Wednesday, March 11, 2009

DEMAM



Aku Demam..
Setelah sekian lama tak demam, aku telah demam semenjak hari Sabtu 7hb sampai la sekarang ni. Punya la cuti 3 hari aku telah berlalu dengan sia2 tanpa makna.....ciss...

Tapi demam kali ni macam kejap ok, kejap tak ok...aku pun confuse gak...
asalnya opismate aku dah demam..aku lak dengan confident terasa yg aku tak akan berjangkit kot..bukan apa sebab masa kat brunei dulu, bila ramai colleague demam, aku sure ok punye lah... So aku membuat kesimpulan bahawa antibody aku tak sama ngan orang2 di sini (maklumlah sini ramai foreigner)..bila diorang demam aku tak berjangkit punya lah..dan bila aku lak demam, aku selalu demam sensorang je...org lain pon tak berjangkit dari aku.. 

Tapi aku lupa lak yg aku kini dah balik M'sia..so antibody aku sama la kot dengan rakyat tempatan nye antibody..sekali opismate aku demam, aku pon berjangkit daaa.... jadi maksudnya teori aku tu boleh diterima la... :P

Bila cakap pasal demam, tekak mula la lain macam, selera pun ntah apa2. Nak makan apa pun tak tau.. masa aku kat Brunei dulu ada orang selalu buatkan aku sup tiap kali aku demam..ni dah balik sini kena la buat sendiri...huhuhu.. Isnin itu hari aku terasa cam nak makan kek.. so aku kasi tau la akak aku..akak aku bawak la gi kat kedai kat area umah aku tu.. dari luar nampak cam ok..bila dah masuk, tengok tak banyak choice dan ada bau cam ubat gegat la pulak... hish... apa punya kedai daa... Aku heran gak apasal la akak aku tak nak gi Jusco ke, Giant ke, bukannya jauh pun dari umah kami, tapi mungkin jugak sebab malas nak parking(walaupun parking free), sebabnya jauh kena parking, nak kena menapak lagi gi kedai kek.. Tapi memandangkan akak aku dah berusaha membawa aku ke kedai kek ni, aku belasah je lah sepotong kek coklat ber'aroma'kan ubat gegat.. ish..ish..ish...

Hari Selasa semalam, aku cuti, dapat m.c ..doktor kata kalau dalam tempoh 1-2 hari ni aku masih panas sejuk panas sejuk, dia suruh cek darah, takut denggi.. tapi aku rasa tak de denggi kot.. demam biasa je tapi mungkin badan aku baru nak get used to keadaan kat M'sia balik kot? Sebab rasanya sejak aku balik sini bulan April tahun lepas sampai la sekarang ni aku belum demam lagi.. ni baru aku demam.

Hari ni gi kerja..aku dok borak jap kat bilik CTP/CTF..borak la pasal demam ngan Ahyie, Sab & Abg Tapa..ada ke patut si Ahyie ckp yg aku ni demam sebab itu hari aku ketawakan dia demam.. (mana ada aku ketawakan dia..) Katanya padan muka aku kena Demam Kinokuniya...hmmm.. tiba2 aku terasa pelik... rasanya Kinokuniya tu nama Kedai Buku.. aku tanya balik, "Wei apa daa Kinokuniya..tu kedai buku daa..." Pas tu dia cakap 'Chikungunya laa..'...ada ke patut pi mintak kena demam Chikungunya ni..hish...masyaallah... Anyway..citer punya citer..dah masuk bab makan.. Aku cakap la aku bila demam ni masa kecik2 dulu selalu nak makan Bubur Kacang ngan Air Aiskrim Soda...hihihi... kelakar lak rasanya kan...combination yg bagus betul... Tapi setakat cakap je la kan... nak buat ntah bila2nye.. Pas tu dah petang dalam kul 3.30 td, Abg Tapa tepon, tanya kok aku busy..aku ckp tak de la sgt, sederhana je.. dia ckp dtg ke bilik CTP/CTF tapi jalan halfway je... Aku pelik gak apa hal ni? Ada nak mintak tolong ke? Bila aku sampai half way..rupa2nya ada bubur kacang yg menanti...hihihi... terharunya aku ...ada sorang akak ni, Kak Ina nama dia, dia keje shift Petang, dia bawak bubur Kacang.. So bila dengar je bubur kacang, si Ahyie & Abg Tapa teringat aku cakap tadi, terus diaorang call...  hihihi..TQ ye kerana ingat kat aku dan selera ku....hihihi..:D


AhYie makan tak pandang kiri kanan dah...

