Wednesday, April 29, 2009

32 to face jungle challenges

[New Straits Times Sdn Bhd group editor Datuk Syed Nadzri Syed Harun flagging off participants of the X-Men Xtreme Adventure 2009 Terengganu at the Anjung Riong driveway, NSTP yesterday.]

New Straits Times 2009/04/29

KUALA LUMPUR: For the next five days, they will be covered in dirt and mud. They will have leeches and other creepy crawlies for company.

These are the 32 participants of the X-Men Xtreme Adventure 2009 Terengganu who will be in the jungles of Terengganu until May 4.

The jungle adventure, organised by the X-Men Adventure founder, Rate de Silva, will bring enthusiasts of extreme 4x4 sports to face challenges as they make their way through the legendary Elephant Mudhole and Terminator Hill in Hulu Terengganu.

Most of the participants are from Britain, United States, Australia, Japan, Thailand and Singapore.

The trail will take them through 500km of jungle terrain comprising swollen rivers, mud, slippery slopes and wildlife.
"The idea is to bring these 4x4 sports lovers together in one of the toughest routes in Malaysia," de Silva said.

"It is also to promote tourism in Malaysia. Most of the participants are expected to stay on for a few days after the event."

The convoy, which comprised 12 vehicles, was flagged off from the Anjung Riong driveway of the New Straits Times office in Jalan Riong, Bangsar here by the newspaper's group editor Datuk Syed Nadzri Syed Harun.




Thursday, April 23, 2009

B0hSiA



Merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, Bohsia (sejenis bahasa pasar) adalah gelaran remaja perempuan yg suka berpelesiran, berfoya-foya, melepak, dan sering terlibat dlm kegiatan maksiat: awek ~; gadis ~.

Aku tak tau lah dia ni, boyfriend keliling pinggang, asal dapat peluang keluar je, mula la tak sedar diri, tak ingat nak balik rumah. Kalau tak ada alasan yg kukuh, memang tak lekat kat rumah. Takkan nak kurung pulak, kita hidup di Malaysia ni dalam keadaan demokrasi, kita negara yg dah merdeka, takkan masih nak hidup seperti dalam penjara, terkurung, dan tak merasa erti kebebasan? Tapi, kadangkala ada segelintir makhluk Allah ni, tak tau la pulak nak menghargai kebebasan yang diberikan, sering menyalahgunakan kebebasan. Kita diberi akal dan fikiran, jadi gunakanlah sebaik2nya... Lainlah kepada yg tiada akal dan fikiran tu, tak leh nak buat apa lah..

Bohsia yg aku maksudkan ni, memang tak sedar diuntung. Anak belum sampai setahun jagung, tau2 je beranak lagi. Pandai lak dia menyorokkan perutnya yg berisi itu. Sapa nak tanggung semua tu? Ingat makan minum semua free ke? Takkan duit aku nak habis menanggung bohsia ni anak beranak? Ikutkan hati nak je aku 'kasi', tapi aku tak mahu kejam kerana semua mahkluk Allah ada naluri dan keinginan. Belumpun habis geram dengan kes hari tu, dah beranak lagi. Kalau diri sendiri tu tau nak menjaga anak tak pe jugak, ni main lepas je, kalau kakak aku dan aku tak kutip anak2 kucing nih...apa nak jadi lah gak nye... Oh ya, bohsia yg aku maksudkan ni adalah kucing aku si FLUFFY ni..

Pagi Ahad lepas aku keluar kejap, bila aku balik je rumah, aku tengok si FLUFFY ni lencun, aku pikir..apa hal dia ni? Aku masuk umah, tanya akak aku..apahal ngan si FLUFFY ni? Akak aku cakap tadi dia siram si FLUFFY ni sebab bontot dia berdarah...maksudnya dia dah beranak..  Tapi masalahnya tak tau kat mana dia beranak... Dia mengiau pada kakak aku sambil cuba menggigit leher si Jedi (yg gemuk bulat itu)... untuk memberitahu yg dia dah beranak...(pandai juga kucing ni guna sign language ye..)..so dia nak kakak aku amekkan anak dia bawak balik... Si Jedi tu pun senyap je... Disebabkan jedi tu dah gemuk, mana larat si FLUFFY ni nak angkat kan... Tapi disebabkan tak tau dia beranak kat mana, aku biar je lah (aku dah cuba tanya pada FLUFFY...tapi dia jawab dalam bahasa kucing, aku tak paham...)... Aku dah cuba cari keliling sampai ke pagar jiran sebelah menyebelah..., petang tu...auntie umah sebelah ketuk pintu, katanya FLUFFY dah beranak kat rumah jiran selang sebuah rumah... (patut la aku cari tak jumpa, sebab aku cari setakat sebelah-menyebelah je...aku tak cari sampai selang sebelah-selang menyebelah..) Sekali kami tengok...adoiiiii mak...4 ekor daaa..... Kali ni aku memang cakap kat kakak aku, CONFIRM...kita kasi orang, aku tak sanggup dah ni... ituhari elok ada pakcik kat ofc aku nak kucing ni, akak aku lak sayang...kali ni...sorry beb... akan aku berikan jua... muahahahaha...


