenarnya..weekend ni baru plan nak pegi melawat..pastu aku akan interview Apai)
Yg lagi kesian tu sebab Alif ni patah kaki 2 kali...1 kali lagi masa kat hospital baru2 ni...(ni pun aku belum pasti camana..)
Kepada kengkawan yg nak melawat Alif/Apai... Apai ada di PPUM kat menara Timur.. Call saja Apai sebab dia kata dia expert dah selok belok PPUM tu..kalau sesat, dia tau mana jalan keluarnye...hihihi...(ini sudah macam prison break, tapi version Apai ni..Hospital Break..)
p/s kepada Shady, tak sangka aku ko rajin gak baca blog aku..hihihi... semoga blog ni menjadi medium perantaraan kepada kita dan sumber maklumat tentang kengkawan kepada kau gak..hihiih..
Gambar Selingan
2 comments:
Nak carik kawan memang mudah nak carik kawan yg nak borak tengah2 jalan masa trafik jem payah nak carik wey...
hihihi... aku rasa sgt terharu sb nama aku ada dlm blog ko. (tumpang glamer) ngeh ngeh ngeh...
Post a Comment