Thursday, February 19, 2009

INFO TERKINI KAWAN2


Aku rasa blog kali ni aku malas nak buat bilingual la..hehehe..bukan apa, aku sekarang ni susah sikit nak update blog kat rumah..selalunya aku akan taip kat umah banyak la sikit masa nak buat bilingual kan, tapi sekarang ni aku update kat office..(aku sampai office sebelum kul 8 pagi..office start 8.30..so sempat la jap nak update..hehehe..) Dulu kat rumah aku update sebab pakai wifi jiran sebelah...hehehe (kantoi..) tapi sekarang ni jiran sebelah jarang online la..so tak dapat nak update la...hihihi... So bila kat umah dah tak dpt nak update, masa kat office terhad la kan, so buat je la apa2 entry dulu..huhuhu..


Okay, buat kali ini aku nak citer sikit perkembangan kawan2 aku yg aku tau;



1) CHOT kini di Mumbai

Pada Sabtu lepas Chot (Husband Zek - 5 Einstein STJ94) telah berangkat ke Mumbai kerana mendapat offer kerja yg lagi bagus...tapi kesian pada Zek sebab Chot hanya pergi sorang diri dan Zek dan 2 anak nya tinggal di sini.. Bukan apa, company Chot keje tak galakkan utk Chot bawa family sama sebab faham2 la di sana keadaan tak sama cam negara kita ni.. banyak perkara yg kita mungkin tak selesa..terutama dari segi kebersihan... kemudahan awam (contohnya tandas)...dan di sana banyak juga terdedah kepada "penyakit bawakan udara"... Dan, knowing Zek tu camana...aku rasa setiap kali dia nak makan dia akan samak pinggan kot...?..hehehe...jgn marah ye Zek.. (Aku tau ko mmg particular tentang kebersihan) Apa2 pon aku harap kau bersabar ye Zek, kami sentiasa ada untuk menghiburkan kau...call saja... hehehe...


p/s aku teringat ada satu ketika tu, waktu balik keje, di dalam kereta dan di dalam kesesakan lalulintas di MRR2, aku balik ngan akak aku masa tu..biasa la mata aku ni melilau memandang keliling..tiba2 aku ternampak ada sorang mamat dalam kereta tu muka macam tension je..maklum la jalan jam..bila aku tengok betul2 si Chot rupanye...aku pun bukak tingkap dan bolehkan borak kat tengah jalan tu..hihihi...masa tu aku baru balik dari Brunei..baru 2 bulan keje sini kot...hehehe..patutnye aku amek gambar la masa tu...hi sebab tak sangka kot, so aku pun tak terpikir...(takpe, sekarang ni aku akan sentiasa alert) klakar lak bila aku ingatkan balik...siap borak tu..tu yg tak tahan tu..pas tu chot siap cakap.."jemput la dtg ke rumah..." tapi aku masa tu tak dapat nak gi umah Zek lagi..aku dapat jumpa Zek pun dah bulan posa, masa tu dia baru bersalin anak ke-2..









2) ANAK APAI PATAH KAKI



Berita ni sebenarnya dah lama dah (29hb Jan 2009 baru2 ni)...tapi aku baru tau dari Molek sebab aku pon dah lama tak jumpa Molek..


Kesian aku dengar citer si Alif (budak comel yg ligat ni..) Menurut kata Apai..si Alif ni jatuh masa kat pusat fisioterapi tu.. (aku belum pasti camana kisah sebenarnya..weekend ni baru plan nak pegi melawat..pastu aku akan interview Apai)


Yg lagi kesian tu sebab Alif ni patah kaki 2 kali...1 kali lagi masa kat hospital baru2 ni...(ni pun aku belum pasti camana..)