p/s kepada kawan2...tolonglah adopt kucing2 ini...


Thursday, April 9, 2009

MAD WORLD

Bermula dari 1-2 bulan lepas sampai la sekarang ni.. selalu benar aku dengar lagu ni... sebabnya anak buah aku si A1 tu suka bukak youtube lagu ni.. (dia ni claim dia ni freedom fighter)..layan gak..pas tu malam tadi tengok American Idol..Adam Lambert nyanyi lagu ni..best gak version dia tu.


Mad World - Gary Jules

All around me are familiar faces

Worn out places, worn out faces

Bright and early for the daily races

Going nowhere, going nowhere


Their tears are filling up their glasses

No expression, no expression

Hide my head I wanna drown my sorrow

No tomorrow, no tomorrow


And I find it kind of funny, I find it kind of sad

The dreams in which I'm dying are the best I've ever had

I find it hard to tell you, I find it hard to take

When people run in circles its a very, very

Mad world, mad world


Children waiting for the day they feel good

Happy birthday, happy birthday

And I feel the way that every child should

Sit and listen, sit and listen


Went to school and I was very nervous

No one knew me, no one knew me

Hello teacher tell me, what's my lesson?

Look right through me, look right through me


And I find it kind of funny, I find it kind of sad

The dreams in which I'm dying are the best I've ever had

I find it hard to tell you, I find it hard to take

When people run in circles its a very, very

Mad world, mad world, enlarging your world

Mad world







Tuesday, April 7, 2009

JEMBALANG DI HOSPITAL?


Tajuk citer aku ni cam gempak je kan? Ini kisah geng aku Jembalangz yang mana anaknye telah masuk wad di Hospital Ampang Puteri baru2 ni kerana disyaki keracunan makanan. Jadi, waktu Lunch tadi, Antu, Sab, Abg Tapa dan aku pegi la melawat anak Ayie/Jembalangz ini. Semoga Aidan cepat sembuh.



[aku rasa bilik kanan kot?]

[amboiii...bapaknye amek kesempatan mengcharge psp]

[gaya cam kena denda ngan cikgu je?]




[makan kat sini lagi murah dari kat H***** ari tu la]




Monday, April 6, 2009

HEART SHAPED STONE-Part II




Ni adalah batu yg berbentuk heart-shaped yg aku jumpa kat Tanjung Malim.. Kali ni batu yg aku jumpa ni lagi besar dari yg aku jumpa masa kat Jerantut Disember lepas.


p/s batu ni aku tak bawak balik..sebabnya bagi aku..batu tu memang di situ asalnya..kenapa kita nak alih-alihkan dia? Lagipun aku teringat masa aku kecik2 dulu..aku memang fobia nak mengalihkan barang2 termasuklah plastik gula2, aku tak kan buang sembarangan sebab tak nak dia terpisah dari family dia.. (hmmm...macam psyco lak rasanya..)

CATZ ABUSED

Source : Utusan Malaysia 27 Feb 2009

Kes abai kucing ditentukan 2 April

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Selepas empat tahun perbicaraan, kes pemilik dan pembiak kucing yang didakwa atas empat tuduhan mengabaikan empat ekor kucing sehingga menyebabkan kesengsaraan terhadap haiwan itu akan diputuskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 2 April depan.

Majistret Sazlinidayu Kamal Bahrain menetapkan tarikh tersebut selepas kedua-dua pihak selesai menggulung hujah masing-masing di akhir kes pendakwaan hari ini.

Dalam kes ini, Abdul Rashid Othman,  53, didakwa mengabaikan anak-anak kucing jenis Parsi miliknya di rumah No. 65, Jalan Wan Malini 1, Sri Petaling di sini pada kira-kira pukul 12 tengah hari, 21 September 2005.

