
Ticks are ectoparasites (external parasites), living by hematophagy on the blood of mammals, birds, and occasionally reptiles and amphibians.

Ticks are ectoparasites (external parasites), living by hematophagy on the blood of mammals, birds, and occasionally reptiles and amphibians.

Pagi tadi 1st Boss aku, En. Abdillah msg aku mengatakan 2nd Boss aku En. Azuan ada kat hospital Tawakkal sekarang ni sebab accident... aku memang suspen nak gi ke hospital ni.. so aku ckp kat boss aku just update aku la sebab aku suspen nak gi hospital ni.. Aley Aummchak lak msg aku katanya En. Azuan terjatuh motor dalam keadaan perutnya tertiarap di atas divider...mula2 dia pikir tak de apa2...dia siap balik umah dulu..tapi bila dah balik umah rasa semacam, muntah darah dsbgnya... so the next day wife dia bawak gi hospital dan check rupanya ada internal bleeding. So kena operate di perut.. Sekarang ni Alhamduillah dia di dalam keadaan stabil. Marilah kita berdoa agar En. Azuan segera sihat dan dapat menjalankan kerja seperti biasa. Insyallah esok aku akan melawat En. Azuan...

Okay, buat kali ini aku nak citer sikit perkembangan kawan2 aku yg aku tau;
1) CHOT kini di Mumbai

Pada Sabtu lepas Chot (Husband Zek - 5 Einstein STJ94) telah berangkat ke Mumbai kerana mendapat offer kerja yg lagi bagus...tapi kesian pada Zek sebab Chot hanya pergi sorang diri dan Zek dan 2 anak nya tinggal di sini.. Bukan apa, company Chot keje tak galakkan utk Chot bawa family sama sebab faham2 la di sana keadaan tak sama cam negara kita ni.. banyak perkara yg kita mungkin tak selesa..terutama dari segi kebersihan... kemudahan awam (contohnya tandas)...dan di sana banyak juga terdedah kepada "penyakit bawakan udara"... Dan, knowing Zek tu camana...aku rasa setiap kali dia nak makan dia akan samak pinggan kot...?..hehehe...jgn marah ye Zek.. (Aku tau ko mmg particular tentang kebersihan) Apa2 pon aku harap kau bersabar ye Zek, kami sentiasa ada untuk menghiburkan kau...call saja... hehehe...
p/s aku teringat ada satu ketika tu, waktu balik keje, di dalam kereta dan di dalam kesesakan lalulintas di MRR2, aku balik ngan akak aku masa tu..biasa la mata aku ni melilau memandang keliling..tiba2 aku ternampak ada sorang mamat dalam kereta tu muka macam tension je..maklum la jalan jam..bila aku tengok betul2 si Chot rupanye...aku pun bukak tingkap dan bolehkan borak kat tengah jalan tu..hihihi...masa tu aku baru balik dari Brunei..baru 2 bulan keje sini kot...hehehe..patutnye aku amek gambar la masa tu...hi sebab tak sangka kot, so aku pun tak terpikir...(takpe, sekarang ni aku akan sentiasa alert) klakar lak bila aku ingatkan balik...siap borak tu..tu yg tak tahan tu..pas tu chot siap cakap.."jemput la dtg ke rumah..." tapi aku masa tu tak dapat nak gi umah Zek lagi..aku dapat jumpa Zek pun dah bulan posa, masa tu dia baru bersalin anak ke-2..
2) ANAK APAI PATAH KAKI
Berita ni sebenarnya dah lama dah (29hb Jan 2009 baru2 ni)...tapi aku baru tau dari Molek sebab aku pon dah lama tak jumpa Molek..
Kesian aku dengar citer si Alif (budak comel yg ligat ni..) Menurut kata Apai..si Alif ni jatuh masa kat pusat fisioterapi tu.. (aku belum pasti camana kisah sebenarnya..weekend ni baru plan nak pegi melawat..pastu aku akan interview Apai)
Yg lagi kesian tu sebab Alif ni patah kaki 2 kali...1 kali lagi masa kat hospital baru2 ni...(ni pun aku belum pasti camana..)
Kepada kengkawan yg nak melawat Alif/Apai... Apai ada di PPUM kat menara Timur.. Call saja Apai sebab dia kata dia expert dah selok belok PPUM tu..kalau sesat, dia tau mana jalan keluarnye...hihihi...(ini sudah macam prison break, tapi version Apai ni..Hospital Break..)
p/s kepada Shady, tak sangka aku ko rajin gak baca blog aku..hihihi... semoga blog ni menjadi medium perantaraan kepada kita dan sumber maklumat tentang kengkawan kepada kau gak..hihiih..
Gambar Selingan






"Ibu, bila kita banyak duit kita pergi 'meke' nak? Ayip nak jumpa Hitman..Ayip nak cakap Hello kat dia.. Imagine kita ambik duit Achik...(sambil tersenyum nakal)"
Ha..itulah dia kisah kanak2 sekarang. Anak buah aku ..(A4@Alif@Ayip) pada suatu paginye bercakap dengan kakak aku yg dia nak pegi "Meke (America)" sebab nak jumpa Hitman dan cakap Hello kat dia. Ini antara contoh pengaruh Video Game pada kanak2. Dan, dia ada hati lak tu nak amek duit aku utk digunakan jumpa Hitman..hehehe...banyak2 orang lain...aku yg nak dijadikan mangsa...hehehe..sabar je lah aku..
Bila aku pikir2 balik gaya anak buah aku tu macam gaya budak dalam citer Problem Child pon ada.....pas tu idola kedua2 budak ni adalah watak jahat...