Kepada kengkawan yg nak melawat Alif/Apai... Apai ada di PPUM kat menara Timur.. Call saja Apai sebab dia kata dia expert dah selok belok PPUM tu..kalau sesat, dia tau mana jalan keluarnye...hihihi...(ini sudah macam prison break, tapi version Apai ni..Hospital Break..)


p/s kepada Shady, tak sangka aku ko rajin gak baca blog aku..hihihi... semoga blog ni menjadi medium perantaraan kepada kita dan sumber maklumat tentang kengkawan kepada kau gak..hihiih..



Gambar Selingan



Gambar aku ngan akak aku di
Taj Mahal, Agra 30 November 1981





Friday, February 13, 2009

BILINGUAL blog

Aku bercadang nak menjadikan blog aku ni bilingual blog..walaupun Bahasa Inggeris aku nih tak la bagus..tapi at least kawan2 masa aku keje kat Brunei dulu boleh la paham gak..

Aku harap berjaya la percubaan aku ni. Dan dalam masa yg sama aku harap penulisan dwi bahasa blog aku ni sedikit sebanyak membantu aku memperbaiki Bahasa Inggeris aku.

Kalau aku ada masa, aku akan cuba translate gak entry2 yang sebelum nih...(Hmmm...boleh ke...?)

-------------------------------------------------------------

I'm planning to make my blog a bilingual blog...though my English is not good, at least my friends from my previous work place in Brunei could understand what i'm trying to say..

Hopefully I'll manage to keep this up and at the same time I'll be able to improve my English writing.

If I have the time, i will try to translate my previous entry...(hmm... i wonder if i could?)



Heart-shaped Stone

Heart-Shaped Stone

Batu ni aku jumpa masa camping kat Gunung Ais, Jerantut ari tu..


Thursday, February 12, 2009

BLOG FOR WHAT?

Ramai orang buat blog sbb nak luahkan perasaan marah..

Ramai orang buat blog sbb tak puas hati ngan Pemerintah, Boss dll.

Ramai jugak yg nak tunjuk skill dalam menyampaikan sesuatu pendapat/idea2 seperti idea politik (kebanyakannya lah..)..skill fotografi.. skill bercerita....skill programming (blog yg lawa2 tu banyak lah tokok tambah action script diorang nih..) .. skill memasak... skill melancong (ada ke skill nih?..) dan macam2 skill lagi.

Ramai gak buat blog sebab nak berkongsi hobi..contohnya hobi fotografi.. hobi bercerita....hobi programming .. hobi memasak... hobi melancong  dan macam2 hobi lagi...(ini macam sama je dengan perenggan atas tu?...hmmm...)

Tapi aku buat blog ni sebab aku nak berkongsi cerita dan apa yg berlaku dalam hidup aku bersama dengan kawan2. Sebab bila kita semakin dewasa, kita sudah banyak tanggungjawab, kita dah tak dapat nak lepak/telefon dengan kawan2 lama2 sgt. Kadang2 walaupun rumah dekat, tapi tak dapat la nak lepak selalu. Contoh nye member aku sorang ni rumah dia 15 minit je dari umah aku, tapi kali terakhir aku jumpa dia masa birthday aku ari tuh.. sbb dia dtg bawa donut utk birthday aku..TQ Molek.. (Aku belum masukkan lagi dalam blog pasal ko dtg malam tu..nanti aku buat entry pasal kita..) Tapi, walaupun aku dah kenal lama ngan dia (Sejak 6.1.1990 sampai la sekarang ni)..takkan aku masih nak lepak lelama kat umah dia ye tak? Kang apa lak kata laki dia kang...(so far tak de lak ko komplen kan Bush kan..? kan..? kan..?)