Dia didakwa mengabaikan seekor kucing betina berwarna hitam dan putih, seekor kucing jantan warna kuning dan putih, seekor kucing betina campuran warna kelabu, putih dan kuning serta seekor kucing jantan berwarna putih dan hitam.

Abdul Rashid didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Ordinan Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali.

Kes ini merupakan kejadian pertama seorang pemilik kucing didakwa di mahkamah kerana mengabaikan penjagaan haiwan peliharaannya.

Terdahulu, Penolong Pendakwa Raya, Suhaima Mohd. Noor berhujah bahawa pengabaian jelas berlaku kerana badan keempat-empat ekor kucing diambil dari rumah Abdul Rashid mengalami sakit kulit, sakit mata dan selesema.

Katanya, selain badan yang kotor, muka comot dan tapak kaki yang penuh dengan najis, kesemua kucing-kucing itu juga kurus dan tidak terbela semasa di bawah jagaan Abdul Rashid.

''Kegagalan Abdul Rashid memberi rawatan awal kepada keempat-empat ekor kucing itu menyebabkan penyakit tidak dapat disembuhkan yang mana seekor daripadanya mati pada 4 Oktober 2005 dan seekor lagi pada 18 Februari 2006.

''Sekiranya Abdul Rashid memberikan rawatan dan tidak mengabaikan kucing-kucing itu, Jabatan Haiwan tidak perlu keluarkan kos sebanyak RM38,612 sehingga Januari lalu untuk penjagaan dan rawatan,'' hujahnya.

Sementara peguam Robert Devan pula berhujah bahawa tiada sebarang pengabaian berlaku berdasarkan ubat-ubatan, syampu dan makanan yang disediakan oleh anak guamnya untuk kucing-kucing tersebut.

Katanya, timbul keraguan terhadap identiti empat ekor kucing tersebut memandangkan anak guamnya tidak pernah membuat pengecaman selepas ia diambil dari rumahnya selain tidak dimaklumkan apabila dua daripadanya mati di dalam jagaan Jabatan Haiwan.


-----------------------------------------------------------------------------------


Untuk Perhatian.. gambar2 di bawah tiada kaitan dengan isu di atas.. kucing2 ini dijaga rapi, makan minum complete... tempat tinggal first class...










kucing-kucing ini kakak aku yg punye.. aku cuma pemilik bersama la..tapi yg dipertanggungjawabkan 100% adalah kakak aku..hehehe...aku malas nak bela kucing ni.. Itu hari akak aku dah suruh cari sapa yg nak 'adopt' kucing ni..tapi sekarang sudah bertukar fikiran la pulak...hmmm.. aku dah agak dah pun... tapi tak pe lah..asalkan kucing2 ni tak mengganggu hidup aku, dan dia pandai jaga diri...tak pe...hehehe.. Sebelum ni, kucing2 ni duduk sama dalam rumah.. tapi bila dah sampai habis semua pakaian aku melekat ngan bulu kucing ni...aku pun cakap kat akak aku la... aku tolong belikan sangkar besar..suruh diorang ni duduk dalam sangkar.. yg besar spt Snow ngan Fluffy dah pandai jaga diri...diorang duduk luar pun tak pe..nak makan ngan tidur tau la dia balik rumah.. akhirnya..pakaian aku takde dah bulu2 kucing ni...


p/s kalau ada sesapa berminat ngan kucing aku ni..nanti aku tanya akak aku kalau dia nak kasi sesapa 'adopt'...


Tuesday, March 31, 2009

BLOODSUCKER!

Kali ni aku nak bercerita pasal Kutu Babi a.k.a TICK yang telah menggigit aku baru2 ni ketika aku pergi offroad camping di Terengganu..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Tick is the common name for the small arachnids in superfamily Ixodoidea that, along with other mites, constitute the Acarina. 

Ticks are ectoparasites (external parasites), living by hematophagy on the blood of mammals, birds, and occasionally reptiles and amphibians. 


Young ticks have six legs, and mature ticks have eight legs. They are about the size of a sesame seed, and males are black; females have a brick-red abdomen with a black shield-like plate close to their head.

Ticks are blood-feeding parasites that are often found in tall grass and shrubs where they will wait to attach to a passing host. Physical contact is the only method of transportation for ticks. Ticks do not jump or fly, although they may drop from their perch and fall onto a host. Some species actively stalk the host by foot.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Masa kat Terengganu ari tu masa tu dah nak siap sedia nak balik, ntah camana aku terasa seperti kena gigit kat nyamuk kat area belakang peha aku..aku ingatkan nyamuk..so aku ignore je lah.. disebabkan trip kali ni agak jauh dan aku memang kepenatan giler..tambahan pula kereta kawan aku jam masa on the way balik tu..so bila sampai umah pagi Isnin tu, aku terus 'bungkus'..memang tido je sepanjang hari...hehehe tak keje pon... Masa hari Isnin tu aku tak terasa apa2 pun, dah hari Selasa lepas balik keje tu aku rasa cam sakit semacam je kat belakang peha aku.. bila aku cuba sentuh..terasa cam ada menda....dan bila disentuh, sakit lak.....hmmm.. aku cuba tengok la...sekali aku nampak macam ada something attached kat situ... aku cuba tarik, tapi sakit.. so aku buat tak tau je lah...

Dah hari Rabu tu masa gi keje aku survey kat Internet (Dunia tanpa sempadan..maklumat tanpa batasan) sampai la aku terjumpa mengenai makhluk ni.. nama Omputih dia TICK, nama kampung dia KUTU BABI  dia ni bukan nye dari babi ye...so jgn buat kesimpulan yg bukan2... dia ni memang banyak terdapat di dalam hutan, dan selalu hinggap pada sesuatu melalui physical contact..jadi, mungkin masa tu aku duduk ntah mana2 tunggul kayu ke...apa ke..aku pun tak tau lah.. So, selepas aku selesai meng'survey', aku cari juga kaedah untuk meng'remove' kan dia ni dari kulit kita..so malam hari Rabu, setelah selesai kerja aku pun melakukan misi yg aku panggil "OPS KB"..iaitu untuk menanggalkan makhluk penghisap darah ini...
dengan berbekalkan berberapa peralatan seperti Facial Cotton, Savlon (antiseptic liquid) dan tweezer.. aku berusaha mencabut "subjek" yg terlekat di kulit aku..cubaan pertama gagal... lalu dengan menarik nafas panjang..aku cuba kali ke-2..huhuhu...berjaya. Perlu diingatkan kepada sesiapa yg mengalami masalah yg sama..untuk mencabutnya..perlulah berhati2 agar tiada bhg mulutnya yg tertinggal di dalam kulit kita.. kerana bisanya tak akan hilang jika masih ada bhg taringnya yg tertinggal..jadi berhati2 ya..






p/s aku tak sangka banyak serangga/unggas/makhluk perosak yg berada di negara kita ni...selama ni dengar je cerita...haaa...kali ni hambik ko...sendiri juga kena..





Monday, March 30, 2009

MELAWAT BOSS AKU..


Lunch hour tadi aku gi melawat En. Azuan di hospital dengan Ayie, Sab & Antu (the 3 stooges). Kesian aku tengok boss aku pucat muka dia. Dia kena operate secara vertical...huhuhu...sakitnye.. setelah mendengar dari wifenye...ceritanye begini.. dia terjatuh sebab motor terlanggar batu..pastu dia terjatuh atas divider jalan dengan keadaan perutnya tertiarap. Balik tengok biasa je..bila dah balik umah  muntah tak henti2...tapi takde la sampai muntah darah.. memang teruk la...bila gi hospital..doktor check...terus kena tahan wad. Bila dah operate tu..ada dalam segumpal darah beku dekat nak sekilo tuuu doktor keluarkan dari perut dia... peh...ngeri aku... Aku doakan agar beliau segera sembuh la hendaknya dan dapat bermain futsal seperti sediakala..



Antu, Matun, Ayie & Sab






Sunday, March 29, 2009

2nd BOSS aku accident...

Pagi tadi 1st Boss aku, En. Abdillah msg aku mengatakan 2nd Boss aku En. Azuan ada kat hospital Tawakkal sekarang ni sebab accident... aku memang suspen nak gi ke hospital ni.. so aku ckp kat boss aku just update aku la sebab aku suspen nak gi hospital ni.. Aley Aummchak lak msg aku katanya En. Azuan terjatuh motor dalam keadaan perutnya tertiarap di atas divider...mula2 dia pikir tak de apa2...dia siap balik umah dulu..tapi bila dah balik umah rasa semacam, muntah darah dsbgnya... so the next day wife dia bawak gi hospital dan check rupanya ada internal bleeding. So kena operate di perut..  Sekarang ni Alhamduillah dia di dalam keadaan stabil. Marilah kita berdoa agar En. Azuan segera sihat dan dapat menjalankan kerja seperti biasa. Insyallah esok aku akan melawat En. Azuan...