Jadi, penyelesaian kepada isu ini...BLOG..itulah tujuan aku. Aku nak kawan2 rapat aku masih dapat mengetahui tentang aku walaupun kita jarang dapat berjumpa..dengan cara ini juga ahli keluarga kita dapat update tentang kita..(Bg yg selalu update la..dan bagi yg jauh dari keluarga mereka..)

Dan, di Blog juga kita dapat menyimpan catatan kita..contohnya catatan perjalanan dsbgnya..sebab kalau kita gi Vacation ke...memang jgn harap la nak maintain menulis apa yg kita buat, kalau blog ni, on the spot kita boleh recall..dan bila kita baca balik semua kenangan tu dtg balik...bestnye.. Pas tu kalau catatan kita simpan dalam PC..mana tau PC broke down ke..H/Disk crash ke...kan dah hilang...tapi kalau buat dalam blog ni, bila2 kita boleh bukak balik untuk recall catatan kita tuh... Gambar2 yg kita taruk pon boleh tengok on the spot. Kalau dah simpan dalam PC tu, nak mencarik balik gambar tu punye lah lama kan...gambar terlalu banyak..so bila selected gambar kita pilih dan masuk dalam blog..senang nak retrieve..

Aku tak kisah kalau orang boring baca blog aku dan aku tak kisah kalau orang kata blog aku tak ramai org baca..dan aku tak kisah kalau org kata blog aku ni macam blog family..  sebabnye niat aku membuat blog ini :

1) bukan untuk menghiburkan orang dengan menampilkan isu2 hangat dan semasa...
2) bukan untuk bersaing dengan blogger yg lain...
3) bukan untuk menunjukkan apa skill yg aku ada..
4) bukan untuk meluahkan perasaan marah/tak puas hati/benci/khianat kepada sesiapa...
5) bukan untuk memberi pendapat mengenai apa2 isu..


Tapi..aku buat blog ini adalah untuk Berkongsi Cerita dan Perjalanan Hidup aku bersama kawan2 yang lama mahupun yg baru aku kenal..




Saturday, February 7, 2009

HITMAN Vs PROBLEM CHILD



"Ibu, bila kita banyak duit kita pergi  'meke'  nak? Ayip nak jumpa Hitman..Ayip nak cakap Hello kat dia.. Imagine kita ambik duit Achik...(sambil tersenyum nakal)"


Ha..itulah dia kisah kanak2 sekarang. Anak buah aku ..(A4@Alif@Ayip) pada suatu paginye bercakap dengan kakak aku yg dia nak pegi "Meke (America)" sebab nak jumpa Hitman dan cakap Hello kat dia. Ini antara contoh pengaruh Video Game pada kanak2. Dan, dia ada hati lak tu nak amek duit aku utk digunakan jumpa Hitman..hehehe...banyak2 orang lain...aku yg nak dijadikan mangsa...hehehe..sabar je lah aku..


Bila aku pikir2 balik gaya anak buah aku tu macam gaya budak dalam citer Problem Child pon ada.....pas tu idola kedua2 budak ni adalah watak jahat... 



Thursday, January 15, 2009

HAPPY BIRTHDAY!


Hari ini genaplah aku 32tahun...
Tahun ni aku rasakan akan mengubah hidup aku..

Tengahari tadi aku kluar lmbt sikit dari opis sebab ada customer nak datang.. so tak pe lah, aku mmg biasa kluar lmbat pon. Sampai je kat kantin, aku ingat nak tapau je, tapi si Sab kata nak blanje aku sebab ari ni birthday aku...huhuhu..terharu aku..Tq Sab. So makan tengahari dengan Ayie (spt biasa ngan lauk Ayam dia..), Sab & Antu. Tapi Sab & Antu tak makan sama sebab diorang dah makan. Jadi, menu tenghari sempena birthday aku nih Nasi Goreng ngan Air Sirap. (Bak kata Ayie, Birthday aku diraikan bersama 3 orang jejaka yang ada hati nak masuk pertandingan Raja Lawak musim depan...huhuuh)



Monday, January 12, 2009

P.T. dalam Kenangan...


Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...Ceh...citer macam iye2 je...tapi ini memang betul-betul kejadian..