Wednesday, March 11, 2009

DEMAM



Aku Demam..
Setelah sekian lama tak demam, aku telah demam semenjak hari Sabtu 7hb sampai la sekarang ni. Punya la cuti 3 hari aku telah berlalu dengan sia2 tanpa makna.....ciss...

Tapi demam kali ni macam kejap ok, kejap tak ok...aku pun confuse gak...
asalnya opismate aku dah demam..aku lak dengan confident terasa yg aku tak akan berjangkit kot..bukan apa sebab masa kat brunei dulu, bila ramai colleague demam, aku sure ok punye lah... So aku membuat kesimpulan bahawa antibody aku tak sama ngan orang2 di sini (maklumlah sini ramai foreigner)..bila diorang demam aku tak berjangkit punya lah..dan bila aku lak demam, aku selalu demam sensorang je...org lain pon tak berjangkit dari aku.. 

Tapi aku lupa lak yg aku kini dah balik M'sia..so antibody aku sama la kot dengan rakyat tempatan nye antibody..sekali opismate aku demam, aku pon berjangkit daaa.... jadi maksudnya teori aku tu boleh diterima la... :P

Bila cakap pasal demam, tekak mula la lain macam, selera pun ntah apa2. Nak makan apa pun tak tau.. masa aku kat Brunei dulu ada orang selalu buatkan aku sup tiap kali aku demam..ni dah balik sini kena la buat sendiri...huhuhu.. Isnin itu hari aku terasa cam nak makan kek.. so aku kasi tau la akak aku..akak aku bawak la gi kat kedai kat area umah aku tu.. dari luar nampak cam ok..bila dah masuk, tengok tak banyak choice dan ada bau cam ubat gegat la pulak... hish... apa punya kedai daa... Aku heran gak apasal la akak aku tak nak gi Jusco ke, Giant ke, bukannya jauh pun dari umah kami, tapi mungkin jugak sebab malas nak parking(walaupun parking free), sebabnya jauh kena parking, nak kena menapak lagi gi kedai kek.. Tapi memandangkan akak aku dah berusaha membawa aku ke kedai kek ni, aku belasah je lah sepotong kek coklat ber'aroma'kan ubat gegat.. ish..ish..ish...

Hari Selasa semalam, aku cuti, dapat m.c ..doktor kata kalau dalam tempoh 1-2 hari ni aku masih panas sejuk panas sejuk, dia suruh cek darah, takut denggi.. tapi aku rasa tak de denggi kot.. demam biasa je tapi mungkin badan aku baru nak get used to keadaan kat M'sia balik kot? Sebab rasanya sejak aku balik sini bulan April tahun lepas sampai la sekarang ni aku belum demam lagi.. ni baru aku demam.

Hari ni gi kerja..aku dok borak jap kat bilik CTP/CTF..borak la pasal demam ngan Ahyie, Sab & Abg Tapa..ada ke patut si Ahyie ckp yg aku ni demam sebab itu hari aku ketawakan dia demam.. (mana ada aku ketawakan dia..) Katanya padan muka aku kena Demam Kinokuniya...hmmm.. tiba2 aku terasa pelik... rasanya Kinokuniya tu nama Kedai Buku.. aku tanya balik, "Wei apa daa Kinokuniya..tu kedai buku daa..." Pas tu dia cakap 'Chikungunya laa..'...ada ke patut pi mintak kena demam Chikungunya ni..hish...masyaallah... Anyway..citer punya citer..dah masuk bab makan.. Aku cakap la aku bila demam ni masa kecik2 dulu selalu nak makan Bubur Kacang ngan Air Aiskrim Soda...hihihi... kelakar lak rasanya kan...combination yg bagus betul... Tapi setakat cakap je la kan... nak buat ntah bila2nye.. Pas tu dah petang dalam kul 3.30 td, Abg Tapa tepon, tanya kok aku busy..aku ckp tak de la sgt, sederhana je.. dia ckp dtg ke bilik CTP/CTF tapi jalan halfway je... Aku pelik gak apa hal ni? Ada nak mintak tolong ke? Bila aku sampai half way..rupa2nya ada bubur kacang yg menanti...hihihi... terharunya aku ...ada sorang akak ni, Kak Ina nama dia, dia keje shift Petang, dia bawak bubur Kacang.. So bila dengar je bubur kacang, si Ahyie & Abg Tapa teringat aku cakap tadi, terus diaorang call...  hihihi..TQ ye kerana ingat kat aku dan selera ku....hihihi..:D


AhYie makan tak pandang kiri kanan dah...