Anak kucing aku yg 5 ekor tu..nama2 nye adalah J.D, Dusty, Chucky, P.T & Charlie...ituhari semuanye sihat. Tapi baru2 ni aku tengok si P.T tu cam tak sihat je...(Nama penuh dia Prince Terrian...nama ni di amek dari cerita "Bridge to Terabithia" yg mmbuatkan aku nangis tengok..ish..ish..ish..) Okay, anyway..berbalik kpd citer si P.T tadi ni, P.T tu nampak cam tak sihat je, selalu menyendiri...cam lalok pon ada gak aku tengok..Jadi kakak aku sudah plan nak bawak dia gi klinik. So pada ptg Sabtu, kami bergerak ke Nilai, umah kakak aku yg 1st. Tapi disebabkan...kami balik pon tergesa2, tak gi bank lagi, so cam tak confident je nak terus gi Klinik haiwan..takut tak cukup duit. So akak aku just beli susu untuk P.T dan makanan dia (yg lembut la..) dengan harapan malam dia P.T akan minum dan makan cam biasa, so esok pagi kami akan ke Klinik  untuk memberi rawatan susulan kepadanya.

Pada keesokan harinya, aku bangun tido aku terus buat air untuk akunye Sarapan (aku tak teringat langsung nak tengok si P.T. apa khabarnye..) Pas tu akak aku bangun dia tanya aku, P.T camna? Aku ngan selambanye (sebab rasa bersalah) menjawab, pagi tadi dia ok..(tak tengok pon..) Sekali aku tengok ke arah sangkarnye..kelihatan tubuh kecil anak kucing itu sudah terbujur kaku.. ah..tidak... Aku terasa cam nak nangis pon ada sebab aku simpati mengenangkan nasib P.T tu, kini aku dilanda perasaan bersalah;

- patutnye aku ajak akak aku gi ATM untuk kuarkan duit semalam..
- patutnye aku suruh akak aku bawak mak si P.T jugak supaya dia dapat menyusu..
- patutnye aku gi tengok P.T masa malam tu samaada dia ok ke tak..
- patutnye aku gi tengok P.T dulu pagi2 sebelum buat breakfast untuk diri sendiri..
- patutnye aku tak yah bela P.T..
- patutnye aku tak yah ada perasaan pada P.T.

Tapi apakan dayaku..semuanya sudah terlambat..

- P.T yang baru saja mau kupuja sudah pergi buat selamanya..
- P.T yang comel sudah tidak comel lagi kerana dah kaku..
- P.T yang dulunya lincah ke sana ke mari sudah tidak mampu bergerak..
- P.T yang dulunya hidup kini sudah MATI!...

Namun aku harus akur kepada ketentuan Allah S.W.T kerana setiap yg hidup pasti akan mati.. maka aku terus menyampaikan hasrat aku kepada pihak yang berpengalaman dalam hal2 ini ...iaitu anak2 buah aku (yg biasa 'mengkebumikan' haiwan2 seperti Kucing, Tupai, Ayam dan juga tikus..) untuk memberikan P.T penghormatan yang terakhir dengan mengadakan 'proper funeral'.

Anak2 buah aku A1, A2, A3 & A4 sungguh teruja kerana mendapat pelanggan baru. A1 yang kadangkala aku fikir agak taksub dengan kehidupan masyarakat Afrika telah mendendangkan sebuah lagu ala2 Afrika yang dinyanyikan sambil mengkafankan si P.T. Opps...sebelum itu, si A1 ni terlebih dahulu memandikan P.T dan berniat untuk mengkafankannya, tetapi hanya dengan menggunakan kertas Putih..

tubuh P.T yg telah dimandikan
A1 sedang bertafakur sambil diperhatikan A3
P.T mula dikafankan oleh A1 sambil diperhatikan oleh A4


A2 tutut membantu A1 mencari lokasi yang sesuai

tubuh P.T yg telah semadikan bersama dengan bunga dari rumah jiran sebelah




Bye P.T may u rest in peace.